Posts

Showing posts with the label kenangan lama

Kenangan Waktu Remaja, Menjelajah Gua di Perlis ( 2005 )

Image
Post ini adalah mengingati zaman-zaman lama semasa muda remaja. Di waktu belajar sebagai pelajar di MRSM Beseri, Perlis. Diwaktu, kami akan menghadapi peperiksaan SPM, kami melakukan beberapa aktiviti yang telah menjadi memori indah kepada kami semua.  Sebelum bermulanya aktiviti menjelajah gua, kami diberikan penerangan ringkas tentang keselamatan dan cara meneroka gua disini.  Dari luar, kelihatan batu kapur, tetapi didalam nya terdapat gua yang boleh diteroka.  Disebabkan ruang dalaman gua yang agak gelap, kami hanya bergambar diluar gua.  Boleh lah, yang penting muka kelihatan. Bila diteliti kembali, ini gaya tak tengok kamera.  Apabila telah selesai, bergambar dengan guru pengiring yang memberi tunjuk ajar kepada kami semua.  Antara guru yang paling sempoi di MRSM dan pengajar subjek Biologi yang paling hebat di zaman kami belajar.  Antara gambar kenangan terakhir bersama-sama sahabat yang sentiasa ingat di hati  Indahnya kenangan di masa zam...

Kehidupan satu Anugerah

Image
Alhamdulilah, dikurniakan kesihatan untuk menulis coretan kali ini. Jika melihatkan perkembangan, banyak yang boleh ku tuliskan untuk tantapan pembaca. Rasanya, sudah hampir 6 tahun bekerja di industri. Banyak asam garam kehidupan sudah dilalui. Benarlah, kehidupan itu satu anugerah Allah berikan kepada hamba-hambanya. Setiap yang bernyawa itu pasti ada tujuan diciptakan dimuka bumi. Setiap masalah yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan sudah pasti akan lahir penyelesaian. Lihatlah masalah dengan pandangan mata hati,  kita pasti akan banyak bersangka baik dan berdoa.  Dikala aku menulis, terdengar bunyi gurauan rakan-rakan, yang menjadi perhatian orang ramai. Pada zaman sekarang, sudah menjadi satu budaya dimana FB menggantikan interaksi sesama manusia, dimana rakan maya di anggap sebagai rakan sebenar tetapi rakan dialam nyata tidak dihargai. Kita terlalu ingin menunjukkan kehidupan kita yang baik dengan jumlah like yang kita terima dalam setiap post di FB. Setiap lik...

Budak Kelas MRSM

Image
"Kita tidak mampu mengubah arah angin yang meniup, tapi kita mampu mengubah arah kipas untuk menghala angin ke arah diri sendiri. Impian dan cita-cita milik setiap orang yang berusaha ke-arahnya" February 2005, aku berada di MRSM Beseri, untuk sesi orientasi pertama ku disini. Aku merenung ke luar melihat persekitaran perpustakaan yang begitu asing buat diri ku. Terbayang perasaan aku akan memulakan persekitaran yang baru jauh dari kampung halaman ku di kedah. Aku tidak banyak masa membuat persediaan semasa ke sini, sekadar bekalan yang dibekalkan oleh ibu dan ayahku. Apabila mendapat tawaran ke sini, aku melonjak sekali ingin pergi ke sini. Ingin sekali memijak kaki ke satu institusi yang digelar MRSM (Maktab Rendah Sains Mara). Telah banyak aku mendengar cerita-cerita mengenai MRSM dari kalangan rakan-ku, sehingga aku berasa bertuah ditempatkan disini. Tidak terbayang, diberi harapan untuk melanjutkan pengajian disini setelah bersusah payah berulang alik menaiki b...

Menjejak kenangan lama : Susu Legend

Image
Kalau anda bersekolah rendah semasa 90-an mesti anda akan ingat susu legend ini.Susu ni amat popular dikalangan budak sekolah rendah pada zaman 90-an dulu-dulu. Dimana, setiap pelajar perlu mengisi borang dahulu dan berserta duit sebelum diberikan kepada driver lori yang akan datang ke sekolah sekali sekala. Kali ni, sempat jugak, beli 1 botol susu dan dadih perasa original di kiosk Jabatan Veterinar. Sekarang ni, susah juga nak jumpa susu ni, kecuali dekat kiosk ni. Fuh.. bila minum je, terus terkenang zaman sekolah rendah dulu. Kalau dulu, susu ni dijual dalam RM0.80 je, tapi sekarang dah naik harga. Harga susu dan dadih sekarang adalah RM1.50 setiap satu. Cuma bagi penulis, susu ni agak manis jugak la. tak best hehe.. Mungkin citarasa dah berubah kot selepas dah bertahun-tahun tak merasa susu ni kan. Tapi bagi budak-budak mungkin suka kot.  Kalau nak dapatkan susu ni di Sungai Petani boleh kunjungi kiosk yang terletak depan dengan IKM Sg Petani. Selain ...