Posts

Showing posts from October, 2014

Ikuti Kursus Jangka Pendek Automotif

Image
Pada 24, 25 dan 26 Oktober 2014, sempat la mengikuti suatu kursus yang dinamakan sebagai Kursus Jangka Pendek Mekanik Automotif yang dianjurkan secara percuma oleh JPK dan RTC.. Keseluruhan program ini memang terbaik, kerana peserta diajar dari konsep teori mengenai kenderaan dan amali dalam memperbaiki kenderaan. Jumlah peserta adalah dianggarkan sekurang-kurangnya 45 orang, tidak kira usia, kerana ada yang masih dibangku sekolah dan pesara.  Dibawah, adalah gambar sekitar program berlansung.  Memang banyak ilmu yang dapat dari program ini. Selepas ikuti program ni, memang dah tahu fungsi tentang bahagian dalam kereta dan cara memperbaikinya sekiranya ada masalah. Sebab sebelum ni, semasa di universiti hanya didedahkan mengenai engjin kenderaan sahaja, bagaimana cara untuk tingkatkan prestasi engne, therymodynamic cycle, heat transfer dan banyak lagi, Tapi kali ini, program ini memberi peserta melakukan amali terhadap kenderaan yang ada.  Terima kasih k

Ikuti Kursus Penukaran Minyak Hitam

Image
Asalamualaikum Selalunya kita hantar kedai dan tengok diorang tukar minyak hitam untuk kita, jadi kali ni, berkesempatan pula untuk untuk join satu kursus iaitu Kursus penukaran minyak hitam kenderaan dekat Kolej Komuniti Sg Petani. Bila dah ikuti kursus ni, baru faham tentang gred-gred minyak yang ada seperti 15W-40, jenis minyak yang ada seperti syntetic, semi syntetic, dan juga fungsi minyak hitam untuk kenderaan. Jadi macam mana perjalanan kursus ini... Sangat seronok dan mudah faham apabila diajar oleh tenaga pengajar. Sebenarnya apabila kita menukar minyak hitam, ada satu benda yang kita perlu lakukan iaitu menukar oil filter sekali. Ini kerana fungsi oil filter adalah menapis minyak, jadi sekiranya anda tidak menukar oil filter apabila menukar minyak hitam ini akan mengakibatkan minyak hitam itu cepat kotor. Oh lupa, sebenarnya, dinamakan minyak hitam kerana minyak yang warna kuning jernih apabila mula dimasukkan dalam engin kereta, tetapi disebabkan pembakaran minyak

Ikuti Kursus Asas Adobe Photoshop

Image
Asalamualaikum semua Hari ni, nak kongsikan sedikit mengenai kursus yang saya ikuti pada 12 Oktober 2014 kat Kolej Komuniti Kepala Batas. Kursus ini mengenai asas Adobe Photoshop. Kenapa nak join kursus ni, eehmmm...sebenarnya lebih kepada nak bagi "power" skit bila edit2 gambar... Itu je. Kursus ni sepatutnya bermula pukul 9 pagi, tapi bermula pukul 10 pagi sebab nak menunggu kehadiran peserta yang berjumlah 14 orang. Kira banyak jugak la peserta  join kursus ni, sebab diadakan pada hari sabtu, hari selalunya orang berehat kat rumah. Kursus ni bermula dengan proses pengenalan mengenai apa itu adobe photoshop, cara mengunakan  dan tujuan orang menggunakan software... Kebanyakkan orang yang menggunakan software ni untuk editing gambar dan buat banner atau poster. Sebenarnya banyak lagi kegunaan software ni masa diterangkan oleh pengajar, tapi itu je yang saya ingat. hehe... Didalam kelas komputer, dimana pengajar mengajar dari satu peserta ke peserta yang l

Filem seram : Nasi Tangas

Image
Asalamualaikum semua Bila dah tengok wayang, kalau tak buat review macam rasa tak selesa lak.. hehe.. Ok kali ni nak cerita kan mengenai satu filem seram yang mula ditayangkan pada 18 September 2014. Filem apa tu? Nama filem itu ialah Nasi tangas. Seronok ka? Kira boleh la. Cuma perasaan seram tu memang ada. .  Kisahnya mengenai hasrat seorang isteri yang hendak mengikat kasih sayang suami dia. Kira sebab rasa dengki dengan hubungan antara suami dia dengan seorang perempuan yang merupakan rakan kongsi dia, si isteri ni mula melakukan perbuatan syirik ini. Nasi tangas ni kalu nama lain adalah nasi kangkang. Cara pembuatannya ialah dengan mencampurkan bahagian yang kotor dari badan pengamalnya ke dalam makanan si mangsa. Jadi apabila si mangsa makan, dia akan mudah didampingi dan dipengaruhi makhluk halus. Sehinggalah berlaku beberapa kejadian aneh, sampai suami dia sedar dia terkena dengan ilmu syirik ini. Jadi apa tindakan suami tu, macam mana rumah tangga diorang l