Posts

Showing posts from September, 2014

Pertama kali kursus di Kolej Komuniti : Tyre Balancing

Image
Asalamualaikum semua. Pada hari sabtu yang lepas, ada kesempatan untuk join satu kursus yang dinamakan sebagai Kursus Service Kenderaan Ringan : Tyre balancing dekat Kolej Komuniti Sg Petani. Kira ini kali pertama jugak la, mempunyai minat untuk join kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti ni.Sebelum ni, tak sedar pulak, yang kolej komuniti ada anjurkan kursus automotive, sebab selalunya dengar kursus masakan yang sering dianjurkan. Jadi dengan senang hati, pergilah mendaftarkan diri untuk ikuti kursus ini. Yuran macam mana, tak mahal pun, dalam RM 20 je. Masa sampai di Kolej Komuniti dalam pukul 8.30 pagi, pengajar terus suruh pergi ke bengkel Automotive. Bila sampai je kat bengkel tu, ada la kira-kira 18 orang yang sedang ada dalam bengkel tu. Berkenalan la sekejap dan dapat tahu ada 8 orang pelajar sekolah diantara umur 13-15 tahun dalam bengkel tu. Tak sangka kan, walaupun masih muda lagi, dah ada minat nak belajar tentang kursus ni. Sebelum tu, kena tahu jugak la apa i

Menonton wayang secara percuma : Lucy

Image
Asalamualaikum Semua. Minggu lepas adalah hari jadi aku yang ke- 25. Ya, akhirnya aku dah semakin tua. hehe..Syukur, aku masih sihat dan tiada sebarang penyakit yang berbahaya. Penyakit yang biasa menyerang hanyalah selsema. Alhamdulilah.. Pada hari jadi aku, tiada la sebarang parti mahupun sambutan besar-besaran. Hanyalah makan di kedai makanan di luar, dan berbual dengan keluarga. Itulah tradisi kami sekiranya menyambut hari jadi. Mudah dan senang kan. Cuma yang istimewa nya hari jadi kali ni, aku telah pergi tengok wayang secara percuma.. waa.. macam tak percaya kan,percuma... Semuanya sebab, tiba-tiba dapat info bahawa kalu jadi ahli gsc di www.gsc.com.my, akan dapat tiket percuma untuk menonton wayang apabila tiba hari jadi. Jadi terus isi dan print borang tu, kemudian hantar ke kauter tiket di GSC. Dapat la 2 tiket secara percuma untuk menonton cerita Lucy. Jadi siapa yang teman saya ke wayang pada hari tu.. hehe... Rahsia... Tiket Percuma.

Tayangan pada 11 September : Lagenda Budak Setan 3

Image
Asalamualaikum semua. Telah tiba hari jadi aku pada 11 September pada tahun ini. Syukur masih dikurniakan kesihatan dan kelapangan. Walaupun hari ini turut dikaitkan dengan peristiwa 11 September yang berlaku di WTC, United States itu tidak melemahkan perasaan aku untuk menyambut hari ini dengan cara aku sendiri. Seperti biasa, ibu bapa ku telah belanja kami sekeluarga makan diluar. Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar . Cuma kali ini, aku ingin menyambut hari jadi ku dengan menonton wayang pulak. Kalu sebelum ini, aku akan hadiahkan diri aku dengan pergi makan di tempat yang agak mahal, seperti Pizza, KFC, Marrybrown atau Sushi King, tapi kali ini aku ingin menonton wayang. Simple and easy, sambil tu boleh jimat skit duit untuk bulan ni... hehe... Filem apa yang menarik kali ini, tidak lain dan tidak bukan ialah Lagenda Budak Setan . Sekuel terakhir untuk filem ini.. Memang tak sabar nak tengok, terus siap-siap beli tiket online melalui lawan web GSC. Selepas, seles