Hari ni sempat singgah di Taman Jubli Perak, Sungai Petani. Bagi aku, tempat ni lah aku pergi kalau hendak mencari ketenangan dan kedamaian. Di samping tu, ia banyak menyimpan kenangan masa aku kecik-kecik dulu . Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Terdapat kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini untuk pengunjung. Dekat sini la, penduduk sekitar melakukan aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.
Antara permainan kanak-kanak yang disediakan.
Trek jogging telah dinaiktaraf dan lebih besar dari sebelumnya
Kolam yang terdapat di tasik ini. Walaupun airnya nampak kehijauan, didalam tu ada ikan peliharaan dan kura-kura.
Terdapat juga taman kecil yang baru dibina iaitu taman kaktus yang menempatkan lebih dari 30 jenis kaktus.
Taman ini dijaga oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah ( MPSPK). Lokasinya berhampiran Masjid Sultan Muzaffar Syah dan juga Perpustakaan Awam Sungai Petani.
cantikkan kannnnn...sp kita
ReplyDeleteKenangan makan di food court lama ...nasi lemak sedap.
ReplyDelete