Posts

Showing posts from February, 2016

Waktu Operasi Tabung Haji, Sungai Petani

Image
Ini adalah waktu operasi terkini bagi Tabung Haji, Sungai Petani, Ambil no giliran di mesin berdasarkan urusan yang diingini. Sekiranya, tidak pasti, boleh bertanya staff yang berada disebelah mesin no giliran. Pengguna adalah ramai, jadi bawalah bahan bacaan seperti majalah untuk mengisi masa lapang.  Untuk urusan online, boleh layari https://www.e-thijari.com.my/welcome Permohonan no pin untuk mendaftar akaun secara online, boleh diperolehi dari kaunter TH

Resignation ..... with experience....

Image
Setelah berfikir sekian lama, akhirnya aku secara sukarela menghantar surat perletakan jawatan di kilang tempat aku bekerja. Aku pun tidak menyangka, yang aku akan meletakkan jawatan kerana aku memang sangat sukakan tugas yang aku lakukan sekarang. Namun, bagi aku, inilah jalan yang membolehkan aku pergi jauh dalam memahami lagi selok belok industri. Benarlah, apa yang dikatakan pensyarahku sebelum ini, bukan lah jawatan yang kita kejar pada zaman sekarang, kerana jawatan akan hilang begitu sahaja, tapi pengalaman berharga untuk menyelesaikan masalah yang terdapat di industri Terdapat beberapa concept/theory, penyelesaian masalah, idea, dan macam-macam lagi telah aku usahakan semasa aku memegang jawatan sebagai Production Engineer. Alhamdulilah, banyak usahaku diterima dan dihargai oleh bos-bos tempat aku bekerja. Tapi, tidak semestinya, langit sentiasa cerah atau biru, kadang-kadang pasti mendung/hujan berlaku disiang hari. Namun, disinilah aku belajar banyak mengenal emosi po

Pandangan peribadi : INSEP menjamin peluang pekerjaan ?

Image
Pada zaman dulu dan sekarang sudah tidak sama. Walaupun, kita mempunyai degree atau diploma sekalipun ia tidak menjamin kita mendapat kerja. Jumlah pelaburan asing ke dalam negara untuk industri perkilangan, pembuatan ataupun oil n gas sangat berkurangan pada tahun ini. Sekiranya saudara membaca link dibawah, saudaraakan faham situasi sekarang http://www.thestar.com.my/business/business-news/2015/07/27/fairchild-to-sell-penang-factory/ http://www.malaysianchinesenews.com/2015/11/nine-major-foreign-factories-in-penang-shut-down-and-retrench-workers-silicon-valley-in-the-east-in-critical-situation/ Ini hanya sedikit info tentang situasi perkilangan di sebuah negeri iaitu penang. Tetapi penutupan plant/kilang dan operasi menyebabkan ribuan tenaga kerja mahir ( Engineer, Technician, Supervisor, QA, Purchasing dan lain-lain ) kehilangan pekerjaan. Disamping itu, penutupan kilang/ atau plant menyebabkan "domino" effect kepada kesan serantau. Apabila kilang tidak bero

Kehilangan seorang rakan ....

Pada 3 Februari 2016, aku kehilangan kata-kata untuk diucapkan semasa aku asyik melakukan kerja. Rakanku telah meniggal dunia akibat kemalangan. Kami hanyalah kenalan sewaktu bekerja, dan aku sangat menggagumi kerja yang beliau lakukan. Bersungguh-sungguh memberikan idea, dan sanggup bekerja keras untuk belajar perkara baru sambil menyiapkan kerja yang diberikan. Namun, segalanya telah ditakdirkan. Bagi aku, apabila kita kehilangan sesorang yang rapat dengan kita semasa bekerja, kita akan merasa kekosongannya, walaupun kita sedar pasti ada pengganti akan mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan. Ada satu nasihat yang aku pegang dari ungkapan yang pernah dia sebutkan adalah "Sekiranya, ada peluang yang lebih baik, pergilah ke sana"  Sekarang, aku memahaminya dengan lebih jelas. Terima kasih sahabat.