Posts

Showing posts from April, 2019

Pengalaman ke Mapex 2019

Image
Kali ini tergerak hati untuk bersama isteri pergi ke MAPEX 2019 pada 28 April di Midvaley Exthibition Centre di KL. Kerana pertama kali ke sini, jadi agak susah untuk mengagak lokasi exthibition ini. Berdasarkan panduan melalui internet dan juga guide list tenant, maka berjaya juga kami temui lokasi exthibition ini. Terletak di tingkat paling atas, ia menempatkan berpuluh-puluh exthibition developer yang menawarkan harga rumah dari RM300k sehinggalah RM2 juta. Ia seperti persaingan merebut pelanggan kerana setiap developer akan memberikan handout rumah untuk anda lihat dan pilih. Seperti yang kita tahu, pada masa ini, unit perumahan bertingkat seperti kondominium dan apartment menjadi keutamaan pemaju. Untuk unit landed house, harga nya bermula dari Rm500k. Tidak terjangkau fikiran untuk mendapatkan rumah landed house jika harga nya sebegitu. Cuma kami tertarik dengan beberapa unit perumahan seperti di Sg Besi , Cheras  dan juga Putrajaya. Ia menjadi pilihan kami kerana

TNB Energy Night Run 2019

Image
Daftar di https://www.tnbenergynightrun.com/

Tempat Menarik di Kuala Perlis

Image
Kuala Perlis adalah satu destinasi tumpuan di Malaysia. Tarikan utamanya adalah tempat persinggahan penumpang sebelum ke Langkawi menggunakan pengangkutan air iaitu feri. Walaupun hanya tempat persinggahan untuk pelancong, namun ia turut menjanjikan beberapa tempat menarik untuk para pelancong yang datang ke sini. Jadi jika telah tiba ke sini, jangan lupa untuk mengunjungi beberapa tempat menarik yang ada disini..  Antara menjadi tumpuan disini adalah kecantikan panorama petang semasa matahari sedang tengelam di pantai. Di antara kawasan jeti Brasmana Hotel, anda dapat melihat momen-momen indah matahari yang bertukar warna dari kuning ke oren pada pukul 6.30 - 7.30 malam. Dengan laut yang surut pada waktu itu, lensa kamera tidak melepaskan peluang mengambil beberapa gambar sebagai memori disini. Cuma jeti Brasmana (Ocean Glow) ini di tutup untuk para pengunjung semasa kami tiba, hanya dapat mengambil gambar dari jauh. . Teringat lagi, pada tahun 2006, saya dan rakan-

Budak Kelas MRSM

Image
"Kita tidak mampu mengubah arah angin yang meniup, tapi kita mampu mengubah arah kipas untuk menghala angin ke arah diri sendiri. Impian dan cita-cita milik setiap orang yang berusaha ke-arahnya" February 2005, aku berada di MRSM Beseri, untuk sesi orientasi pertama ku disini. Aku merenung ke luar melihat persekitaran perpustakaan yang begitu asing buat diri ku. Terbayang perasaan aku akan memulakan persekitaran yang baru jauh dari kampung halaman ku di kedah. Aku tidak banyak masa membuat persediaan semasa ke sini, sekadar bekalan yang dibekalkan oleh ibu dan ayahku. Apabila mendapat tawaran ke sini, aku melonjak sekali ingin pergi ke sini. Ingin sekali memijak kaki ke satu institusi yang digelar MRSM (Maktab Rendah Sains Mara). Telah banyak aku mendengar cerita-cerita mengenai MRSM dari kalangan rakan-ku, sehingga aku berasa bertuah ditempatkan disini. Tidak terbayang, diberi harapan untuk melanjutkan pengajian disini setelah bersusah payah berulang alik menaiki b

Program Lepasan Ijazah 2019, Puspatri Johor

Image
Puspatri Johor telah membuka pendaftaran untuk program lepasan ijazah. Beberapa porgam menarik ditawarkan seperti welding inspection, ndt inspection , steam plant engineer, engineering operation and maintenance.  Mohon Sekarang Lawati fb puspatri untuk memohon https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1952628974865786&id=185343138261054

Mengimbau Kenangan MRSM Beseri, Perlis

Image

Lampu Solar Budget untuk luar rumah

Image
Jika disebut lampu solar pasti setiap orang akan terbayang akan penjimatan yang dapat dihasilkan. Kali ini penulis ingin berkongsi lampu solar mampu milik yang boleh dipasang sendiri secara diy dan berkualiti. Ia adalah percubaan pertama penulis untuk memasang dan menggunakan lampu solar di rumah. Jika kita mengupah orang luar untuk pemasangan dan set lampu solar, ia akan mencecah ratusan ringgit, namun jika dipasang ia adalah bawah RM 90 untuk set 10 Watt.  Melihat kepada pasaran lampu solar, ia semakin menarik untuk digunakan kerana harga nya yang telah turun hingga menjadi nilai mampu milik kepada setiap orang. Dengan harga berbeza mengikut Watt, ia sangat sesuai digunakan oleh sesiapa pun. Solar light yang menjadi pilihan kali ini adalah LED Solar Light. Cuba search Lazada atau Shoppe, pasti banyak pilihan, dan pasti ia menjadi mimpi ngeri jika terbeli solar light yang tidak berkualti.  Pemasangan lampu solar adalah sangat mudah, cuma pastikan penyambungan wayar