Posts

Showing posts with the label Buku

Memahami Kepribadian dengan Model DISC: Dinamik Harian di Pejabat

Image
Pernah tak terfikir kenapa ada orang tegas dalam buat keputusan, sementara yang lain lebih suka elak konflik? Kenapa ada yang ceria dan suka berbual, tapi ada juga yang lebih teliti dan berhati-hati? Jawapannya boleh ditemui dalam Model DISC , yang membahagikan keperibadian kepada empat jenis utama: Dominance (D), Influence (I), Steadiness (S), dan Conscientiousness (C). 🌟 Pagi Sibuk di Pejabat 🌟 📌 Ahmad (D - Dominance) Ahmad terus memulakan mesyuarat dengan nada tegas. Fokus dia? Selesaikan masalah dengan cepat. Dia tak suka buang masa dan terus ke penyelesaian. 📌 Farah (I - Influence) Farah pula sibuk berjenaka dan menceriakan suasana. Dia percaya hubungan yang baik dalam pasukan adalah kunci kejayaan, jadi dia akan pastikan semua orang selesa sebelum masuk ke perbincangan serius. 📌 Amir (S - Steadiness) Amir lebih suka mendengar. Dia tak gemar perubahan mendadak dan lebih selesa dengan rutin. Seorang pendengar yang baik, dia sering bertindak sebagai pendamai dalam kumpulan...

Dikelilingi oleh Si Kuning: Banyak Cakap, Kerja Entah ke Mana

Image
Dalam setiap organisasi, pasti ada individu yang sangat petah berbicara, penuh karisma, dan selalu menjadi pusat perhatian. Mereka ini boleh dikategorikan dalam kumpulan "Si Kuning" , seperti yang diterangkan dalam buku Surrounded by Idiots oleh Thomas Erikson. Orang kuning ini cenderung ceria, pandai bersosial, dan penuh keyakinan—tetapi apabila tiba bab kerja sebenar, mereka sering melepaskan tanggungjawab kepada orang lain. Aku pernah bekerja dengan seorang bos seperti ini. Dalam setiap mesyuarat, dia akan bercakap dengan penuh semangat tentang visi dan strategi syarikat. Kata-katanya berapi-api, seolah-olah membawa perubahan besar. Namun, apabila tiba masa untuk melaksanakan sesuatu, semua tugasan akhirnya jatuh ke bahu orang lain. Bila ada masalah? Dia akan menggunakan kata-kata manis dan manipulatif untuk mengelak tanggungjawab. Dalam buku Surrounded by Bad Bosses , Erikson menjelaskan bahawa terdapat bos yang hanya pandai mengarah dan bercakap tetapi kurang kemahiran ...

Kematangan dalam Menghadapi Politik Pejabat

Image
Dalam dunia kejuruteraan, politik pejabat adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun, satu perkara yang aku pelajari sepanjang 10 tahun bekerja ialah  kematangan dalam menguruskan situasi ini jauh lebih penting daripada sekadar terlibat atau melawannya . Banyak yang terperangkap dalam permainan ini—ada yang cuba menjatuhkan orang lain untuk kepentingan sendiri, ada yang sibuk membina jaringan demi pengaruh, dan ada yang sekadar mengikut arus. Aku memilih untuk mengambil pendekatan yang lebih tenang dan profesional:  fokus pada kerja, menjaga integriti, dan tidak terbeban dengan perkara yang di luar kawalan . Dalam dunia kerja, kuasa bukan hanya datang daripada jawatan atau gelaran, tetapi juga daripada kebolehan seseorang mengurus pengaruh, strategi, dan psikologi sosial. Buku The 48 Laws of Power oleh Robert Greene memberi gambaran jelas tentang bagaimana kuasa berfungsi, termasuk dalam politik pejabat. Berikut adalah bagaimana beberapa undang-undang kuasa dalam buku i...

"Don't hope for better. Just be better" – Harapan di Tengah Kehidupan

Image
Aku selalu ke pantai. Kalau orang tanya tempat favorite aku, sudah pasti aku akan katakan pantai . Kenapa? Aku suka tempat yang luas, di mana aku boleh melihat sejauh mata memandang. Aku suka duduk di pasir, memerhatikan ombak yang tidak pernah berhenti menghantam pantai. Aku suka bunyi alam yang mendamaikan, angin laut yang menyapu wajah, dan perasaan kecil di tengah kebesaran ciptaan Tuhan. Alhamdulillah, tempat ini selalu memberi aku ketenangan. Mungkin sebab itu, setiap kali aku ke pantai, aku lebih suka bersendirian. Duduk, berjalan, membiarkan pasir menyentuh kaki, mendengar ombak berbicara dengan caranya sendiri. Di sini, semuanya terasa lebih jujur, lebih nyata . Sebuah Buku, Sebuah Pencerahan Petang itu, selepas selesai tugasan audit di Terengganu, aku menghabiskan masa di pantai. Tapi kali ini, aku membawa sesuatu bersama— sebuah buku yang aku bawa dari KL . Buku ini bukan sekadar buku biasa, tetapi buku yang membahas realiti hidup dengan cara yang unik. "Everything is F...

Memancing Buku di Big Bad Wolf 2019

Image
Jika anda tidak pernah berkunjung ke Big Bad wolf sebelum ini, pasti artikel ini akan memberi anda pemahaman apa itu bad bad wolf dan bagaimana ia berkembang menjadi pesta buku yang popular di Malaysia. Pesta Buku ini tidak asing bagi sesiapa yang suka kan buku-buku, kerana ia menawarkan harga bukju dengan harga yang sangat murah. Ia bermula pada tahun 2009 dimana 2 orang suami isteri telah menubuhkan syarikat Big Bad Wolf Sdn Bhd dan mengadakan jualan pertama di Dataran Hamodal Petaling Jaya. Kemudian diteruskan ke AmCorp Mall yang menjadi lebih berjaya. Dari titik permulaan ini lah, pesta buku diteruskan sehinggalah pada tahun 2011, ia diiktiraf sebagai "World Biggest Book Sale dengan menawarkan 1.5 juta buku untuk jualan 11 hari di MAEPS, Serdang.  Dari kejayaan berterusan ini lah, sehinggalah pesta buku yang diadakan di The Mines untuk 11 hari dan dibuka  24 jam setiap hari menjadi tumpuan orang ramai. Pada pintu depan dewan di mines terdapat beberapa gerai yang ...

MPH Warehouse Clearance 2019

Image
Singgah sebentar di MPH Warehouse Clearance Sale yang terdapat di Kawasan Industri Balakong. MPH Warehouse Clearance Sale ini diadakan di PNMB Logistics, Jalan KPB 3, Balakong. Ia sekitar kawasan perindustrian Balakong jika anda tidak biasa dengan lokasi disini. Ia bermula 1 hingga 10 November 2019 sahaja. Untuk details,boleh rujuk di FB MPH Clicks  Rasanya, kali ini, memang harga buku yang dijual adalah sangat murah. Harga yang dijual pula sudah pasti dibawah harga kos. Bila ada peluang untuk berbelanja, rasanya kali ini memang tak lepaskan peluang. Cuma kali, target buku pilihan adalah buku berkulit tebal dan bergambar. Sebelum ni dah banyak buku-buku kecil yang dibeli, dan jarang sekali dapat beli buku rujukan kerana harganya yang agak mahal. Namun disini, kebanyakkan buku berkulit tebal dijual pada harga dari RM4 hingga RM 15. Melihatkan kualiti buku yang ditawarkan, jadi dapat la membeli 8 buah buku berkulit tebal dengan harga lebih kurang RM60. Terdapat beberapa buku...

Pesta Buku Kuala Lumpur 2019

Image
Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur adalah antara event yang ditunggu - tunggu oleh peminat buku. Antara tarikan utamanya adalah harga buku yang diberi diskaun berkali ganda dari biasa. Boleh dikatakan semua penerbit akan menawarkan harga diskaun yang istimewa dan pasti ia adalah satu pemangkin kehadiran pengunjung ke sini.  Laman web rasmi adalah  https://www.klibf.my/index.php Peta lokasi PWTC Lokasi nya adalah di PWTC, Kuala Lumpur. Untuk ke sini, digalakkan menggunakan pengangkutan awam/LRT kerana parkir disini adalah agak terhad terutama di PWTC. Jika anda ingin menggunakan kereta, pastikan anda tiba awal, dan masuk ke parking di Sunway Putra yang berada bersebelahan dengan PWTC. Elakkan dari parking kereta di sekitar sisi jalan jika tidak mahu disaman oleh pihak penguatkuasa. Apabila anda tiba disini, pastikan anda menyemak senarai exhibator yang terpamer berdekatan pintu ,masuk, dari sini mudah anda ingin mengatur pergerakan anda disini. Antara pene...

Hebatnya Buku “Kembara Peniaga Jalanan”

Image
Alhamdulilah, diberi kesempatan untuk menghabiskan buku “Kembara Peniaga Jalanan” yang ditulis oleh Ikram Al-Banjari”. Ia adalah penceritaan Ikram Al-Banjari dalam menempuh dugaan dalam perniagaan yang diceburinya sejak kecil.  Memang tidak dijangka, aku sendiri dapat menghabiskan membaca buku yang penuh dengan intipati pengalaman ni dalam 2 hari. Siapa sangka, buku ini ditulis oleh seorang yang sangat berpengalaman dalam perniagaan jalanan, pasar malam, pasar lambak, pasar ikan, etc. Segala jenis perniagaan Malaysia ini telah diceburi oleh beliau dan dinukilkan didalam buku ini. Dengan muka depan buku yang agak menonjol, tak salah aku memilih buku ini di Pesta Buku Kuala Lumpur. Antara point penting yang terdapat dalam buku ini adalah, perlunya kesungguhan dalam perniagaan, dan berani mencuba apabila nampak peluang yang ada. Kata kunci dalam perniagaan adalah mencuba, mencuba, dan terus mencuba. Apabila kita telah biasa dengan alam pernigaaan barulah peluang...