Pada hari sabtu yang lepas, berkesempatan singgah sekejap di Jeti Semeling. Kawasan ini telah dibangunkan untuk menjadi tempat pelancongan baru di Kedah. Memang cantik pemandangan kat sini dengan dilengkapi bagunan yang baru dan futuristik. Bot-bot yang akan membawa pelancong menyusuri Sungai Merbok turut diletakkan di jeti ini.
Kalau diikutkan perancangan asal yang diwar-warkan sebelum ini, sepatutnya jeti yang siap ini akan dijadikan pusat perhentian untuk mengambil penumpang untuk ke Pulau Langkawi, namun disebabkan beberapa masalah antaranya sungai yang tidak dalam dan pukat yang banyak disini projek ini telah dibatalkan dan digantikan dengan kompleks pelancongan. Kos keseluruhan projek yang penulis tahu adalah kira-kira 17 juta, tapi syukur jugaklah, projek ini siap juga pada tahun lepas. Cuma bahagian restoran di jeti ini, masih belum ada penyewa lagi dan masih kosong. Kedai-kedai pun belum lagi beroperasi.
Pegunjung yang tiba disini, boleh menaiki bot "Sungai Merbok River Cruise" untuk ke menyusuri Sungai Merbok dan singgah ke Tanjung dawai sebelum pulang semula ke jeti semeling. Bayaran yang dikenankan tidaklah mahal, kerana ada promosi sehingga bulan March ini. Tapi harus diingatkan, bot ini akan mengambil penumpang pada waktu pagi dan tengah hari sahaja, jadi kena datang awal la ye.
|
Keadaan di jeti semeling |
|
Bot pemancing |
|
Bot -bot pemancing |
|
Penjual aiskrim dan pengunjung |
Kalau datang kat sini, jangan lupa untuk berjalan-jalan disekitar pelantar jalan kaki yang dibina untuk pegunjung melihat lebih dekat pokok bakau yang tumbuh meliar disini. Kat sini, juga ada kompleks Galeri Bakau yang pegunjung boleh masuk untuk mengetahui lebih dekat tentang pokok bakau, sejarah Sungai Merbok, dan jenis-jenis bakau yang terdapat di sini. Tapi tak dibenarkan ambil gambar dalam kompleks galeri ini.
Dibawah, adalah gambar yang penulis sempat snap semasa tiba disini.
|
laluan pejalan kaki ke Galeri Bakau |
|
Pejabat untuk pekerja disini |
|
Akar pokok bakau |
|
Kedai Cenderahati yang masih lagi kosong |
|
kaunter penerangan yang beroperasi dsini |
|
Di galeri bakau |
|
Laluan pejalan kaki sejauh 1km |
|
Bagunan yang sangat cantik dan futuristik |
|
Tempat membakar bakau menjadi arang |
|
Bot nelayan |
|
Jeti Semeling |
|
Pemancing di Jeti Semeling |
Gambar dari Google Earth
Tempat ini sangat sesuai untuk bergambar dan berehat. Masa penulis sampai sini, ada juga nampak beberapa pengantin sedang bergambar disini. Tempat ini menarik cuma mungkin perlukan masa sebelum ia menjadi tempat pelancongan yang popular di Kedah.
Semoga berjumpa lagi.....
macam menarik ja.... kalau pi tanjung dawai, bot boleh tunggu habis shoping tak?
ReplyDeletedari semeling jetty -> Pantai merdeka (no stop) -> tanjung dawai (stop 30-45mins) -> Semeling jetty..
Delete