Kehidupan Sebelum Menjadi Engineer.
Bila disebut Engineer, sudah pasti orang beranggapan jawatan ini menjanjikan gaji besar. Jauh dari sudut hatiku, banyak yang terbuku ingin aku luahkan mengenai kerjaya sebagai Engineer. Sepanjang bekerja, sudah 5 kilang mencari tempat aku mencari sesuap nasi. Dengan gaji pertamaku sebagai QA technician, masih teringat lagi moment interview dengan HR untuk jawatan yang aku pohon. Gaji yang aku mintak untuk kerja pertamaku, tidaklah banyak, hanya RM1200 pada tahun 2014. Ia sudah sedikit sebanyak membuka mataku tentang industri perkilangan terutamanya SME. Dicampur dengan OT, sekurang-kurangnya RM1800 boleh aku bawa pulang. Ia sudah cukup untuk belanja diriku dan berbakti dengan ibubapa ku. Namun, perjalanan kerjaya ini tidaklah sentiasa mudah. Setiap cabaran dan rintangan yang aku hadapi membuatkan aku lebih menghargai setiap peluang yang ada. Dari pengalaman ini, aku belajar bahawa gaji bukanlah satu-satunya ukuran kejayaan. Kepuasan dalam kerja, peluang untuk belajar dan berkembang, se...