Mencapai Awan di Langit Biru: Realiti Dunia Kerja yang Tak Diajar di Sekolah
Dulu, saya fikir dunia kerja ini seperti mendaki gunung—kalau kita usaha keras, pasti akan sampai ke puncak. Tapi selepas lebih 10 tahun dalam industri, saya sedar realitinya lebih seperti terbang di langit. Ada hari kita naik tinggi dengan angin yang baik, ada hari kita terumbang-ambing dalam ribut, dan ada hari kita cuma terapung tanpa arah yang jelas. Pelajaran yang Saya Sedar Sepanjang Perjalanan Ini: ✅ Dulu, saya fikir kerja keras, buat kerja, bagi nampak visibility dekat bos akan menjamin kejayaan. ❌ Sekarang, saya tahu yang lebih penting adalah smart work dan hubungan yang baik dengan orang sekeliling. Bina networking ✅ Dulu, saya percaya semua orang akan profesional di tempat kerja seperti kat Universiti. ❌ Sekarang, saya sedar ada yang lebih berminat bermain politik pejabat daripada buat kerja yang sebenar. Ada yang sengaja nak jatuhkan orang lain untuk memastikan dia kekal di pejabat. ✅ Dulu, saya ingat kalau saya buat yang terbaik, bos akan perasan dan beri ganjar...