Posts

Showing posts with the label Alor Setar

Tempat-tempat menarik untuk bergambar di Alor Setar

Image
Berminat nak jalan-jalan ke utara ? Sambil melancong tu, kena la tahu sejarah tempat tu kan, baru la jadi menarik. Jadi kat sini, nak kongsikan sedikit tempat menarik yang terdapat kat Alor Setar. Banyak lagi tempat menarik yang ada kat sini, cuma ini je sempat pergi dalam satu hari semasa singgah ke Alor Setar hari tu. Nanti kalau kesempatan, akan kongsikan tempat-tempat menarik lain pulak. Apa pun layan dulu, tempat menarik yang boleh anda lawati di Alor Setar.  Alor Setar adalah merupakan ibu negeri Kedah. Boleh dikatakan, Alor Setar memang pesat membangun dengan deretan bagunan baru dan masih juga mengekalkan bagunan-bagunan lama yang mempunyai banyak sejarah kepada penduduk disini. Ini adalah mercu tanda Alor Setar yang menjadi kemestian untuk bergambar berlatar belakangkan mercu tanda ini semasa tiba ke bandar ini. Menara Alor Setar : Kalau sebut Menara Alor Setar ni, memang ramai dah tahu. Ketingian menara ini mencecah 165.5 meter dan menara yang ke-19 tertinggi d...

Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir di Alor Setar

Image
Kali ni, berkesempatan singgah di rumah kelahiran Mahathir. Kira tak sangka tempat ni masih terpelihara lagi. Kalau mengikut sejarah, rumah ini menggambarkan kehidupan Dr Mahathir semasa kecil-kecil hingga la dewasa. Kalau tiba kat sini, jangan risau, tiada bayaran masuk yang dikenakan dan ruang parking pun luas. Dibuka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 10pagi sampai 5 petang. Kalau hari jumaat, tutup sekejap dari pukul 12 tgh hari sampai 3. Bila melangkah masuk, anda akan dapat perhatikan barang-barang lama yang terdapat disini seperti radio, buku-buku dan katil-katil lama. Terdapat juga gambar-gambar ibu bapa dan mahathir sendiri, yang diletakkan di sepanjang dinding.  Anjung rumah Meja belajar Beranda ruang tamu Koleksi simpanan keluarga Dr Mahathir Di bahagian dapur terdapat beberapa peralatan memasak yang lama dan disertakan sedikit penerangan untuk pengunjung. Memasak menggunakan kayu-kayu Replika pelita untuk kegunaan waktu malam Rua...

Petrosains DinoTrek2 di Balai Seni Negeri, Alor Setar.

Image
Kali ni, ada kesempatan singgah di Balai Seni, Alor Setar selepas selesai urusan di UTC. Tempat ini menjadi pameran bergerak Petrosains DinoTrek2 hingga bulan Mei ni. Pada mulanya, memang tak sedar ada pameran ni, tapi bila melihatkan ramai orang beratur di depan Balai Seni ni, dan tersedar ada banner DinoTrek tu, baru tahu ada event kat dalam tu. Kiranya, ni peluang keemasan tuk aku tengok apa yang ada dalam pameran ni. Bagi yang tak pergi lagi, saya sarankan pergi sambil bawa budak-budak, baru seronok melihat diorang tengok dinosaur tu.. Kedudukan Balai Seni ni, adalah berdekatan dengan Masjid Zahir, kira boleh parking kereta di belakang balai seni ni. Pameran ini dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang dan harga tiket masuk ialah RM10 bagi dewasa, remaja dan kanak-kanak (RM5), rombongan sekolah (RM4), pakej keluarga iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak (RM20) manakala kanak-kanak bawah empat tahun percuma. Bila masuk je dalam tu,  dengan hiasan ...