NIOSH Oil and Gas Safety Passport (OGSP)
Selesai jugak kursus OGSP di NIOSH Pantai Timur. Tak sangka sangat cepat masa berlalu, tinggal beberapa minggu lagi sebelum program INSEP ni tamat. Apa pun, kursus yang diikuti ni memang membuka mata tentang aspek keselamatan yang perlu dititikberat kan semasa berada dalam industri.. Tidak kisah sama ada kilang, atau pun plant, safety first adalah moto yang perlu diingati. OGSP atau nama panjangnya NIOSH Oil and Gas Safety Passport adalah merupakan satu kursus asas yang dikendalikan oleh NIOSH. Kursus ini banyak berkaitan tentang safety semasa berada di plant industri minyak dan gas. ia memberi pendedahan tentang Undang-Undang Berkaitan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Punca Dan Pencegahan Kemalangan, Kebiasaan Hazard (Bahaya) yang Berlaku Dan Langkah Mengawalnya, Kemalangan Semasa Di Tempat Kerja, Ruang Terkurung, Pembinaan, Bekerja Ditempat Tinggi, Dan Lain-Lain. Jadi kursus ini adalah basic safety kepada sesiapa yang ingin masuk ke plant-plant minyak/gas PETRONAS, Sh...