Posts

Showing posts with the label Prinsip

Pertanyaan mengenai Informasi dan Maklumat

Image
Kepada sesiapa yang ingin bertanya sebarang soalan mengenai sebarang informasi, maklumat, kursus, engineering study, excel, software related boleh hubungi penulis melalui 1) Kotak pertanyaan di sebelah kanan - email 2) Instagram ( melalui chat ) Segala pertanyaan akan dijawab secara private. InsyaAllah, pada masa akan datang, jika kelapangan saya akan menggunakan whatsapp. Terima kasih.

Kehidupan itu kosong tanpa ibadah

Image
Alhamdulilah, syukur kepada Tuhan, kerana aku masih lagi bernafas dan sihat untuk melakukan tugas harian ku. Syukur kepadanya kerana memberi aku peluang untuk berbakti kepada ibubapaku dan menjaga mereka. Umurku sudah pun mengapai 28 tahun, tersedar aku bahawa, tiada apa-apa yang berharga didunia ini selain ibadah yang kita lakukan. Duit, pangkat, jawatan, hanyalah sementara, kerana semuanya akan hilang jugak akhirnya. Segala yang berlaku pada waktu dahulu adalah pengajaran yang membentuk diri kita pada masa sekarang. Setiap hari kita bernafas, semakin dekat waktu kita akan menghadap Allah S.W.T.  Tanpa muhasabah diri, sesiapa pun akan hanyut dengan kerja didunia ini. "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah al-Asr, ayat 1-3) Setiap perjalanan, membawa pelbagai pengalaman dan dugaan. Bersyukurlah da...

Quality Engineer .....

Image
Sebenarnya tugas sebagai engineer lebih banyak kepada menyelesaikan masalah . Apabila ada masalah timbul, engineer la yang perlu cuba menyelesaikan berdasarkan pengetahuan yang ada. Disebabkan itulah, apabila seseorang mengambil jurusan engineering, banyak penyelesaian masalah berbentuk kiraan, teori didalam assingment ataupun peperiksaan. Fokus utama adalah untuk menguatkan kemampaun berfikir dalam menyelesaikan masalah. Jadi, dalam 4 tahun jurusan pengajian degree, beribu-ribu soalan assignement/test/exam, akan menjadikan seseorang lebih cepat dalam menganalisis dan memahami masalah serta cuba menyelesaikannya. Apabila bekerja, masalah yang timbul, kebanyakkan datang berserta dengan emosi, jadi disinilah yang membezakan dari zaman belajar di universiti. Setiap kerja yang dilakukan perlu sempurna dan mengelakkan dari kesilapan. Kesilapan biasa terjadi, namun elakkannya sehingga ia tidak menjadi terlalu besar. Namun dari kesilapan itulah, yang mematangkan seseorang dalam memb...

Learning Curve dalam mencari pengalaman

Image
Learning curve adalah satu yang dipandang ringan oleh kebanyakkan orang. Apabila seseorang tamat pengajian universiti, kebanyakkan ilmu yang diketahui akan dilupakan sedikit demi sedikit. Semua pasti tahu, di universiti anda dinilai dari segi markah dalam menjawab soalan exam, dan lebih berunsurkan teori, berbanding praktikal. Diakhir pengajian, penilaian dalam bentuk cgpa akan dikeluarkan kepada setiap pelajar. Kebanyakkan pelajar akan fokus untuk berjaya dalam exam berbanding memahami bagaimana teori itu diaplikasi. Namun, apabila memasuki sektor pekerjaan perkilangan, kebanyakkan fresh graduate tidak semestinya pakar dalam bidang yang dipelajari. Ini kerana di Universiti, pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis teori dan banyak yang tidak diaplikasi di industri kerana kekangan kos. Disini lah, dimana individu dapat belajar untuk menyesuaikan diri dan cuba mengaplikasi teori yang dipelajari untuk industri tempat anda bekerja. Dari situ, anda akan faham bagaimana ilmu tersebut ...

Permohonan melalui Jobstreet ? Phone Call ? Email ? Surat ?

Image
Bila disebut tentang ekonomi semasa, pasti yang ramai faham situasi sekarang. Tahun 2016, adalah tahun paling susah kepada graduan-graduan untuk mendapatkan pekerjaan, kerana jumlah pekerjaan yang setaraf dengan pengajian masing-masing berkurangan. Ditambah dengan harga minyak yang rendah, menyebabkan industri oil & gas mengurangkan perbelanjaan capex dan pekerja, jadi ia mewujudkan kesan berantai kepada industri yang lain. Masih ingat lagi penulis, pada bulan September yang lalu, semasa memohon kerja di sekitar Kemaman, semasa menghantar resume di guard post, tiba-tiba salah seorang pekerja disitu mengatakan service company ini akan ditutup tahun ini. Terkesima sebentar apabila mengenangkan peristiwa tersebut. Kesan dari pengganguran yang meningkat, menyebabkan permohonan untuk jawatan yang memerlukan degree/diploma meningkat. Hanya untuk 1 jawatan kosong, terdapat kira-kira 300 yang memohon, dan dikalangan yang memohon adalah berpengalaman berbelas tahun, mempunyai master d...

Resignation ..... with experience....

Image
Setelah berfikir sekian lama, akhirnya aku secara sukarela menghantar surat perletakan jawatan di kilang tempat aku bekerja. Aku pun tidak menyangka, yang aku akan meletakkan jawatan kerana aku memang sangat sukakan tugas yang aku lakukan sekarang. Namun, bagi aku, inilah jalan yang membolehkan aku pergi jauh dalam memahami lagi selok belok industri. Benarlah, apa yang dikatakan pensyarahku sebelum ini, bukan lah jawatan yang kita kejar pada zaman sekarang, kerana jawatan akan hilang begitu sahaja, tapi pengalaman berharga untuk menyelesaikan masalah yang terdapat di industri Terdapat beberapa concept/theory, penyelesaian masalah, idea, dan macam-macam lagi telah aku usahakan semasa aku memegang jawatan sebagai Production Engineer. Alhamdulilah, banyak usahaku diterima dan dihargai oleh bos-bos tempat aku bekerja. Tapi, tidak semestinya, langit sentiasa cerah atau biru, kadang-kadang pasti mendung/hujan berlaku disiang hari. Namun, disinilah aku belajar banyak mengenal emosi po...

Pandangan peribadi : INSEP menjamin peluang pekerjaan ?

Image
Pada zaman dulu dan sekarang sudah tidak sama. Walaupun, kita mempunyai degree atau diploma sekalipun ia tidak menjamin kita mendapat kerja. Jumlah pelaburan asing ke dalam negara untuk industri perkilangan, pembuatan ataupun oil n gas sangat berkurangan pada tahun ini. Sekiranya saudara membaca link dibawah, saudaraakan faham situasi sekarang http://www.thestar.com.my/business/business-news/2015/07/27/fairchild-to-sell-penang-factory/ http://www.malaysianchinesenews.com/2015/11/nine-major-foreign-factories-in-penang-shut-down-and-retrench-workers-silicon-valley-in-the-east-in-critical-situation/ Ini hanya sedikit info tentang situasi perkilangan di sebuah negeri iaitu penang. Tetapi penutupan plant/kilang dan operasi menyebabkan ribuan tenaga kerja mahir ( Engineer, Technician, Supervisor, QA, Purchasing dan lain-lain ) kehilangan pekerjaan. Disamping itu, penutupan kilang/ atau plant menyebabkan "domino" effect kepada kesan serantau. Apabila kilang tidak bero...

Cerita Fresh Graduate

Image
Bila melangkah ke alam pekerjaan selepas bertahun menggunakan masa untuk belajar di Kolej/Universiti, pengalaman diinterview adalah perkara yang kekal di ingatan. Banyak pengalaman yang melucukan dan menyeronokkan apabila berjaya dipanggil interview. Semua kelengkapan semua tersedia, dan apabila tiba di depan interview, gugup apabila bercakap. Terutama apabila ditanya dalam bahasa Inggeris, ligat berfikir untuk menggunakan ayat yang sesuai.. Kenangan, lalu memang tak dapat dilupakan. Tapi dari pengalaman interview itulah, kita akan lebih mudah yakin untuk menghadiri interview ditempat lain. Setiap interview pasti akan bertanya soalan yang agak sama pada permulaanya iaitu 1. Perkenalkan diri anda dan kelulusan. 2. Sebarang pengalaman yang berkaitan untuk jawatan yang dipohon. 3. Soalan teknikal berkaitan kerja yang dipohon. Inilah yang ditanya, yang penting, jawab dengan yakin. Sekiranya anda tidak mampu bercakap Inggeris dengan lancar, mohon pertimbangan dengan interviewer ...

Situasi Eknomi Tidak Menentu...

Image
Selamat tahun baru kepada semua pembaca blog... Semasa post ini ditulis, harga minyak dunia adalah rendah iaitu diantara 30-35 dollar, dimana membawa kesan kepada ekonomi yang tidak menentu di Malaysia ( salah satu sumber eknomi malaysia adalah oil dan gas ). Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, ini turut membawa kesan kepada sektor pekerjaan bagi mahasiswa yang graduate dari universiti tempatan. Kekurangan pekerjaan akan berlaku disektor Oil & Gas dan manufacturing terutama elektronik. Ini kerana, majikan akan cuba mengawal kos operasi dengan mengurangkan bilangan pekerja. Maka pengganguran akan berlaku.. (Maklumat dari Facebook Feeds) Di Penang sahaja, beberapa kilang telah menutup beberapa plant untuk mengurangkan kos. Ada yang berpindah ke Vietnam/China. Dengan nilai ringgit yang agak lemah kesan dari eknomi serantau, maka tahun ini adalah tahun yang agak sukar bagi pencari kerja mencari kerja sesuai dengan kelayakan masing-masing. Artikel Surat Khabar bertari...

Perjalanan hidupku selepas graduate

Image
Pada umurku menginjak ke 24 tahun, akhirnya aku secara rasminya berjaya menamatkan pengajian ku disini. Tarikh 27 October 2013 merupakan tarikh yang menjadi saksi tamatnya aku belajar di sini. Dari situ jugak lah, ibu bapa ku melihat aku memegang segulung ijazah yang telah menjadi harapan mereka. Bagi aku, menuntut ilmu adalah fardhu kifayah yang perlu dilakukan dan mengembirakan ibu bapa ku adalah tanggungjawab yang aku pegang. Alhamdulilah, pada hari itu jugak, aku dapat melihat muka ibu bapa ku yang gembira melihat kejayaan aku menamatkan pengajian disini.. Pelbagai dugaan yang aku hadapi semasa belajar disini, dan segala rintangan yang aku hadapi disini lebih mematangkan aku dalam membuat keputusan hidup ku. Banyak yang terjadi, dan aku masih ingati pengalaman itu sampai sekarang Betullah orang kata, dugaan itu mematangkan kita, dari biji benih yang disiram air, pasti tumbuh akarnya. Sekiranya diberikan air, maka akan hidup subur lah benih itu menjadi sepohon pokok. N...

Suka duka sebagai QA Technician

Image
Asalamualaikum semua. Kadang-kadang teringat lagi masa bekerja dulu sebagai QA technician. Kira-kira setahun jugak la bekerja di kilang, menimba sedikit pengalaman tentang QA, berkenalan dengan ramai kawan-kawan dan tujuan paling utama mengenal cara kerja sebagai Quality assurance Tech. Dari sini lah, aku mengenali cara menggunakan ilmu yang aku pelajari di universiti sebelum ini, iaitu, ISO9001, QMS, TQM, SPC, Metrology, Inspection, Sampling, CAR, FMEA, FAI, Process capability dan banyak lagi secara praktikal. Kalau tidak, mungkin semua ilmu yang aku pelajari hanyalah teori semata-mata, dan disni, aku dapat melihat bagaimana ilmu ini dipraktikkan dengan betul. Dari tunjuk ajar manager, engineer dan technician lain, ia menjadi mudah untuk aku memahami cara kerja disini. Sengaja aku memilih untuk bekerja dalam deparment QA, jauh dari knowledge ku dalam mechanical engineering, kerana sudah lama aku ingin mengetahu gerak kerja dalam bidang quality. Dari sini jugaklah, aku ...

Sebulan dalam industri dengan jawatan yang diidamkan

Image
Telah hampir sebulan aku bekerja dikilang baru, mendapat tawaran bekerja di kilang yang berada berdekatan dengan rumahku. Jawatan yang aku pegang, adalah jawatan yang aku inginkan selama ini. Tidak sangka masih ada kekosongan dalam jawatan dalam production department, jika tidak mungkin aku akan memilih QA department. Syukur, rasa mudah untuk bekerja disini, sesuai dengan bidang semasa aku belajar di universiti dahulu. Ilmu yang aku perolehi disana, dapat aku gunakan sebaik-baiknya disini, dengan harapan, aku dapat menaikkan taraf kilang ini ke tempat yang sepatutnya. Aku tidak mengejar tangga gaji buat masa sekarang, tapi lebih kepada pencapaian, yang aku inginkan. Itulah yang menjadi pembakar semangat aku, apabila hasil kerja yang kita lakukan dapat digunakan untuk memudahkan kerja orang lain.  Apa yang aku harapkan, adalah segala idea, ilmu yang aku perolehi sebelum ini dapat digunakan sepenuhnya disini.. Dari lean system, six sigma, 5S, assembly system, reliability, mainte...

Realiti seorang mahasiswa dan apa yang perlu anda lakukan

Image
Kisah ni dah lama aku nak ceritakan kepada sesiapa yang mula nak cari kerja selepas graduate dari universiti. Diharap kisah ini boleh menjadi satu jalan kepada sesiapa yang masih mencari kerja dan satu pembuka minda kepada sesiapa yang membacanya. Pada zaman sekarang, terdapat lambakan graduan yang keluar dari kolej/universiti/pusat kemahiran yang menyebabkan peluang kerja yang sebelum ini banyak menjadi lebih kecil. Pengumuman kerajaan untuk menigkatkan umur persaraan ke 60 tahun turut menjadi faktor utama lambakan ini terjadi. Disebalik semua itu, industri di Malaysia yang banyak tertumpu kepada elektronik telah mengalami penurunan dari segi keuntungan. Kos margin yang lebih besar menyebabkan banyak pihak industri mengalihkan pusat operasi mereka ke negara yang lebih murah seperti Vietnam. Kos upah/gaji pekerja selalunya merangkumi 60% dari operasi syarikat, maka dengan kos sara hidup di Malaysia yang semakin tinggi, ini menyebabkan gaji pekerja perlu dinaikkan untuk menyamai atau...

Prinsipku Bermula dari Bawah

Image
Asalamualaikum semua dan selamat tahun baru Sejak aku graduate dari universiti, aku tidak kisah dengan jawatan yang aku mohon, walaupun aku mempunyai banyak cita cita besar sebelum ini. Pekerjaan adalah sumber rezeki, tiada yang membezakan antara satu sama lain. Ini kerana, prinsip ini lah yang aku banyak fahami apabila membaca biografi orang yang telah berjaya. Bagi aku,   Biarlah kita bermula dari bawah, belajar dari permulaan sesuatu perkerjaan supaya kita memahami kesukaran setiap pekerjaan dalam sesuatu organisasi. Jadi apabila kita berada diatas, kita akan memahami setiap orang yang berada di bawah kita .  Learn everything from start. Aku pernah mendapat tawaran sebagai R&D Engineer di sebuah kilang. Namun, setelah berfikir bahawa jawatan yang diberikan tidak sesuai dengan minat aku , jadi aku menolak. Aku merasakan apabila bekerja, perlu ada hati dan minat. Setelah interview di beberapa kilang dan ditawarkan pelbagai jawatan, akhirnya aku memilih technic...