Posts

Showing posts with the label cuti

3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor

Image
Baru-baru ni terasa hendak pergi bercuti-cuti ditempat yang tidak pernah dikunjungi. Rancangannya adalah pulau di semenanjung, jadi pilihan bersama yang kami buat adalah ke Pulau Pangkor.. Walaupun kami menetap di Perak selama 5 tahun semasa belajar disana, namun tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke pulau ini. Bagi yang menetap di Melaka, jarak perjalanan dari sini ke Lumut adalah kira-kira 4 jam jika melalui lebuh raya. Kos perjalanan tidak lah mahal, jika dicampur dengan minyak dan tol pergi balik hanyalah dalam RM 80. Jadi dengan persiapan bersama isteri, bertolak lah kami ke sana menaiki kereta. Gambar dari  http://www.percutianbajet.com/perak/tempat-menarik-di-pulau-pangkor Dalam banyak banyak tempat kenapa nak pilih Pulau Pangkor. Ada lagi pulau yang orang kata best macam Pulau Perhentian, Pulau Rendang, Pulau Langkawi. Sebab utamanya adalah jarak perjalanan kesini dan memang nak cari tempat yang santai-santai tanpa perlu bergerak jauh. Lagipun jika dikira p...

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Image
Pada hari sabtu yang lepas, berkesempatan singgah sekejap di Jeti Semeling. Kawasan ini telah dibangunkan untuk menjadi tempat pelancongan baru di Kedah. Memang cantik pemandangan kat sini dengan dilengkapi bagunan yang baru dan futuristik. Bot-bot yang akan membawa pelancong menyusuri Sungai Merbok turut diletakkan di jeti ini.  Kalau diikutkan perancangan asal yang diwar-warkan sebelum ini, sepatutnya jeti yang siap ini akan dijadikan pusat perhentian untuk mengambil penumpang untuk ke Pulau Langkawi, namun disebabkan beberapa masalah antaranya sungai yang tidak dalam dan pukat yang banyak disini projek ini telah dibatalkan dan digantikan dengan kompleks pelancongan. Kos keseluruhan projek yang penulis tahu adalah kira-kira 17 juta, tapi syukur jugaklah, projek ini siap juga pada tahun lepas. Cuma bahagian restoran di jeti ini, masih belum ada penyewa lagi dan masih kosong. Kedai-kedai pun belum lagi beroperasi. Pegunjung yang tiba disini, boleh menaiki bot "Sungai ...

Singgah di Fun Fair

Image
Hari sabtu lepas, ada kelapangan masa yg terluang, jadi naik kereta, round area bandar Sg Petani. Dari Tesco sampai la C-Mart, tiba-tiba ternampak ada macam pesta di sebelah kawasan ibu pejabat Polis Daerah Kuala Muda. Berhenti sekejap kereta, dan baru sedar rupa-rupanya ada Fun Fair. Memang dah lama tak masuk fun fair sebenarnya, dah dekat 3 tahun, jadi bila dah ada tu, terus teringin nak singgah, sebab nak tengok apa yang ada dekat sana.. Excited sangat-sangat. Bila dah sampai dekat Fun Fair tu, memang susah sungguh nak parking. Penuh dengan ramai orang lalu lalang lagi. Tunggu la kira-kira 10 minit nak cari parking, syukur ada jugak orang nak balik, jadi dapat la parking dekat dengan Fun Fair tu. Kira jalan pun tak jauh.. Bila masuk tu, tak dikenakan apa-apa bayaran, cuma terkejut tengok permainan yang besar-besar tu. Wow... memang besar, rasa dah macam kat Genting Highlands pulak, bila nak gambarkan permainan yang ada kat situ. Dari permainan main dart sampai la permainan macam ...

Berehat di Pulau Sayak

Image
Asalamualaikum semua... Sebenarnya dah lama perasaan dalam hati nak pergi berjalan-jalan di Pulau Sayak. Lokasi dekat dengan Pantai Merdeka.. Tujuan nak pergi sebab nak merehatkan minda sambil tgk laut.. hehe... Pulau Sayak ni terkenal dengan Mee Udang, udang nya fresh dan besar2.. Kira sesuai la pada org yang nak menikmati mee udang yang sedap2 sambil makan kat tepi laut... Namun saya tak minat mee udang, jadi tidak la merasa keenakan mee udang tu.. sebabnye, ada penyakit resdung. Walaupun tak serius, cuma bila makan udang, akan rasa gatal2 skit dkt muka.. sebab tu saya selalu cuba elakkan makanan laut mcm kerang, udang dan ketam.. Bila dah sampai kat area pulau sayak tu, susah jgk nak cari parking, sebab kebanyakkan tempat ada restoran, chalet dan rumah orang. Jadi sesiapa yang hendak pergi tu kena pandai2 la cari parking. Masa sampai kat sana, waktu dah petang.. Duduk dekat bawah pokok yang penuh dengan pasir laut sambil tengok laut..  Sempat la tengok matahari nak ter...

Mandi manda di Hutan Lipur Lata Bayu, Baling

Image
Kali ini, aku dengan member wat perancanga untuk mandi di Lata Bayu. Ye la, dari duduk umah je masa cuti, memang boring kot.. jadi pergi la jalan-jalan . Tempat ni pun cantik, bersih dan tiada bayaran masuk dikenakan, sesuai untuk aktiviti berkelah.  Kedudukan tempat ni di Baling, Kedah. Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Kalau nak berkhemah, kena dapatkan kebenaran dari Pejabat Hutan Daerah. Tempat ni agak istimewa sebab terdapat air terjun setinggi 20 meter dan dibawahnya terbentuk kolam semulajadi yang orang panggil Lubok Lesung. Nak tau bentuk dia macam mana, kena la datang sini. Tapi kolam tu memang agak dalam la, kira kalau tinggi macam aku pun, paras leher jugak la.. Dekat sini, selain mandi, boleh jungle trekking kat hutan lipur ni. Tangga pun telah siap dibina bersama pondok rehat. Tapi memang tinggi kot, nak sampai atas pun aku dah tercungap-cungap..  Kalau sesiapa yang berminat flora dan fauna, inilah tempatnya, seba...

Cuti-cuti di Pantai Merdeka

Image
Hari ni, aku singgah pula ke Pantai Merdeka. dah lama tak datang sini. Dari duduk melepak je kat rumah, baik melepak kat sini, angin pun sepoi-sepoi bahasa. Bila tiba disini pada hujung, selalunya Pantai Merdeka ni penuh dengan peniaga, dari yang jual baju sampai la cenderahati. Ini la satu-satunya pantai kat Kedah yang pengunjung boleh mandi sebab bentuk pantai ni landai. Kira jarang la dengar ada orang lemas kat sini. Tiba pada waktu tengah hari, tapi tak rasa panas pun, mungkin sebab angin laut yang kuat. Sambil-sambil tu, sempat snap beberapa gambar pemandangan dekat Pantai Merdeka ni. Pada waktu petang selalunya orang main belon buih kat sini. kira meriah la dengan suara kanak-kanak... Bila dah berkunjung ke sini, jangan lupa untuk membeli cenderahati, sebagai kenangan... Berjumpa lagi pada post akan datang.