Tiada rezeki di Sini
Setelah beberapa waktu menganggur, saya bersyukur akhirnya mendapat pekerjaan di sebuah kilang di Sungai Tukang, yang masih dalam daerah Sungai Petani. Lokasinya tidak jauh dari rumah, hanya sekitar 20 minit perjalanan. Saya dilantik sebagai Injection Moulding dan Maintenance Technician. Walaupun jawatan ini agak biasa, saya teruja kerana ini adalah kali pertama saya bekerja sebagai technician. Dalam kilang ini, saya adalah salah seorang dari dua technician yang bertanggungjawab menjaga mesin, chiller, dan sistem HVAC. Gaji yang ditawarkan juga memadai, walaupun tidak terlalu tinggi. Saya menerima cabaran ini sebagai peluang pertama saya dalam bidang ini. Pada minggu pertama, saya belajar banyak daripada rakan sekerja yang berpengalaman tentang cara mengendalikan mesin, menyetel suhu mould, memulakan dan menutup mesin, penyelenggaraan mould, membersihkan mould, serta menyelenggara sistem chiller dan memeriksa kualiti barang serta beberapa aspek elektronik. Banyak ilmu baru yang ...