Kehilangan seorang rakan ....

Pada 3 Februari 2016, aku kehilangan kata-kata untuk diucapkan semasa aku asyik melakukan kerja. Rakanku telah meniggal dunia akibat kemalangan. Kami hanyalah kenalan sewaktu bekerja, dan aku sangat menggagumi kerja yang beliau lakukan. Bersungguh-sungguh memberikan idea, dan sanggup bekerja keras untuk belajar perkara baru sambil menyiapkan kerja yang diberikan. Namun, segalanya telah ditakdirkan.

Bagi aku, apabila kita kehilangan sesorang yang rapat dengan kita semasa bekerja, kita akan merasa kekosongannya, walaupun kita sedar pasti ada pengganti akan mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan.

Ada satu nasihat yang aku pegang dari ungkapan yang pernah dia sebutkan adalah

"Sekiranya, ada peluang yang lebih baik, pergilah ke sana" 

Sekarang, aku memahaminya dengan lebih jelas.


Terima kasih sahabat.  

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah