Berjalan di Taman Rekreasi dan Mini Zoo, Bukit Takal, Kemaman
Kali ni, tiba akhirnya di Taman Rekreasi dan zoo kemaman... Dah lama berhajat hendak datang ke sini, ye la, since tempat ni, merupakan satu-satunya zoo di negeri pantai timur, jadi hendak la tahu apa keistimewaan tempat ni berbanding di tempat lain. Sebab dlu, pernah gi Zoo Negara, dan memang tak larat nak jalan, memang luas dengan pelbagai variasi binatang. Jadi bila tiba kesini, memang ternanti nanti untuk melihat suasana di dalam ni. Tiba pada waktu tengah hari, selepas pulang dari Adtec, Kemaman untuk berjumpa member. Dalam perjalanan ke Chukai tu, ada la nampak tempat ni, di seberang jalan. Jadi, memang terus singgah la.. Masa tu, ada bas dari Universiti Sultan Zainal Abidin. Nampak macam ada rombongan pelajar-pelajar yang singgah disini.. Kalau tengok pengunjung luar pulak, tak banyak kereta yang parking kat situ,, Masa tu, ada dalam 4 kereta je.. Bila dah masuk tu, student Universiti Sultan Zainal Abidin pun dah nak balik, kira memang tak nampak la pengunjung l...