Merentasi banjaran titiwangsa : Kuala Ketil - Jalan Raya Gerik - Telok Kalong


Kali ni jauh perjalanan yang ditempuh untuk memandu dari rumah ke Telok Kalong melalui lebuhraya Timur- Barat. Sebenarnya, kali ni adalah first time bagi penulis menempuh perjalanan yang jauh dan panjang. Selalumya hanya menggunakan bas ekspress je kalau untuk ke destinasi yang jauh. Namun, disebabkan keperluan menggunakan kereta pada masa akan datang( Praktikal nanti ) jadi terpaksa la bawa kereta ke Terengganu. Bertolak pada waktu pagi sekitar 8.30pagi dan perjalanan ini memang tak dapat dilupakan dengan singgah ke beberapa tempat yang tak pernah dilawati sebelum ini.

Melalui jalan gerik ke jeli yang berbukit bukau tu memang agak membosankan jugak. Ye la, semuanya penuh dengan hutan di tepi dan kanan, dan kurangnya kereta yang menggunakan jalan ini, menyebabkan perjalanan di laluan ini agak sunyi. Laluan ni agak mencabar kepada sesiapa yang pertama kali menggunakannya, kerana terpaksa menggunakan gear yang berbeza-beza apabila turun dan menaiki bukit selain memerlukan skill untuk memotong lori yang banyak dilaluan ni. Sebelum meneruskan perjalanan melalui jalan raya gerik ni, pastikan minyak diisi dengan penuh kerana tiada stesen minyak di lebuhraya ini, kecuali bila sampai ke Jeli.

Semasa dalam perjalanan tu, singgah la sebentar di kawasan yang menempatkan Tugu Peringatan jalan raya Timur-Barat  terletak bersebelahan Tasik Banding, Perak. Disini, ada diceritakan sejarah pembinaan lebuhraya ni dan sabotaj yang dilakukan oleh pihak komunis.Tugu ini bertulis "PENGORBANAN DALAM KENANGAN, JALAN RAYA TIMUR BARAT (1970-1982).   Baru tahu, kesusahan pihak JKR dulu-dulu tuk membina laluan ni, tak sangka lak ada perang dengan komunis dekat sini. Sama-sama kita menghargai sumbangan pihak yang menyiapkan laluan ini pada dahulu kala.


Bila dah tiba dekat puncak banjaran titiwangsa ni, ada sebuah RnR Hentian Puncak Banjaran Titiwangsaa. Di sini la , selalunya saya nampak penguna lebuh raya melepaskan kepenatan dengan makan, mandi dan bergambar disini. Kawasan ni, memang cantik dengan pemandangan bukit-bukit dan pokok yang hijau. Seronok melihat kawasan sekitar yang menghijau, macam dekat cameron highland lak. hehe.


Di sepanjang lebuh raya ini anda akan nampak papan tanda ‘AWAS, GAJAH MELINTAS’ dan sepanjang jalan ini jugak, kita boleh nampak tinggalan kubu-kubu pertahanan yang didirikan oleh pasukan keselamatan sewaktu mengawasi jalan ini dari serangan pengganas komunis sebelum komunis menyerah diri sepenuhnya pada tahun 1989. Tinggalan tu masih ada tapi sudah tidak terjaga.


Dalam perjalanan tu, berhenti sebentar di tepi jalan bila melihatkan banyak gerai-gerai disini. Sengaja hendak melihat Pusat Membeli Belah Bukit Bunga, Tanah Merah Kelantan.Bila sudah berada di kawasan ini, baru sedar, dekat beberapa kilometer je antara sempadan Malaysia – Thailand. Dekat sini, kebanyakkan peniaga rupa seperti orang siam( tak pasti orang siam atau kelantan), dan barang yang dijual agak murah dan berpatutan. Yang pasti, konsep tawar menawar perlu dipraktikkan disini untuk mendapat harga murah.


Selepas beberapa kilometer melepasi tempat beli belah di seberang jalan, terjumpa la pulak pasaraya yang baru je dibina. Pasaraya Pantai Timur namanya dan pasaraya ni baru je dirasmikan pada 15 Mei ni, dan keadaan dalam tu penuh dengan orang ramai. Nak dikatarakn murah, sama je ngan pasaraya lain, mungkin ini satu-satunya pasaraya yang terdapat disini menyebabkan ia menjadi tumpuan penduduk setempat membeli belah.

Kemudian memandu la balik sampai la kat Jertih. Dekat sini, berhenti sekejap dekat masjid tuk berehat, makan dan membersihkan diri. Cantik masjid ni, dan dikenali oleh orang setempat sebagai masjid kayu.. Memang kayu betul, dan cantik design dia. Berangin je, bila duduk dekat sini.

Kemudian, teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu, sengaja nak lepak kat sana dulu, sebelum ke TATi. Masa kat situ, ada la pergi singgah di dataran shahbandar, bukit puteri, bazar warisan, dan juga pasar payang. Banyak jugak berjalan kat situ, tapi memang puas hati la.  Lepas singgah tu, teruskan perjalanan ke TATi, dan sampai pada waktu malam jugak la.


Rasanya, dari perjalanan ini membuka mata aku tentang Terengganu yang sememangnya kaya dengan budaya dan adat... serta hasil petroleum dan gas...serta gadis melayu yang cun....

Berjumpa lagi pada post akan datang. 

Comments

  1. Oh kalau nk pergi terengganu kena jalan bukit tu jugak ya.saya sampai kelantan je tapi still takut nak ikut jalan gerik

    ReplyDelete
  2. Kalu datang dari negeri perak, kedah, perlis, lebih baik ikut jalan ni gerik ni.. Jalan biasa je, cuma gerak pagi baru kurang skit kereta. Nak kata bahaya, tak de lak, sbb jalan memang elok.. kalu dah sampai kelantan , masuk terus jalan lebuhraya pantai timur... nnti keluar dekat exit kijal... dah dekat dgn tati dah pun

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Oh gitu.saya pun xberapa ingat sbb saya dari perak pi kelantan org lain yg drive.saya tido je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Step-step apabila ingin berhenti kerja

Sejarah Jam Besar Sg Petani