Realiti seorang mahasiswa dan apa yang perlu anda lakukan

Kisah ni dah lama aku nak ceritakan kepada sesiapa yang mula nak cari kerja selepas graduate dari universiti. Diharap kisah ini boleh menjadi satu jalan kepada sesiapa yang masih mencari kerja dan satu pembuka minda kepada sesiapa yang membacanya.

Pada zaman sekarang, terdapat lambakan graduan yang keluar dari kolej/universiti/pusat kemahiran yang menyebabkan peluang kerja yang sebelum ini banyak menjadi lebih kecil. Pengumuman kerajaan untuk menigkatkan umur persaraan ke 60 tahun turut menjadi faktor utama lambakan ini terjadi. Disebalik semua itu, industri di Malaysia yang banyak tertumpu kepada elektronik telah mengalami penurunan dari segi keuntungan. Kos margin yang lebih besar menyebabkan banyak pihak industri mengalihkan pusat operasi mereka ke negara yang lebih murah seperti Vietnam. Kos upah/gaji pekerja selalunya merangkumi 60% dari operasi syarikat, maka dengan kos sara hidup di Malaysia yang semakin tinggi, ini menyebabkan gaji pekerja perlu dinaikkan untuk menyamai atau mengimbangi inflasi yang bakal meningkat sekiranya gaji pekerja di takuk lama.

Kita boleh bandingkan dengan Singapura, taraf hidup disana lebih tinggi, dan gaji pekerja adalah tinggi bagi kita. Namun bagi sesiapa yang tinggal di Singapura, gaji yang diterima adalah berpatutan dengan kadar taraf hidup yang tinggi disitu. Jadi disebabkan itu, banyak rakyat Malaysia bekerja di Singapura dan tinggal di Johor, berbanding menyewa di Singapura. Ini kerana tukaran matawang adalah pada masa kini 1 singapura bersamaan RM3. Gaji minumum di singapura adalah 1000 Singapore dollar, bersamaan dengan RM3000 bila dibawa balik ke Malaysia. Sebab itu, ramai orang berminat untuk bekerja disana, namun bila ditambah tolak dengan kos pengangkutan dari Johor ke Singapura dan kos tempat tinggal di Johor yang tinggi, jumlahnya lebih kurang seperti bekerja di Kuala Lumpur. Rakyat Singapura sendiri menghadapi kos taraf hidup yang tinggi, namun kecelikan ilmu di Singapura adalah tinggi, dan ini dapat mengimbangi kembali taraf hidup yang tinggi kerana mereka mampu mendapat pekerjaan yang sesuai dengan tahap ilmu yang mereka perolehi.  Walaupun Singapura mempunya taraf hidup tinggi, masih banyak pelabur yang melabur di Singapura untuk kilang/industri. Ini kerana, di Singapura, mereka menfokuskan kepada penghasilan teknologi/research/service dan perbankan. Sebagai contoh, syarikat bertapak di Singapura mengeluarkan teknologi/research yang dapat digunakan penghasilan produk oleh kilang. Kilang-kilang ini dibina di sekitar Johor untuk menghasilkan produk secara mass production, dan syarikat utama berada di Singapura. Tujuan dibina syarikat di Singapura adalah kerana terdapat banyak talent yang boleh membangunkan syarikat mengikut kemahian CEO syarikat. Talent-talent ini terdapat banyak di Singapura kerana disana, kerajaan mengamalkan untuk menarik bakat-bakat ini ke Singapura dan di beri kerakyatan berdasarkan merit yang telah ditentukan. Namun begitu, banyak rakyat singapura memilih bekerja di Australia kerana faktor eknomi dan peluang kerja yang lebih banyak. Situasi yang sama berlaku di Malaysia, taraf kecelikan ilmu dikalangan rakyat adalah tinggi, dengan fokus untuk mencapai taraf hidup maju sebagaimana dicapai di Singapura. Namun, kecelikan ilmu yang kita lahirkan lebih banyak menjurus kepada pemikiran untuk bekerja dibawah orang, dan bukan untuk menghasilkan produk sendiri atau scientist usahawan. Kita bukan mengfokuskan kepada penghasilan produk makanan ataupun kosmetik yang telah banyak terdapat di Malaysia, namun lebih kepada teknologi yang boleh diguna kan untuk penghasilan produk yang mampu menembusi pasaran dunia.

Sebagai contoh, tidak perlu fokus kepada eksport durian ke luar negara, sekiranya lambakan durian di pasaran tempatan masih belum dihadapi.Harga durian pada waktu lambakan amat rendah yang menyebabkan petani yang mengusahakan durian tidak mencapai taraf ekonomi yang sepatutnya.  Masih belum ada teknolgi yang boleh menghasilkan durian yang tahan lama tanpa disimpan ke dalam peti sejuk. Jadi kearah manakah kita, menjual hasil durian/ pertanian, atau menghasilkan teknologi yang boleh digunakan untuk kemajuan negara kita. Sekiranya kita mampu mempunyai teknologi pengawet durian/menghapuskan bau durian, Sudah lama pasaran durian dapat ditembusi ke pasaran yang lain. Jika tidak, setiap tahun, isu lambakan durian tetap tidak akan diselesaikan.

Apabila menuju ke arah negara maju, adakah pemikiran kita selari dengan kehendak industri inginkan. Sebagai mahasiswa yang mempunyai diploma atau ijazah, apa yang patut terdapat dipemikiran setiap orang. " Cipta teknologi dari ilmu yang anda ada dan gunakan untuk kebaikan bersama " . Apabila anda mempunyai diploma/ijazah, ini bermakna, anda mempunyai ilmu yang orang lain tidak ada. Sebagai contoh, anda mempunyai diploma dalam jurusan bisnes, pasti anda tahu bagaimana hendak membuat kertas kerja bisnes berbanding orang yang mengambil jurusan elektrik. Apa yang anda boleh buat dari ilmu yang anda ada soalanya... Jawapannya, "cipta cara untuk memudahkan orang membuat kertas kerja bagi bisnes walaupun orang itu tidak ada ilmu dalam bidang ini" Cipta menggunakan software seperti excel/word/visual basic/microsoft access/ dan banyak lagi. Nama yang anda biasa dengar adalah template. Itu yang anda perlu buat. Sudah pasti, ciptaan anda itu, tidak boleh dijual, tapi ia boleh digunakan untuk mencari kerja yang anda inginkan. Masukkan dalam resume anda, anda mampu menghasilkan template kerja yang boleh memudahkan kerja orang lain apabila mengunakan komputer sebagai contoh untuk bisnes.

Sebagai contoh apa yang saya buat dari pengetahuan saya dalam engineering. Data yang saya masukkan hanya lah satu contoh. Dibuat dalam masa  kira kira <15 minit. Dari sini, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana data yang diperolehi diasingkan mengikut graf dan kesannya, kita dapat melihat dengan lebih jelas tools mana yang mempunyai masalah. Dari situ, root cause analysis (pencarian punca ) dilakukan, dan action untuk menghapuskan failure itu dilistkan... Jadi untuk masa depan, orang hanya perlu fill in data, kerana , graf akan automatik keluar, kerana telah diset begitu. Dari situ, analisis boleh dilakukan dengan lebih mudah. Untuk improve lagi , perlu gunakan software visual basic, dan microsoft access yang memerlukan masa yang lebih lama untuk dihasilkan.


Itulah cara yang boleh anda gunakan ilmu yang anda perolehi. Sebagai generasi gen Y, anda terdedah kepada teknologi komputer, yang memudahkan kerja dilakukan dengan menggunkan keyboard sahaja. Data dapat disampai kan dalam sekelip mata. Jadi gunakan kelebihan ini untuk memastikan anda tidak tertinggal diarus pembagunan. Kebanyakka industri masih lagi menggunakan proses tulis dan simpan, berdasarkan sistem ISO, jadi siapkan diri anda sebelum masuk ke industri untuk menghasilkan sesuatu yang mampu membuat kerja anda mudah dan memudahkan orang lain mendapatkan maklumat. Tidak kira sama ada anda seorang doktor, engineer, technician, atau pun pekerja biasa, kemahiran komputer adalah satu kelebihan yang tidak terdapat pada semua orang.. Caranya, belajar secara sendiri dan pengalaman itulah menjadikan anda seorang expert.. Itulah jalan yang terbaik untuk menjadikan diri anda berbeza dengan graduan yang lain di dunia.

Think > Create, create and create .... dari situ anda akan faham erti seorang usahawan .

Terima kasih kerana membaca.....Semoga berjumpa lagi...



Comments

Popular posts from this blog

Step-step apabila ingin berhenti kerja

Sejarah Jam Besar Sg Petani