Warung Aziz Satar : Keenakan sata yang membangkitkan selera


Kali ni, sempat singgah di satu restoran yang agak popular di Kuala Kemaman. Apa lagi, kalau bukan Warung Aziz Satar. Kedai ni agak popular dengan menu sata dan otak-otak. Dekat Kuala Kemaman ni, sepanjang jalan kita boleh nampak gerai dan kedai yang menjual sata dan otak-otak tapi ramai yang kata Warung Aziz Satar ni yang the best dari yang lain. Aku pun sebenarnya, tak sedar pun kewujudan warung ni, tapi disebabkan banyak review yang aku baca dari apps Foursquare, jadi singgah la tempat ni tuk merasa otak-otak dan sata disini. Ni screen shot dari foursquare, nampak kan, kebanyakkan puji tempat ni antara yang terbaik..
Warung Aziz Satar
Foursquare Apps
Dari review ni lah, yang menyebabkan aku terus ke sini pada hari sabtu lepas.. Nak kenal kedai ni senang je, lokasi kedai ni sebelum sekolah jenis kebangsaan dan sebelah bagunan kedai. Kedai ni warna kuning, dan sebelum sampai tu, mostly akan nampak banyak orang parking kereta dekat seberang jalan. Nanti anda boleh nampak banner warung aziz satar,. Itu lah kedainya..


Masa sampai tu, dah dekat 1 tgh hari. jadi memang ramai sangat orang masa tu.. Maklumlah, pergi waktu hari sabtu, cuti sekolah lagi jadi memang susah la nak cari tempat duduk.. Jadi memang tak makan sini, just beli bungkus je apa yang minat.


Dari gambar boleh tengok, betapa ramai nya orang yang sedang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan meja kosong. Kebanyakkan nya, bawa family, dan kalu dilihat dari plat kereta yang parking kat sini, boleh dikatakan banyak dari luar terengganu. Kat sini, ada juga dijual nasi campur, mee kari, bihun sup, chicken chop, dan keropok lekor. Apa pun, misi aku hanya untuk mencari makanan yang dikatakan special tu, iaitu sata dan otak-otak.


Satar ini kira makanan istimewa la dekat negeri pantai timur. Ramuannya adalah campuran ikan tumbuk seperti isi ikan selar kuning, kerisi, gelama atau tenggiri bersama lada , kelapa parut dan bahan rempah lain. Kemudian sata ni dibungkus dengan menggunakan daun pisang kemudiannya dicucuk pada bilah besi stainless steel dan akhirnya dibakar.Harga sata dan otak-otak ni agak murah di sini.. Kalau kat kedah, 3 sata dah jual dekat RM2.50, kat sini 10 sata RM5.. Saiz pun sama je. Kira memang sangat berbaloi la dengan harga tu. Otak-otak pun harga sama, cuma kat sini, otak-otak didalamnya berbeza dari yang aku biasa makan kat Kedah..
Otak-otak Kuala Kemaman dan Otak-otak di Kedah
Perbezaan tu dari segi struktur dan warna otak-otak tu sendiri.. Rasa pun agak berbeza. Cuma masa aku nak beli otak-otak ni, dah habis lak, tingal sata, pais pelbagai ikan je. Jadi aku borong sata je lah waktu tu.


Sambil tu drive pergi ke pantai Mok Nik, yang dekat je kat kawasan ni sambil menikmati pemandangan laut.. Apa pun, sata ni memang berbeza sedikit dari gerai yang jual kat sekitar tempat ni. Sata ni agak lembut dan manis.. Apa pun cubalah menikmati sata disini, pasti anda mengemarinya..



Warung Aziz Satar

Comments

Popular posts from this blog

Step-step apabila ingin berhenti kerja

Syarat-syarat menyertai INSEP