Lampu Solar Budget untuk luar rumah
Jika disebut lampu solar pasti setiap orang akan terbayang akan penjimatan yang dapat dihasilkan. Kali ini penulis ingin berkongsi lampu solar mampu milik yang boleh dipasang sendiri secara diy dan berkualiti. Ia adalah percubaan pertama penulis untuk memasang dan menggunakan lampu solar di rumah. Jika kita mengupah orang luar untuk pemasangan dan set lampu solar, ia akan mencecah ratusan ringgit, namun jika dipasang ia adalah bawah RM 90 untuk set 10 Watt. Melihat kepada pasaran lampu solar, ia semakin menarik untuk digunakan kerana harga nya yang telah turun hingga menjadi nilai mampu milik kepada setiap orang. Dengan harga berbeza mengikut Watt, ia sangat sesuai digunakan oleh sesiapa pun. Solar light yang menjadi pilihan kali ini adalah LED Solar Light. Cuba search Lazada atau Shoppe, pasti banyak pilihan, dan pasti ia menjadi mimpi ngeri jika terbeli solar light yang tidak berkualti. Pemasangan lampu solar adalah sangat mudah, cuma pastikan penyambung...