Posts
Showing posts from June, 2019
3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor
- Get link
- X
- Other Apps
Baru-baru ni terasa hendak pergi bercuti-cuti ditempat yang tidak pernah dikunjungi. Rancangannya adalah pulau di semenanjung, jadi pilihan bersama yang kami buat adalah ke Pulau Pangkor.. Walaupun kami menetap di Perak selama 5 tahun semasa belajar disana, namun tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke pulau ini. Bagi yang menetap di Melaka, jarak perjalanan dari sini ke Lumut adalah kira-kira 4 jam jika melalui lebuh raya. Kos perjalanan tidak lah mahal, jika dicampur dengan minyak dan tol pergi balik hanyalah dalam RM 80. Jadi dengan persiapan bersama isteri, bertolak lah kami ke sana menaiki kereta. Gambar dari http://www.percutianbajet.com/perak/tempat-menarik-di-pulau-pangkor Dalam banyak banyak tempat kenapa nak pilih Pulau Pangkor. Ada lagi pulau yang orang kata best macam Pulau Perhentian, Pulau Rendang, Pulau Langkawi. Sebab utamanya adalah jarak perjalanan kesini dan memang nak cari tempat yang santai-santai tanpa perlu bergerak jauh. Lagipun jika dikira p...