Perjalanan hidupku selepas graduate


Pada umurku menginjak ke 24 tahun, akhirnya aku secara rasminya berjaya menamatkan pengajian ku disini. Tarikh 27 October 2013 merupakan tarikh yang menjadi saksi tamatnya aku belajar di sini. Dari situ jugak lah, ibu bapa ku melihat aku memegang segulung ijazah yang telah menjadi harapan mereka. Bagi aku, menuntut ilmu adalah fardhu kifayah yang perlu dilakukan dan mengembirakan ibu bapa ku adalah tanggungjawab yang aku pegang. Alhamdulilah, pada hari itu jugak, aku dapat melihat muka ibu bapa ku yang gembira melihat kejayaan aku menamatkan pengajian disini..


Pelbagai dugaan yang aku hadapi semasa belajar disini, dan segala rintangan yang aku hadapi disini lebih mematangkan aku dalam membuat keputusan hidup ku. Banyak yang terjadi, dan aku masih ingati pengalaman itu sampai sekarang Betullah orang kata, dugaan itu mematangkan kita, dari biji benih yang disiram air, pasti tumbuh akarnya.


Sekiranya diberikan air, maka akan hidup subur lah benih itu menjadi sepohon pokok. Namun, sekiranya masih diberikan air, tanpa membiarkan pokok itu mengengam tanah mencari air, lemahlah pegangannya. Sekiranya ada angin bertiup kuat, tumbanglah pokok itu ditanah. Alhamdulilah dengan dugaan yang aku hadapi ini, telah banyak mengubah diriku.  disini lah tempat aku belajar erti hidup, erti persahabatan, erti kepimpinan, erti setia, erti kegembiraan, erti kesedihan, dan juga erti akhirat.  Disinilah tempat aku gembira dan disnilah jugak tempat aku pernah bersedih. Ditempat ini jugaklah, aku dapat melihat rakan-rakan ku yang tidak dapat menamatkan pengajian, dan berpindah untuk belajar di universiti lain, di tempat ini jugaklah aku melihat pelbagai ragam sifat manusia yang terpaksa aku hadapi, disini jugaklah aku melihat rakan-rakanku yang gembira dengan kejayaan dan rakan-rakanku yang bersedih dengan kegagalan.,  Segalanya menjadi asam garam dalam hidupku pada masa sekarang.


Disini, pensyarah ku pernah berkata yang masih berbekas dihatiku.
" apa yang kami ajar kamu disini hanyalah asas ilmu untuk kamu bekerja nanti, kamu tidak akan gunakan semua ilmu tapi sebahagian sahaja, atau mungkin tidak digunakan langsung, namun tempat ini akan mengajar kamu erti masa dan hidup"
Pada waktu aku mendengar kata-kata ini pada waktu aku tahun pertama, dan aku tidak faham erti sebenar maksud yang disampaikan. Tapi sekarang, aku sangat faham maksudnya. Ilmu yang kita cari untuk segulung ijazah bukan untuk mencari pekerjaan, tapi lebih untuk survival hidup waktu sekarang. Dengan ilmu, kita dapat berdikari, dengan ilmu kita dapat mengajar orang, dan dengan ilmu jugak kita dapat mencari rezeki. Tanpa ilmu, tidak pasti dimanakah kedudukan kita sekarang. Ilmu itu umpama pelita hidup yang memberi cahaya kepada orang yang ingin mencarinya dan kepada orang ramai yang didatanginya. Cuma cara kita menggunakan ilmu yang ada itulah yang membezakan antara satu sama lain.


Tidak semestinya kita keluar dari universiti dengan ijazah , kita akan bekerja sebagai executive. Segala bidang kita boleh ceburi, kerana asas ilmu telah ada, bidang yang diceburi adalah berdasarkan minat diri kita sendiri. Terdapat jugak rakan ku yang bekerja jauh dari bidang yang dia belajar, seperti "Penasihat Kewangan Bank" namun masih terpancar kegembiraan mereka apabila berjumpa melalui alam maya.

Seperti aku, setelah aku graduate dari universiti, aku menunggu tawaran bekerja dari syarikat yang aku inginkan. Tapi setelah tiada rezeki, aku mohon kerja di kilang sekitar kawasan perumahan ku, banyak resume yang aku hantar, sama ada melalui emel, surat pos, by hand, dan banyak perbelanjaan yang aku terpaksa tanggung untuk mencari pekerjaan pertama. Alhamdulilah, tidak sampai seminggu aku graduate, aku ditawarkan satu pekerjaan sebagai R&D Engineer. Namun, aku sedar, bukan lah jawatan ini yang aku cari. Aku menolak walaupun tiada pekerjaan lain yang menanti aku.


Aku menggangur selama beberapa bulan lagi, sambil menghantar salinan resume dikawasan bandar aku tinggal dengan harapan jawatan yang aku inginkan akan muncul. Namun aku sedar, agak susah bagi company untuk mengambil seseorang yang tiada pengalaman kerja/fresh graduate yang baru keluar dari universiti. Anggapan bahawa fresh graduate tidak mahir dalam bekerja dan hanya mengetahu teori semata-mata telah menjadi ingatan kekal bagi HR.

Aku tidak berharap untuk bekerja jauh dari sini. Kemudian, aku berhenti berharap untuk terus menjadi engineer dalam manufacturing. Aku berhasrat mulakan dari bawah, mencari pekerjaan sebagai technician, dan aku mengubah resume ku untuk mencari jawatan technician, alhamdulilah, terdapat 2-3 kilang yang memerlukan khidmat aku sebagai technician, dan aku ditawarkan pekerjaan di kilang-kilang ini. Akhirnya aku memilih bekerja dengan sebuah kilang yang merupakan anak syarikat dari Singapura yang berdekatan dengan kawasan perumahanku...

dan dari situ lah, pekerjaan pertama aku sebagai seorang QA technician bermula .... dan aku tidak kisah jawatan itu untuk mencari secebis pengalaman kerja dalam perjalanan hidupku untuk mencapai cita-cita...

dan dari situlah blog ini bermula........

Comments

  1. Salam bro..boleh tak kalau saya nk mtk no bro..sbb saya ade sedikit persoalan mengenai kursus insep...nk tahu sedikit sbnyak info dr anda..kalau x keberatan bro bley pm kt no saya 0133002209

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Step-step apabila ingin berhenti kerja

Sejarah Jam Besar Sg Petani