INSEP : Kelas hampir ke penghujungnya
Alhamdulilah, dah masuk bulan june pun. Tinggal beberapa hari lagi sebelum masuknya bulan ramadhan yang penuh barakah.. Tak sangka, cepat pulak masa berlalu. Aku still ada di TATi, dan masih mengikuti kelas yang diadakan. Gambar atas tu, adalah jamuan ringkas selepas kelas di TATi. Aku update sikit tentang INSEP ni
Disini, pembelajaran adalah berdasarkan kelas teori dan lab. Jadi kalau nak faham kelas lab, memang kena masuk dan faham kelas teori dulu. Yang penting, self study selepas kelas adalah perlu.
Aku harap satu benda je masa pilih kursus ni, iaitu dapat banyak amali untuk maintenance. Sebab background aku sebelum Mechanical Engineering, - major Manufacturing, Jadi memang dah belajar serba sedikit tentang maintenance, terutamanya predictive maintenance. Masa aku praktikal, aku ada la buat schedule preventive maintenance untuk machine dari manual machine yang ada. Jadi aku sangat berharap selepas aku habis belajar disini, kemahiran untuk "basic maintenance secara hands on" dapat la diperolehi..
Core in Maintenance |
Antara telatah dalam kelas/lab yang sempat aku rakamkan...
Machine maintenance
Pneumatic and Hydraulic
Programmable Logic Controller ( PLC )
Metrology Technology
Apapun terima kasih kerana membaca.. sekiranya berminat hendak sertai INSEP, boleh check post ni.. ( INSEP 2015 ). Berjumpa lagi pada post akan datang..
Update 11/06/2015 - Kursus INSEP di TATiUC
Kursus INSEP Waste Water Management bermula bulan May 15
Kursus INSEP CISCO bermula June 15
Kurus INSEP ROV baru je bermula pada 9 June 15
Kursus CAD/CAD Application akan bermula pada 21 June 15
Macam best jek. saya rasa saya tak dapat join kursus insep tu sbb xada respon dan panggilan xdiangkat. bukan rezeki saya lagi
ReplyDeleteTak pe. Jangan putus asa.. Esok saya tanya cik lisa yang uruskan program ni.. Apa apa, saya update esok.. ok..
ReplyDeleteTerima kasih banyak-banyak. saya sebernanya dah banyak kali cuba apply kursus insep ini tapi apakan daya samaada kolej tiada peruntukan atau kursus yang saya pohon ditangguhkan
ReplyDeleteOh, begitu. Kursus apa yang dipohon tu ? Dlu belajar dalam bidang ape sebelum ni.
DeleteSaya pohon kursus pcb design di kismec tp dtangguhkan.waktu belajar ambil bidang sains instrumen. sbb tu tgk encik pos pasal cad/cam saya nak try ambil sbb di u xde subjek tu cuma electronic dsign guna LabVIEW je
ReplyDeleteSedikit maklumat yang saya dapat yg ada kaitan dng sains instrument..
ReplyDeleteTati ; Baru je dapat sms dari Lisa ( yg menguruskan pengambilan INSEP di TATi) Kursus Insep CAD/CAM dijangka bermula pada 21/06/15. Boleh sms atau hubungi Lisa - 013-9781124 ( Lisa )
Kismec : Kursus PCB ditangguhkan ( mungkin kekurangan peserta )
Pahang Skill Development Centre ( PSDC ) ; Kursus Process instrumentation (PICT ) sudah bermula pada bulan 4.
Johor ( PUSPATRI ) : 2nd intake kursus insep akan bermula. Tarikh belum diumumkan. Kursus insep yang berkaitan dengan sains instrument adalan Kursus Oil & Gas Electro-Mechanical and Instrumentation Technology
Tesdec : Sistem Pengurusan Kualiti (TQM) - boleh hubungi 096272276 (Cik Marozini) / 096272240 (Pn Iszalina) / 096272208 (En Hafizan)
Terima kasih encik. saya banyak menyusahkan encik.
ReplyDeleteTak de masalah.. bantu sama membantu..
ReplyDeleteTak de masalah.. bantu sama membantu..
ReplyDeleteKursus ROV nx intake bila? Dekat mana ye?
ReplyDeletekursus rov hanya ada di TATIUC sahaja. Pengambilan akan dibuka pada tahun depan kalu tak silap,. boleh hubungi cik lisa ( Penyelaras insep di TATIUC : 013-9781124
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete