Posts

Showing posts from 2026

ISO Ni Bukan Sekadar ‘Sijil’ Kat Dinding Je!

Image
  Pernah tak rasa pening tengok buku manual ISO yang tebal-tebal tu? Kadang-kadang rasa macam buat kerja dua kali—satu kerja betul kat site , satu lagi nak kena siap dokumentasi untuk audit . Sebenarnya, kualiti bukan sekadar nak lulus audit je. Ia lebih kepada “Habit of Mastery” —tabiat untuk jadi pakar. Kat Innovaq Edge Solutions , kami guna konsep “Quality Tree” untuk mudahkan korang faham macam mana nak buat syarikat korang betul-betul subur : Akar (Teori & Standard): Ini asas korang—ISO 9001, 14001, atau AS9100D. Kalau akar tak kuat, pokok senang tumbang. Tapi kalau cuma ada akar je, batang tak naik, pokok takkan berbuah. Batang (The Bridge/Jambatan): Inilah peranan kami sebagai konsultan & trainer. Kami jadi jambatan untuk tukar bahasa ISO yang susah tu jadi actionable knowledge . Jargon pening-pening dibuang, supaya team korang jelas apa nak buat setiap hari. Dedaun & Hasil (Praktis & Result): Bila teori & praktikal dah bergabung, operasi jadi lancar,...

Innovaq Edge: Setahun Mengukir Nama

Image
  Hampir setahun yang lalu, Innovaq Edge Solutions  bermula hanya dengan sebuah visi dan keberanian. Dari langkah pertama yang penuh debar, hinggalah ke detik berharga kami bertemu dengan pelanggan pertama , setiap fasa adalah satu kembara yang sungguh unik. Ia bukan sekadar tentang perniagaan, tetapi tentang: Kepercayaan: Bagaimana idea bertukar menjadi realiti. Ketabahan: Belajar daripada setiap cabaran awal. Inovasi: Memastikan kami sentiasa mempunyai "edge" yang dicari. Terima kasih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada sejarah kami. Perjalanan ini masih panjang, dan kami baru sahaja bermula. Dengan peranan bersama Ts Muhd Nor dan Ts Roslan , kami menggabungkan dua kekuatan besar untuk melakukan anjakan dalam business consultant ini.  Sedia untuk melonjakkan perniagaan anda ke tahap ISO? Mari lakarkannya bersama kami. Follow us at Linkedin

Kredibiliti Dibina, Bukan Diberi

Image
Dah lama sebenarnya nak tulis, selalu terlupa. Hari ni baru posting. Zaman awal-awal saya turun training sebagai trainer , slide pun masih berat, laptop pun selalu panas. Masa tu saya fikir, “aku ni betul ke boleh survive dunia ni?” Waktu tu saya belajar satu benda penting: credibility is not about title, but consistency . Orang tak terus percaya sebab kita Ts., Lead Auditor atau ISO trainer. Mereka percaya bila kita dengar betul-betul masalah mereka, dan jawab dengan jujur, bukan dengan jargon. Saya masih ingat satu klien SME. Sistem ISO ada, tapi budaya tak jalan. Lepas beberapa sesi, saya ubah approach, kurang lecture, lebih conversation dan fokus pada praktikal. Beberapa bulan kemudian, audit lepas tiada masalah, tapi yang lebih mahal nilainya: team mereka mula bercakap pasal improvement tanpa dipaksa. Masa tu saya faham, kerja kita ni bukan sekdar bercerita, tapi bina cara fikir untuk proses berkekalan. Malam pula saya masuk kelas. Student tanya, "Ts, macam mana mana na...