ABOUT
Walaupun dengan peluang pekerjaan yang semakin mengecil semasa aku graduate pada tahun 2013, namun dari celah-celah peluang pekerjaan yang ada, aku mula ceburi pekerjaan pertama sebagai technician, dan ia telah membuka minda ku tentang erti kerja di industri. Walaupun aku memengang ijazah selepas graduate, tidak aku fikirkan tentang jawatan yang aku ingin sandang, kerana bagi ku pengalaman yang paling utama. Walaupun aku diperli semasa memegang jawatan yang rendah dari ijazahku, namun aku tidak pedulikan kerana inginkan pengalaman kerja yang aku sangat hargai. Dengan pengalaman, kita boleh membuat keputusan yang tepat dan aku bersyukur setelah setahun memegang jawatan sebagai Technician, kemudian melanjutkan pelajaran di INSEP (TATI) selama 7 bulan, akhirnya aku berjaya mendapat pekerjaan sebagai Engineer.
Setiap kerjaya, memerlukan pengorbanan dan aku bersyukur kerana aku diberi peluang mencapai cita-citaku. Bagi aku, semua orang boleh berjaya, apa yang diperlukan adalah azam yang kuat, walaupun rintangan yang dihadapi adalah besar.
Semoga berjaya mencapai cita-cita kepada semua pembaca...
Comments
Post a Comment