Bot Penambang Seberang Takir, Kuala Terengganu
Pada 8 June 2015, merupakan pertama kali aku melihat bot penambang Seberang Takir, teringat aku dengan zaman aku kecil menaiki bot penambang di tempat lahirku dimana tujuannya untuk membawa penumpang dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai merentasi lautan laut biru. Cuma disini, bot penambang membawa penumpang dari Jeti Seberang Takir ke pinggir bandar Kuala Terengganu. meredah Sungai Kemaman yang agak kehijauan. Bezanya adalah dari segi keunikan bot disini. Walaupun ianya bot lama yang sebahagiannya adalah papan, tapi inilah yang dicari-cari oleh pelancong, dengan bunyi enjin yang memekikan telinga sesiapa yang menaikinya. Kalau di tempat lahirku, bot penambang tanjung Dawai sudah berubah wajah menggunakan bot fiber glass, yang lebih tahan lasak, dan setiap penumpang dikhendaki memakai jaket keselamatan tapi disini masih mengekalkan tradisi dan keunikannya sendiri.
Sebelum menaiki bot ini, tambang sebanyak RM1.00 dikenakan bagi perjalanan sehala, dan bayaran dijelaskan dikaunter jeti. Sebelum tiba disini, kawanku mengajak aku melihat kampung halamannya berdekatan Kuala Nerus, seterusnya meneruskan perjalanan hingga tiba di sini (Seberang Takir). Dari situ aku dapat melihat kehidupan penduduk kampung disini sepanjang perjalanan, dimana kebanyakkan rumah diperbuat dari papan dan dipelihara agar nampak cantik oleh pemiliknya. Sepanjang perjalanan yang terdapat banyak gerai yang menjual hasil laut dan perusahaan kecil-kecilan keropok lekor.
Dari apa yang kawanku khabarkan, (seperti tourist guard lak) bot penambang sudah sinonim dengan penduduk yang berada berdekatan Seberang Takir kerana ianya adalah pengangkutan yang paling cepat untuk ke Kuala Terengganu terutama Pasar Payang.
Perjalanan kira-kira 6 minit untuk ke pinggir Kuala Terengganu memang agak menarik bagi aku, dimana dapat melihat pemandangan Pulau Duyung lokasi monsoon cup diadakan sebelum ini, dan beberapa bagunan kerajaan di pinggir sungai ini. Bunyi motor yang agak kuat semasa bot bergerak menjadikan perjalanan lain dari bot yang aku naiki sebelum ini... Cuma nasihat aku, jangan duduk dekat engine nanti rasa gegar je kerusi tu..
Tibanya di Jeti sementara Kuala Terengganu, bermulalah perjalanan ke Pasar Payang. Jarak nya hanya kira-kira 300meter. Pengunjung waktu tu memang agak ramai, bersesak jadinya. Barang jualan pula memang banyak dari ikan segar sampai la makan kering mcm keropok-keropok. Tingkat atas pulak banyak yang menjual pakaian, tudung, batik, dan songket. Kedai emas pun ada kat sini.
Cuma aku membeli beberapa makanan yang unik bagi aku. Antaranya. ialah Lempok Durian.. Hehe.. Harga dalam RM3 je untuk satu.. Rasanya memang macam makan durian asli je. Sedap.
Telur penyu yang fresh - Cara makan, kopek kulit dan terus telan. |
Cuma diharapkan, perkhidmatan bot penambang ni akan diteruskan pada masa hadapan. Banyak orang tak tahu tentang kewujudan nya, terutama orang luar Terengganu, jadi kalu boleh diharapkan kerajaan negeri akan melabur untuk menjadikan kampung yang berdekatan Jeti Seberang Takir sebagai produk pelancongan yang mana pelancong luar diperlihatkan pekerjaan tradisi penduduk disini dan turut bersama-sama tinggal bersama untuk merasai keseronokan dan keunikan hidup sederhana ini.
Member aku dengan barang barang orang lain |
Best best.nnt boleh ajak family ni g shopping
ReplyDeleteKalu gi terengganu, tempat paling popular kat sini pasar payang la.. dan still mengekalkan rekaan bagunan asal... belajar di terengganu ke ?
DeleteXpernah pergi terengganu pun. kalau jalan-jalan dgn family selalu pergi negeri sblah utara dengan kelantan je. belajar dulu kt serdang selangor.selamat berbuka puasa
ReplyDeleteOh.. amik kursus insep ke nanti ?
ReplyDeleteAmbik kt Tati. dah call cik lisa tu. dia kata nnt dia konfem balik dgan saya brknaan kemasukan tu.
DeleteOk lah begitu..Sy harapkan kursus itu akan diadakan. . Belajar sikit kemahiran dalam design2 ni. mana tahu berguna.. Rezeki masa depan kita tak tahu kan.. Apa pun, good luck ye.. :)
ReplyDeleteTerjump post ni, saya nak pergi duyong art festival kat pulau duyong kecil.. Tp kt mana lokasi jeti ni kalau kt pasar payang ek?
ReplyDeletesebelah pasar payang ada jeti kecil. Cuba pusing area tu, pasti nampak.
Delete