NIOSH Oil and Gas Safety Passport (OGSP)



Selesai jugak kursus OGSP di NIOSH Pantai Timur. Tak sangka sangat cepat masa berlalu, tinggal beberapa minggu lagi sebelum program INSEP ni tamat. Apa pun, kursus yang diikuti ni memang membuka mata tentang aspek keselamatan yang perlu dititikberat kan semasa berada dalam industri.. Tidak kisah sama ada kilang, atau pun plant, safety first adalah moto yang perlu diingati.

OGSP atau nama panjangnya NIOSH Oil and Gas Safety Passport  adalah merupakan satu kursus asas yang dikendalikan oleh NIOSH. Kursus ini banyak berkaitan tentang safety semasa berada di plant industri minyak dan gas. ia memberi pendedahan tentang Undang-Undang Berkaitan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Punca Dan Pencegahan Kemalangan, Kebiasaan Hazard (Bahaya) yang Berlaku Dan Langkah Mengawalnya, Kemalangan Semasa Di Tempat Kerja, Ruang Terkurung, Pembinaan, Bekerja Ditempat Tinggi, Dan Lain-Lain. Jadi kursus ini adalah basic safety kepada sesiapa yang ingin masuk ke plant-plant minyak/gas PETRONAS, Shell, dan lain-lain.

Sebenarnya, untuk pelajar INSEP Engineering Operation & Maintnenance, memang tidak perlu bayar apa-apa, cuma kena hadir je untuk ikuti kursus ini. Sebab, yuran kursus ini telah dijanjikan oleh pihak pengurusan TATiUC untuk diberikan kepada kami secara percuma. Alhamdulilah, syukur. Nasib baik, kami dah deal awal2 dengan pihak pengurusan tentang kursus ini.. Kalau tidak, kena la bayar RM250 seorang...


Jadi, kami pelajar insep dalam lebih kurang 18 orang pergi la ke NIOSH Kemaman, register dahulu dan terus masuk ke kelas. Memang agak ramai, dan pekerja asing dari Nepal pun ada ikuti kursus ini.. Sepanjang kursus berlansung, peserta boleh bertanya soalan dan berinteraksi dengan tenaga pengajar, jadi kelas memang tidak bosan.. kadang2 diselitkan dengan video tentang keselamatan, kemalangan dan iklan keselamatan.. Jadi memang agak menarik.. Cuma, penyampaian adalah dalam bahasa melayu, jadi kadang2 konfius dengan beberapa istilah yang selalu saya belajar di universiti dahulu..


Bila dah masuk kelas, ini lah buku yang anda akan dapat, dan inilah yang anda akan gunakan sepanjang kursus satu hari ini. Segala maklumat tentang safety ada dalam buku ini, dan ia berwarna warni, bukan hitam putih ja.. Minum pagi, makan tengah hari, minum petang disediakan untuk peserta, jadi jangan lupa pergi ke pantry. 


Kursus ini, sebenarnya adalah pengenalan basic, jadi agak mudah faham kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk ikuti kursus ini. Setelah tamat kursus, akan ada exam bertulis untuk menilai kefahaman peserta mengenai simbol, akta, dan lain lain lagi.. Sekiranya lulus, baru lah berjaya mendapat OGSP card. 


Bila kelas dari pagi ke petang, memang rasa sangat letih, dan memenatkan. Sudah beberapa kali tertidur, tapi kembali terjaga..  Di akhir kelas ni, alhamdulilah, lulus exam yang diberikan. Exam tu agak senang cuma perlu berhati hati apabila membaca soalan, kerana takut tersilap faham. Namun begitu, masih ada beberapa peserta yang gagal lulus dalam exam ini. Mungkin bukan rezeki. Tapi, bagi kumpulan INSEP, semuanya lulus...  



Comments

Popular posts from this blog

Step-step apabila ingin berhenti kerja

Sejarah Jam Besar Sg Petani