Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Hotel Grand Bluewave Hotel terletak di pusat bandar Shah Alam. Lokasinya berdekatan masjid Biru Shah Alam dan Muzium Shah Alam. Dengan susunan bilik yang nampak mewah dan tandas yang dihiasi hiasan marmar, ia membuatkan sesiapa yang menginap disini terpegun dengan view yang sangat menarik. Untuk breakfast turut ada, namun pada waktu kami menginap , ia hanya menawarkan penghantaran makanan ke bilik, jadi kami tidak mengambil pakej breakfast yang disediakan. Namun, disebabkan ia terletak di tengah bandar, jadi tempat makan adalah sangat dekat antara satu sama lain. Sekiranya anda menginap disini, pohon lah bilik yang menghadap masjid biru. Pemandangan nya amat menakjubkan pada setiap masa. Harga yang ditawarkan adalah sangat murah untuk hotel 4 bintang ini. Mungkin disebabkan Covid-19, banyak hotel menawarkan pemotongan harga untuk menarik pelancong tempatan/ dosmetik untuk menginap disini. Walaupun hotel ini dikatakan lama, tetapi hiasan dalaman telah dinaik taraf seiri...