Posts

Showing posts from 2016

Things end, but memories last forever.

Image
Sudah setahun aku meninggalkan Terengganu, teringat lagi zaman semasa menuntut ilmu di TATiUC, Walau apa pun yang terjadi, persahabatan masih kekal terjalin. Alhamdulilah.... Things end, but memories last forever.

INSEP PUSPATRI 2016 : Permohonan Intake ke-2 NOV-DIS 2016 telah dibuka

Image
INSEP PUSPATRI intake ke-2 telah dibuka untuk tahun ini. Walaubagaimanapun, hanya 3 kursus yang ditawarkan. 1) Safety Health Officer 2) Welding Inspection 3 ) Steam Plant Engineer Kepada calon yang berminat,  boleh memohon di laman web atau emailkan borang permohonan ke email PUSPATRI Semoga Berjaya.. [PERMOHONAN PROGRAM INSEP SESI 2/2016 KINI DIBUKA] 🌟 Yuran dibiayai KERAJAAN 🌟 Elaun RM 500/Bulan. 🌟 Yuran pendaftaran hanya RM 200.00 🌟 Asrama & Pengangkutan disediakan bagi yang memerlukan. (Dengan bayaran minima) 🎓CARA MEMOHON : 1) ONLINE : www.puspatri.edu.my ✅ 2) EMAIL : Emailkan borang permohonan ke intake@puspatri.edu.my✅ Mohon Sekarang!!! TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 26 OKTOBER 2016 ✔ Rujukan dari : FB PUSPATRI  ( https://www.facebook.com/johorskills/ )

Mengenal erti kerja harian....

Image
Alhamdulilah, diberi kesempatan untuk menulis terbaru untuk bulan ini. Boleh dikatatakn, tidak sempat untuk membuat post kerana kesibukan dalam mengendalikan urusan harian.  3 bulan sudah berlalu sejak aku memegang jawatan engineer dan bekerja di kilang ini. Memang tidak ku sangka, tugas sebagai engineer memerlukan kretiviti, kesabaran dan kecepatan dalam membuat keputusan. Jika tidak, pasti segala urusan akan tergendala, kerana apabila berlaku sebarang masalah, engineer yang akan dirujuk terlebih dahulu untuk pandangan teknikal. Buat masa ini, agak banyak masalah yang aku hadapi dan telah aku selesaikan. Dari masalah sekecil-kecil contaminated cap jari pada produk yang dihantar sehinggalah product tidak fit dipasang apabila sampai ke customer. Memang semua ini memerlukan tindakan cepat, dimana, testing, rework, application perlu dibuat dengan segera kerana customer menunggu produk yang dikhendaki. Dalam engineering, tiada benda yang sempurna, jadi penyelesaian secara verbal

Quality Engineer .....

Image
Sebenarnya tugas sebagai engineer lebih banyak kepada menyelesaikan masalah . Apabila ada masalah timbul, engineer la yang perlu cuba menyelesaikan berdasarkan pengetahuan yang ada. Disebabkan itulah, apabila seseorang mengambil jurusan engineering, banyak penyelesaian masalah berbentuk kiraan, teori didalam assingment ataupun peperiksaan. Fokus utama adalah untuk menguatkan kemampaun berfikir dalam menyelesaikan masalah. Jadi, dalam 4 tahun jurusan pengajian degree, beribu-ribu soalan assignement/test/exam, akan menjadikan seseorang lebih cepat dalam menganalisis dan memahami masalah serta cuba menyelesaikannya. Apabila bekerja, masalah yang timbul, kebanyakkan datang berserta dengan emosi, jadi disinilah yang membezakan dari zaman belajar di universiti. Setiap kerja yang dilakukan perlu sempurna dan mengelakkan dari kesilapan. Kesilapan biasa terjadi, namun elakkannya sehingga ia tidak menjadi terlalu besar. Namun dari kesilapan itulah, yang mematangkan seseorang dalam memb

INSEP di PSDC, Penang

Image
Kursus INSEP di PSDC, Penang telah dibuka sejak bulan lepas. Pemohon boleh memohon secara percuma di www.psdc.org.my. Buat masa sekarang, beberapa kursus telah penuh, namun calon boleh memohon, dan ia bergantung jika ada kekosongan pada saat akhir.  Disebabkan tarikh orientation akan bermula sekitar 30 June ini, calon dikhendaki call dahulu pihak PSDC untuk bertanya tentang kekosongan.  1. Enterprise Resource Planning (ERP –SAP) (Penang) Orientation: 30 June 2016 Training: 11 July 2016 Industrial Attachment: 11 October 2016 2. Manufacturing Process (Penang) Orientation: 30 June 2016 Training: 11 July 2016 Industrial Attachment: 11 October 2016 3. Financial Accounting in SAP (Penang) Orientation: 30 June 2016 Training: 11 July 2016 Industrial Attachment: 11 October 2016 4. Manufacturing Process (Kuala Lumpur) Orientation: 14 June 2016 Training: 12 July 2016 Industrial Attachment: 11 October 2016 Pemohon yang mempunyai diploma dan degree boleh memohon.

Perjalanan ke Pantai Merdeka, Kuala Muda, Kedah

Image
Kali ini, meluangkan masa di Pantai Merdeka untuk mengambil angin baru. Otak telah tepu dengan kerja yang tidak pernah berkurangan, jadi ini lah rasanya cara untuk melihat tempat baru yang jauh dari kesibukan kota. Perjalanan ke sini dari Bandar Sungai Petani, mengambil masa lebih kurang 45 minit, dan akan melalui jalan kampung yang berlatarbelakangkan sawah padi. Dengan membuka tingkap kereta, tenang rasanya perjalanan ini.  Setibanya disini, terus pergi ke arah pantai. Tenang rasanya dengan angin pantai yang menderu mengenai tubuh badan. Kuat tiupan anginnya, dan sudah pasti, pemandangan yang mengasyikkan.  Sebelum pulang, singgah sebentar di pekan kuala muda. Pekan nya kecil sahaja, dan kebanyakkan peniaga adalah orang kampung di sekitar sini,  Pekena dulu satay ikan. Memang unik. 

Sebulan telah berlalu...

Image
Alhamdulilah, telah hampir sebulan berlalu, dari tarikh aku bekerja dikilang ini. Tidak ku sangka, masih ada lagi, peluang untuk aku bekerja di sekitar kawasan perumahan ku. Jika aku tidak bekerja disini, mungkin aku telah berhijrah ke Penang atau Selangor. Namun, syukur, diberi kepercayaan untuk bekerja dan membantu rakan2 di dalam kilang ini untuk mencapai target yang diberikan. Jawatan yang aku pegang adalah sebagai QA Engineer. Nampak mudah, tapi sebarang masalah berkaitan quality, perlu aku ketahui dan kendalikan. Quality adalah last defence sebelum product yang dikeluarkan dari kilang dihantar kepada customer. Jadi apabila, ada masalah kualiti, aku lah orang pertama yang akan dicari untuk cuba membantu menyelesaikannya. Disebabkan itu, aku selalu pulang lewat ke rumah, dan banyak menghabiskan masa dikilang ini. Sepanjang bekerja disini, aku bersyukur dan seronok dengan tugas yang diberikan. Walaupun, kadang-kadang diwaktu malam, aku tidak nyenyak tidur memikirkan quality

Learning Curve dalam mencari pengalaman

Image
Learning curve adalah satu yang dipandang ringan oleh kebanyakkan orang. Apabila seseorang tamat pengajian universiti, kebanyakkan ilmu yang diketahui akan dilupakan sedikit demi sedikit. Semua pasti tahu, di universiti anda dinilai dari segi markah dalam menjawab soalan exam, dan lebih berunsurkan teori, berbanding praktikal. Diakhir pengajian, penilaian dalam bentuk cgpa akan dikeluarkan kepada setiap pelajar. Kebanyakkan pelajar akan fokus untuk berjaya dalam exam berbanding memahami bagaimana teori itu diaplikasi. Namun, apabila memasuki sektor pekerjaan perkilangan, kebanyakkan fresh graduate tidak semestinya pakar dalam bidang yang dipelajari. Ini kerana di Universiti, pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis teori dan banyak yang tidak diaplikasi di industri kerana kekangan kos. Disini lah, dimana individu dapat belajar untuk menyesuaikan diri dan cuba mengaplikasi teori yang dipelajari untuk industri tempat anda bekerja. Dari situ, anda akan faham bagaimana ilmu tersebut

Alhamdulilah, akhirnya berjaya juga ..

Image
Setelah lebih dari 2 bulan setengah menggangur, akhirnya berjaya juga mendapat kerja. Tidak sangka, walaupun terdapat pelbagai dugaan dalam interview, lekat jugak untuk mendapat kerja. Semuanya bermula dengan aku melihat iklan jawatan kosong di papan jobsmalaysia depan Pejabat Buruh Sg Petani. Dari situ, aku menghantar surat bersetem RM1 yang diisi cover letter dan resume. Dalam masa 2 hari, pihak kilang menghubungi aku untuk sesi interview pada petang itu jugak. Interview adalah lebih kurang 1 jam 30 minit, dimana aku terus dioffer dengan job diakhir interview. Interview yang paling pantas mendapat job offer. Cuma tak sign apa2 agreement lagi, cuma tak sangka begitu cepat. Jawatan yang aku pegang sebenarnya tidak pernah wujud, tapi company percaya aku boleh melakukan tugas tersebut. Alhamdulilah, diberi perhargaan oleh interviewer dalam sesi temuduga. Jawatan aku banyak berkaitan kepada QA tapi tidak specifik kerana perlu terlibat dengan projek-projek pada masa depan. Berdasa

Tidak Layak Untuk Jawatan

Image
Semasa tempoh menggangur ini, apa yang aku lalui banyak mengajar aku erti kesusahan, kesabaran, dan berfikiran positif. Dalam tempoh 2 bulan, tanpa kerja, banyak yang aku fikirkan, dan banyak masa aku dihabiskan dengan membaca artikel-artikel, news, dan menonton dokumentari Youtube. Sebelum ini, aku tidak sedar betapa susah nya mencari kerja, namun selepas apa yang aku lalui, aku sedar, mencari pekerjaan seperti memancing ikan di lautan. Sekiranya, bernasib baik, maka anda akan diinterviewer. Disini, penulis nukilkan pengalaman diinterviewer di kilang area Sg Petani. Untuk memohon pekerjaan, penulis banyak menggunakan maklumat dari Internet. Membaca perihal company dan apply berdasarkan kelayakan. Kebanyakkan, menggunakan surat A4 dan setem RM1. Daripada lebih 30 resume yang dihantar ke pelbagai company, hanya 5 company yang memanggil untuk diinterviewer. Kebanyakkannya adalah dari SME company. ( Small Medium Enterprise ). Jadi ada satu company yang call untuk interview,

Inside Fake Pineng Power Bank

Image
This is  Pineng power bank. I have bought this power bank from pasar malam, around RM50. Just, to show you, what inside this fake Pineng power bank. The disassembly process started Inside Power Bank From the picture above, only pink colour is real battery. Others, just sand. ( You can hear sound when shaking the battery ) A way to buy or check power bank, 1. Shake the power bank 2. If you hear any sound, i think there will be sand inside. 3. Just buy power bank that have warranty card, and from authorized person only. Thanks for reading...and. don't waste your money for cheap power bank. Today, I have lost my power bank, .. Haha... Lepas ni, kena berhati-hati lagi.... Rugi RM50... Dugaan terkena powerbank tipu / palsu. 

Gaji minumum RM1K di sektor swasta bermula Julai 2016

Image
Nampaknya, dengan kos sara hidup yang agak tinggi sekarang, gaji asas (minumum wage) turut dinaikkan dari RM900 sebelum ini ke RM1000 bermula Julai ini. Walaupun jumlah kenaikan ini kecil, tapi bila dikira dengan OT, ia lebih banyak dari sebelum ini. Ini bermaksud, operator pengeluaran kilang dapat memperolehi RM920 untuk setiap bulan tanpa OT ( RM80 dimasukkan dalam KWSP - 8% ). Untuk satu hari bersamaan RM 43.48, satu jam RM4.35. (OT 1 jam bersamaan RM6.52 ). Untuk membawa pulang RM1,500 setiap bulan, sebanyak 90 jam OT(1.5) diperlukan. Diharapkan, dengan kenaikkan gaji minimum ini, gred gaji bagi jawatan lain turut dinaikkan. Teringat, pada first time kerja, masa interview tahun 2014, mintak gaji rendah sebab bermula sebagai technician, tapi tak sangka dapat lagi rendah dari sepatutnya. Tapi dah masa tu, memang perlu cari kerja, terima je lah.  Jadi dengan mengharapkan OT lah, boleh mengumpul duit lebih. Kalu tanpa OT, tolak kereta, bil, minyak etc, memang tak cukup. Gaji

Industri yang berkembang semasa harga minyak rendah

Image
Walaupun industri minyak dan gas terjejas pada waktu ini, namun, terdapat juga industri yang berkembang dengan harga minyak yang rendah. Industri yang akan berkembang dengan pesat adalah industri yang berkaitan S hipping/Transportation, Construction, Chemical & Service ( hotel, restaurant, pasaraya ) . Manufacturing (based product ) turut berkembang namun di Malaysia, ia akan sedikit terjejas kerana pasaran eknomi dunia lemah dan persaingan yang kuat oleh industri yang terdapat di China, Vietnam dan Thailand , ini kerana negara ini dapat menawarkan harga product yang lebih eknomi/murah tetapi berkualiti. 

Tips memohon kerja kosong

Image
Apabila melihat iklan kekosongan jawatan, caranya bukan lah dengan terus menghantar resume melalui emel atau pos, kemudian menunggu jawapan. Sekiranya anda berbuat begitu, pasti anda akan menunggu kira-kira 2-3 bulan untuk mendapatkan pekerjaan. Ini kerana, bukan anda seorang yang akan memohon, tapi beratus ratus permohonan akan tiba ke HR setiap hari. Berdasarkan pengalaman penulis semasa bekerja sebelum ini, boleh dikatakan setiap hari akan kelihatan individu menghantar surat permohonan kerja/resume di guard kilang. Jadi komunikasi dengan HR adalah cara paling sesuai untuk menonjolkan diri anda dari orang lain. Cara yang paling berkesan setakat ini bagi penulis adalah 1. Call company tersebut dan minta disambungkan ke HR untuk pertanyaan tentang jawatan kosong yang diiklankan. 2. Apabila panggilan ke HR telah disambungkan, perkenalkan diri dan terangkan sebab anda call HR tersebut. kemudian tanya tentang requirement kerja kosong tersebut, dan mintak e-mel HR untuk menghantar

INSEP Electrical Maintenance & Network Security di KISMEC

Image
Program intake INSEP di KISMEC telah dibuka ; program Electrical Maintenance Management dan Network Security Professional. Sekiranya baru graduate dan masih mencari pekerjaan yang sesuai, apa kata join program sebegini, dan dapatkan ilmu pembelajaran secara praktikal. Untuk maklumat lanjut tentang tempoh kursus, sijil yang dikeluarkan dan praktikal , sila hubungi KISMEC. Maklumat ttg insep, sila klik link dibawah 1. INSEP menjamin peluang pekerjaan ? http://nurmuhamad89.blogspot.my/2016/02/pandangan-peribadi-insep-menjamin.html 2. Syarat sertai INSEP http://nurmuhamad89.blogspot.my/2015/04/syarat-syarat-menyertai-insep.html Semoga berjumpa lagi...

Malam yang indah

Image
Berjalan sekitar bandar Sg Petani pada waktu malam...... Penuh dengan lampu-lampu menerangi bandar ini. Kelihatan kurang penduduk yang menjalankan aktiviti perniagaan, dimana, kebanyakkan menutup kedai masing-masing apabila tiba 10 malam........ Jadi, sambil tu, sempat la ambil beberapa gambar sebagai kenangan..... Tenang tanpa stress....  Semoga berjumpa lagi.....