Posts

Showing posts with the label kilang

Resume Template Fresh Graduate Engineering

Image
Post kali ni fokus kepada graduan - graduan muda yang graduate dari Universiti tempatan sama ada swasta ataupun kerajaan. Saya telah menggunakan format ini bermula dari tahun 2013-2016 untuk mendapatkan pekerjaan. CV Template yang saya gunakan : https://drive.google.com/file/d/1dPSvsKt7sXp6Tof58Rl4LXsYW0pKGss9/view?usp=sharing Untuk template resume yang lain, boleh layari dari website dibawah ( Download secara percuma ) HLOOM https://www.hloom.com/resumes/ Saya harapkan template yang saya berikan boleh digunakan untuk memudahkan dalam mencari pekerjaan dan menjadi satu panduan kepada graduan-graduan muda sekalian, InsyaAllah. Semoga mendapat mafaat bersama. Untuk sesi pertanyaan, boleh hubungi penulis melalui instagram atau kotak pertanyaan. Terima kasih

Mengenal erti kerja harian....

Image
Alhamdulilah, diberi kesempatan untuk menulis terbaru untuk bulan ini. Boleh dikatatakn, tidak sempat untuk membuat post kerana kesibukan dalam mengendalikan urusan harian.  3 bulan sudah berlalu sejak aku memegang jawatan engineer dan bekerja di kilang ini. Memang tidak ku sangka, tugas sebagai engineer memerlukan kretiviti, kesabaran dan kecepatan dalam membuat keputusan. Jika tidak, pasti segala urusan akan tergendala, kerana apabila berlaku sebarang masalah, engineer yang akan dirujuk terlebih dahulu untuk pandangan teknikal. Buat masa ini, agak banyak masalah yang aku hadapi dan telah aku selesaikan. Dari masalah sekecil-kecil contaminated cap jari pada produk yang dihantar sehinggalah product tidak fit dipasang apabila sampai ke customer. Memang semua ini memerlukan tindakan cepat, dimana, testing, rework, application perlu dibuat dengan segera kerana customer menunggu produk yang dikhendaki. Dalam engineering, tiada benda yang sempurna, jadi penyelesaian ...

Sebulan telah berlalu...

Image
Alhamdulilah, telah hampir sebulan berlalu, dari tarikh aku bekerja dikilang ini. Tidak ku sangka, masih ada lagi, peluang untuk aku bekerja di sekitar kawasan perumahan ku. Jika aku tidak bekerja disini, mungkin aku telah berhijrah ke Penang atau Selangor. Namun, syukur, diberi kepercayaan untuk bekerja dan membantu rakan2 di dalam kilang ini untuk mencapai target yang diberikan. Jawatan yang aku pegang adalah sebagai QA Engineer. Nampak mudah, tapi sebarang masalah berkaitan quality, perlu aku ketahui dan kendalikan. Quality adalah last defence sebelum product yang dikeluarkan dari kilang dihantar kepada customer. Jadi apabila, ada masalah kualiti, aku lah orang pertama yang akan dicari untuk cuba membantu menyelesaikannya. Disebabkan itu, aku selalu pulang lewat ke rumah, dan banyak menghabiskan masa dikilang ini. Sepanjang bekerja disini, aku bersyukur dan seronok dengan tugas yang diberikan. Walaupun, kadang-kadang diwaktu malam, aku tidak nyenyak tidur memikirkan quality...

Alhamdulilah, akhirnya berjaya juga ..

Image
Setelah lebih dari 2 bulan setengah menggangur, akhirnya berjaya juga mendapat kerja. Tidak sangka, walaupun terdapat pelbagai dugaan dalam interview, lekat jugak untuk mendapat kerja. Semuanya bermula dengan aku melihat iklan jawatan kosong di papan jobsmalaysia depan Pejabat Buruh Sg Petani. Dari situ, aku menghantar surat bersetem RM1 yang diisi cover letter dan resume. Dalam masa 2 hari, pihak kilang menghubungi aku untuk sesi interview pada petang itu jugak. Interview adalah lebih kurang 1 jam 30 minit, dimana aku terus dioffer dengan job diakhir interview. Interview yang paling pantas mendapat job offer. Cuma tak sign apa2 agreement lagi, cuma tak sangka begitu cepat. Jawatan yang aku pegang sebenarnya tidak pernah wujud, tapi company percaya aku boleh melakukan tugas tersebut. Alhamdulilah, diberi perhargaan oleh interviewer dalam sesi temuduga. Jawatan aku banyak berkaitan kepada QA tapi tidak specifik kerana perlu terlibat dengan projek-projek pada masa depan. Berdasa...

Tersenyum dengan guard kilang

Image
Bagi sesetengah orang, mendapat panggilan interview adalah satu perkara yang mengembirakan. Ini kerana kita telah satu langkah untuk mendapat pekerjaan. Interview selalunya bertujuan untuk mengenali individu itu dengan lebih dekat dan melihat sekiranya seseorang itu berkebolehan untuk mengalas tanggungjawab yang akan diberikan. Jadi apabila aku, mendapat panggilan untuk interview, aku akan persiapkan diriku dengan maklumat company, job description dan dokumen-dokumen yang diperlukan. Latihan rehearsal akan dilakukan beberapa kali untuk memastikan kelancaran semasa bercakap. Namun, kali ini, first time aku kecewa dengan interview kerja yang dilakukan. Walaupun aku telah menghadiri beberapa interview sebelum ini, kebanyakkan berjalan lancar, cuma bukan rezeki ku untuk bekerja disana. Tapi kali ini, dengan persiapan yang telah dilakukan, cover letter dan resume yang dikarang dengan baik sekali, aku terkelu apabila interview dijalankan. Segalanya bermula dengan lancar, dengan resu...

Reality of Life Nowdays

Image
Bila anda memasuki pekerjaan, pasti anda faham dengan gambar diatas. Apa pun, tawakal dan usaha ke arah yang lebih baik. Terkenang balik waktu first time keje, selepas setahun bekerja akhirnya, diberikan bonus oleh bos... jumlahnya ialah RM100 sahaja.. Tersenyum dengan jumlah yang diberi.... Tak sangka dengan kejutan yang diberikan... Semoga berjumpa lagi...

Resignation ..... with experience....

Image
Setelah berfikir sekian lama, akhirnya aku secara sukarela menghantar surat perletakan jawatan di kilang tempat aku bekerja. Aku pun tidak menyangka, yang aku akan meletakkan jawatan kerana aku memang sangat sukakan tugas yang aku lakukan sekarang. Namun, bagi aku, inilah jalan yang membolehkan aku pergi jauh dalam memahami lagi selok belok industri. Benarlah, apa yang dikatakan pensyarahku sebelum ini, bukan lah jawatan yang kita kejar pada zaman sekarang, kerana jawatan akan hilang begitu sahaja, tapi pengalaman berharga untuk menyelesaikan masalah yang terdapat di industri Terdapat beberapa concept/theory, penyelesaian masalah, idea, dan macam-macam lagi telah aku usahakan semasa aku memegang jawatan sebagai Production Engineer. Alhamdulilah, banyak usahaku diterima dan dihargai oleh bos-bos tempat aku bekerja. Tapi, tidak semestinya, langit sentiasa cerah atau biru, kadang-kadang pasti mendung/hujan berlaku disiang hari. Namun, disinilah aku belajar banyak mengenal emosi po...

Kehilangan seorang rakan ....

Pada 3 Februari 2016, aku kehilangan kata-kata untuk diucapkan semasa aku asyik melakukan kerja. Rakanku telah meniggal dunia akibat kemalangan. Kami hanyalah kenalan sewaktu bekerja, dan aku sangat menggagumi kerja yang beliau lakukan. Bersungguh-sungguh memberikan idea, dan sanggup bekerja keras untuk belajar perkara baru sambil menyiapkan kerja yang diberikan. Namun, segalanya telah ditakdirkan. Bagi aku, apabila kita kehilangan sesorang yang rapat dengan kita semasa bekerja, kita akan merasa kekosongannya, walaupun kita sedar pasti ada pengganti akan mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan. Ada satu nasihat yang aku pegang dari ungkapan yang pernah dia sebutkan adalah "Sekiranya, ada peluang yang lebih baik, pergilah ke sana"  Sekarang, aku memahaminya dengan lebih jelas. Terima kasih sahabat.  

Perancangan berpanjangan untuk masa depan kilang

Image
Alhamdulilah, telah hampir 3 bulan aku bekerja disini. Tidak sangka masa sangat cepat berlalu. Terlalu banyak dugaan yang aku lalui, dan semuanya memberikan keseronokan untuk aku kekal disni. Sepanjang 3 bulan ini, banyak interaksi antara aku dan manager serta gm syarikat. Banyak info dan maklumat yang aku terangkan, dimana tujuannya adalah untuk memajukan syarikat ini ke tahap seterusnya. Walaupun, aku bekerja lebih dari kemampuanku tapi aku gembira mengaplikasikan ilmu ku disini. Bagi aku, sebuah syarikat yang telah bertapak lebih dari 5 tahun, adalah stabil dari segi kewangan dan operasi syarikat. Jadi suggestion yang aku keluarkan adalah lebih kepada untuk memastikan syarikat berkembang dengan lebih besar samada dari segi penambahan aset seperti mesin atau orang. Untuk memastikan perancangan yang dilakukan dapat ditrack dengan KPI yang aku letakkan. Plan for the company Buat masa ini, foundation untuk kilang telah aku siapkan. Antaranya, 5S, kerjasama, basic problem skill...

Kesukaran tapi melahirkan kegembiraan

Image
Apabila memegang jawatan sebagai Engineer, aku mendapati lebih mudah untuk menyampaikan ilmu yang aku ada disamping menyiapkan kerja yang diberikan. Tiada spesifik jobscope yang diberikan, tapi hanya kepercayaan kepada diriku untuk melakukan tugas tersebut. Itulah yang aku mahukan, kepercayaan. Tugas yang aku berjaya aku lakukan setakat ini adalah menyiapkan 41 work instruction yang baru untuk kilang ini. Semua work instruction berjaya di keluarkan untuk kegunaan production member. Ia juga merupakan requirement dalam ISO9001 dan TS16949. "keperluan mempunyai WI untuk individu yang setting machine". Itulah tugas yang paling seronok aku lakukan. berkomunikasi, research, benchmark, testing dan akhirnya publish kesemua kerjaku. Setiap WI yang aku lakukan, berdasarkan perbincangan, manual book dan setting ke machine. Bukan lah kerja yang mudah, kerana untuk menyiapkan kesemuanya dalam tempoh 2 minggu, namun kesabaran ini menyebabkan aku berjaya menyiapkan. Setiap WI mempu...

Suka duka sebagai QA Technician

Image
Asalamualaikum semua. Kadang-kadang teringat lagi masa bekerja dulu sebagai QA technician. Kira-kira setahun jugak la bekerja di kilang, menimba sedikit pengalaman tentang QA, berkenalan dengan ramai kawan-kawan dan tujuan paling utama mengenal cara kerja sebagai Quality assurance Tech. Dari sini lah, aku mengenali cara menggunakan ilmu yang aku pelajari di universiti sebelum ini, iaitu, ISO9001, QMS, TQM, SPC, Metrology, Inspection, Sampling, CAR, FMEA, FAI, Process capability dan banyak lagi secara praktikal. Kalau tidak, mungkin semua ilmu yang aku pelajari hanyalah teori semata-mata, dan disni, aku dapat melihat bagaimana ilmu ini dipraktikkan dengan betul. Dari tunjuk ajar manager, engineer dan technician lain, ia menjadi mudah untuk aku memahami cara kerja disini. Sengaja aku memilih untuk bekerja dalam deparment QA, jauh dari knowledge ku dalam mechanical engineering, kerana sudah lama aku ingin mengetahu gerak kerja dalam bidang quality. Dari sini jugaklah, aku ...

Hari pertama sebagai Engineer

Image
Pada hari pertama aku tiba di company, aku terus dibawa berbincang dengan HR mengenai jawatanku, tugasku, gaji/elaun, benefit dan undang/polisi syarikat. Semua perbincangan mengambil masa kurang dari 30 minit, kerana aku hanya bersetuju dengan apa yang dicadangkan, dan aku menurunkan tandatangan sebagai tanda setuju. Tangga gaji ku adalah entry level bersamaan dengan fresh graduate, tapi bagi aku, ia mencukupi dan ku harap gajiku meningkat pada tahun depan. Biarpun rezeki ku sedikit disini, tapi kalu berkat, InsyaAllah cukup Aku dibawa berjalan sekitar kilang dan mengenali rakan sekerja ku. Walaupun, saiz kilang tidak besar, tapi ia memberi kegembiraan kepadaku kerana, terdapat ramai bangsa Melayu bekerja disini sebagai operator, technician dan supervisor. Setelah aku diperkenalkan kepada bos aku, aku telah diletakkan sementara di pejabat . Disitulah aku mengenali rakan-rakanku, yang kebanyakkan baru bekerja disini. Alhamdulilah, permulaan yang baik  pada hari pertamuku da...

Situasi kewangan diri yang tidak seimbang

Image
Asalamualaikum semua Tahun ini adalah tahun yang sukar bagi pekerja yang bekerja dikilang ini. Kenapa ? OT telah tiada untuk bulan lepas dan bulan seterusnya disebabkan kurangnya permintaan produk oleh customer. Jadi tiada lagi kerja yang memerlukan pekerja melakukan Overtime. Kurang lah pendapatan aku untuk tahun ini.. Kesannya kepada aku, aku mengalami defisit belawanjawan setiap bulan. Ingat negara je ada belanjawan, aku pun ada... Baru terasa bila gaji hanyalah berdasarkan pendapatan basic sahaja.. Jadi dah tak boleh berbelanja mewah seperti dahulu lagi...Harap aku dapat bertahan untuk bulan seterusnya sehingga cukup perkhidmatan aku selama setahun.  Makanan tengah hari yang menjadi pilihan aku.

Masa berlalu, dan semakin banyak rakan ku berhenti kerja

Image
Bulan ini, banyak member kilang aku yang berhenti. Antaranya, Farhana, Zahiah, Pnat, Syafikah dan Suehaida. Ada yang berhenti kerana masalah konflik dengan bos, ada yang berhenti kerana mendapat tawaran kerja yang lebih baik, dan ada jugak yang berhenti kerana tidak sanggup bekerja shift malam. Walaupun begitu, aku masih lagi berada di kilang ini, dengan harapan suasana disini akan bertambah baik. Engineer baru je melaporkan diri untuk berkhidmat disini, dan aku pun ingin mempelajari sebanyak mungkin tentang ilmu QA dari dia. Harap harap, engineer ni tidak kedekut berkonsi ilmu. Aku masih ingin bekerja disini sekurang-kurang nya setahun. Ye la, at least ada pengalaman setahun dalam QA ni , mungkin boleh membantu aku untuk mendapatkan tawaran kerja yang lebih baik selepas ini. Jarang ada company yang ingin mengambil pekerja bari yang tiada pengalaman, selalunya requirement sesuatu kerja adalah minimum satu tahun bekerja dalam industri berkaitan. Jadi disebabkan itu, aku masih keka...

Rangkuman kerja sebagai QA Technician

Image
Asalamualaikum semua Sebelum kita bekerja, mesti kita perlu tahu tugas kerja kita kan. Bila dah tahu apa yang ingin dilakukan barulah kita tahu arah tuju pekerjaaan kita. Jadi disini saya rangkumkan kerja yang akan dilakukan oleh QA Technician. Document ini pun saya dapat dari pihak majikan, jadi tidak mengapa lah untuk share disini.. Jadi inilah tugas yang aku akan lakukan sepanjang berkhidmat disni. Harap dipermudahkan segala urusan semasa berkhidmat disini...InsyaAllah.. Semoga berjumpa pada masa akan datang... 

Bermulanya kerja mengikut shift

Image
Asalamualaikum semua. Setelah 2 minggu training, akhirnya aku bekerja mengikut shift yang diaturkan. Buat permulaan, shift akan bertukar setiap 2 minggu, ini bermaksud 2 minggu kerja siang, 2 minggu kerja malam. Ini pertama kali aku bekerja shift dan pastinya pada minggu pertama aku bekerja malam memang dugaan berat bagiku. Tak terkira banyaknya aku menelan air kopi yang aku beli dari mesin air pada waktu malam untuk melawan perasaan mengantuk. Mesin air automatik Tapi syukur, akhirnya pada minggu ke-2 shit malam aku sudah dapat mengawal perasaan mengantuk. Alhamdulilah... ini antara dugaan pertama yang aku hadapi. Rasanya ini lah hidup sebagai technician, kerja mengikut shift, siang atau malam. Makanan di waktu malam... Maggi Hot Cup dan Air Kopi Pekerja yang tidur di waktu rehat Ok.. semoga berjumpa lagi..

Training day

Image
Asalamualaikum semua. Sudah masuk minggu ke-2, aku bekerja disini. Pada minggu pertama, aku diperkenalkan dengan pengunaan alat untuk mengukur product seperti dial indicator, Caliper, Pin gauge dan Micrometer. Setiap satu alat tersebut memerlukan teknik berbeza untuk memastikan result pengukuran mempunyai accuracy dan precise. Kebanyakkan measurement equipment untuk QA department adalah dari jenama Mitutoyo disebabkan equipment ni terkenal dengan high accuracy nya. . Hari ni aku diperkenalkan pula dengan machine yang akan aku gunakan semasa bekerja disini. Antaranya ialah Form tracer : Untuk mengukur contour dan surface roughness sesuatu produk. Quickscope : Untuk mengukur product yang kecil dengan ketepatan 4 titik perpuluhan.  InsyAllah, aku akan belajar dengan cepat dan bekerja dengan sebaik mungkin. 

Kilang tempat ku bekerja dan kontrak perjanjian

Image
Asalamualaikum semua. Apa maksud gambar diatas ? hehe.. Ia adalah rangkuman apa yang mungkin aku akan lakukan apabila bekerja dalam QA department. Sebenarnya hari ini, ak menjejakkan kaki ke kilang  yang akan menjadi tempat aku akan bekerja untuk tahun ini. Harap di berikan kekuatan dan kesabaran untuk aku terus bekerja disini di QA Department. Ak mendapat tawaran bekerja ini 2 minggu selepas ak berhenti bekerja dikilang lama. Agak lama jugak la aku memikirkan tentang tawaran ini, samada aku hendak berhijrah ke Penang, Selangor atau Johor untuk mencari pekerjaan yang sesuai  ataupun kekal di Sg Petani dulu.. Setelah berbincang dengan ibu bapa aku, aku menerima jawatan yang diberikan.. Kalu diikutkan gaji, kira bolehlah sebagai QA technician sesuai dengan beban kerja yang diberikan. Sebelum aku bekerja disini, aku telah melakukan self study mengenai Quality Assurance dan aku menaruh harapan tinggi pada kilang ini untuk mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan mengen...

Tiada rezeki di Sini

Image
Setelah beberapa waktu menganggur, saya bersyukur akhirnya mendapat pekerjaan di sebuah kilang di Sungai Tukang, yang masih dalam daerah Sungai Petani. Lokasinya tidak jauh dari rumah, hanya sekitar 20 minit perjalanan. Saya dilantik sebagai Injection Moulding dan Maintenance Technician. Walaupun jawatan ini agak biasa, saya teruja kerana ini adalah kali pertama saya bekerja sebagai technician. Dalam kilang ini, saya adalah salah seorang dari dua technician yang bertanggungjawab menjaga mesin, chiller, dan sistem HVAC. Gaji yang ditawarkan juga memadai, walaupun tidak terlalu tinggi. Saya menerima cabaran ini sebagai peluang pertama saya dalam bidang ini. Pada minggu pertama, saya belajar banyak daripada rakan sekerja yang berpengalaman tentang cara mengendalikan mesin, menyetel suhu mould, memulakan dan menutup mesin, penyelenggaraan mould, membersihkan mould, serta menyelenggara sistem chiller dan memeriksa kualiti barang serta beberapa aspek elektronik. Banyak ilmu baru yang ...