Posts

Showing posts with the label Melaka

Simply Fish Melaka

Image
Kali ini kami menikmati hidangan makanan tengah hari di sebuah restoran yang terdapat di Melaka. Antara yang menjadi pilihan disini, sudah pastilah hidangan seafood yang sangat menarik dan harga yang berpatutan. Sudah beberapa kali kami singgah ke sini pada hujung minggu, cuma baru sahaja ada masa untuk mencoretkan pengalaman kami disini.   Lokasi restroran ini terdapat di Taman Melaka Raya dan mengikut dari facebook, ia mempunyai satu lagi cawangan di Taman Kota Shahbandar. Jika anda ingin melihat promosi yang ditawarkan, anda boleh mengunjungi website dan facebook di bawah   http://www.simplyfish.com.my/   Ia berkongsepkan western yang dihiasi dengan tema alat kelengkapan nelayan seperti jala, tong ikan dan pelbagai lagi. Anda akan lebih tertarik apabila membuka menu makanan yang dipamerkan. Terdapat Soft Crab Shell yang boleh dimakan terus apabila dihidangkan. Selain itu, terdapat promosi dan menu baru yang disediakan mengikut bulan-bulan tertentu. 

Kecantikan Panorama Pagi di Pantai Puteri, Melaka

Image
Keindahan pagi di Pantai Puteri memang tidak dapat digambarkan. Angin yang sejuk membuatkan sesiapa tertarik untuk berjalan menyentuh pasir disini. Di sepanjang pantai ini, ia merupakan tempat rekreasi yang dipenuhi penduduk tempatan dan pelancong pada waktu petang. Dikala pagi hari, jarang ada pelancong yang ramai kecuali untuk memancing dan berkhemah.  Angin sejuk yang segar dan ombak yang membadai pantai, membuatkan suasana tenang jauh dari bunyi dan asap kenderaan dibandar.  Tiba saja waktu petang, gerai penjaja yang menjual bermacam macam makanan seperti air kelapa, pisang goreng, ais krimberdan banyak lagi makanan terdapat di sini. Dilengkapi dengan tandas dan medan selera, membuatkan ia menjadi tumpuan ramai. Pelbagai aktiviti seperti perkhemahan dan bbq boleh dilakukan di sini pada waktu menjelma malam. Pada waktu senja, ramai pengunjung yang datang untuk melihat panorama indah matah...

Pemandangan atas kawasan Tanjung Kling dan Pantai Puteri

Image
Antara pemandangan yang dapat diambil sekitar Tanjung Kling dan Pantai Puteri. Disebabkan kawasan pantai adalah bersih dan berteluk, membuatkan ia tempat yang sering dikunjungi orang luar untuk berehat dan berkhemah.  Terdapat banyak homestay dan hotel yang beroperasi disini jika anda memilih penginapan berdekatan pantai. 

Sarapan di Warung Otai, Pantai Puteri Melaka

Image
Melawat Pantai Puteri ? Perkara pertama yang menjadi checklist anda adalah kedai makan. Pantai puteri agak popular dikalangan kaki pancing di Malaysia kerana terdapat banyak pertandingan yang diadakan disini sejak tahun-tahun sebelum ini. Selain itu, kawasan pantai yang berteluk memudahkan para pelancong untuk berkhemah disini kerana ombak adalah dalam kaeadaan sederhana pada waktu malam. Kebanyakkan pengunjung berkhemah di pondok-pondok yang terdapat disekitar pantai. Dengan pokok Rhu yang tumbuh melata sepanjang pantai, maka keadaan adalah redup walaupun panas matahari terik di waktu tengah hari. Semasa berjalan disini pada waktu pagi, terasa hening pagi dengan angin sejuk meniup dari laut. Tapi dari jauh, boleh kelihatan orang ramai banyak berkumpul di satu restoran untuk menjamu selera. Penuh dengan parking kenderaan di sisi jalan. Antara yang menariknya disini, adalah gerai Otai yang terletak berdekatan Hotel Pantai Puteri. DIbuka awal pagi pada pukul 7 pagi ...

Keindahan Ukiran Rumah Kayu di Mini Asean Melaka

Image
Kali ini perjalanan ke salah satu tempat pelancongan di Negeri Melaka, iaitu Mini Asean. Telah lama perasaan dihati ingin kesini, Cuma baru-baru ni diberi kesempatan untuk kesini, alhamdulilah. Salah satu sikap ingin tahu itulah yang membawa kami kesini, untuk melihat apa keistimewaan nya. Setiap saat yang kami habiskan disini membawa erti yang bermakna, dengan setiap ukiran kayu, jenis rumah dan perkara baru yang tidak terdapat dimana-mana tempat lain. Fave Apps : Bayaran masuk adalah sekitar RM10-12 untuk seorang dewasa. Cuma kali ini aku menggunakan apps Fave untuk medapatkan tawaran yang menarik. Dari Fave, dalam RM10 dan terdapat pemotongan dari voucher yang diberikan. Lebih banyak penjimatan yang diberikan jika anda redem menggunakan code diatas.  Semasa masuk, anda akan disapa oleh seorang yang berpakaian tradisional dipintu masuk. Anda boleh memohon phamplet peta untuk memudahkan anda mengetahui kawasan-kawasan menarik.  Masu...