Quality Engineer .....
Sebenarnya tugas sebagai engineer lebih banyak kepada menyelesaikan masalah . Apabila ada masalah timbul, engineer la yang perlu cuba menyelesaikan berdasarkan pengetahuan yang ada. Disebabkan itulah, apabila seseorang mengambil jurusan engineering, banyak penyelesaian masalah berbentuk kiraan, teori didalam assingment ataupun peperiksaan. Fokus utama adalah untuk menguatkan kemampaun berfikir dalam menyelesaikan masalah. Jadi, dalam 4 tahun jurusan pengajian degree, beribu-ribu soalan assignement/test/exam, akan menjadikan seseorang lebih cepat dalam menganalisis dan memahami masalah serta cuba menyelesaikannya. Apabila bekerja, masalah yang timbul, kebanyakkan datang berserta dengan emosi, jadi disinilah yang membezakan dari zaman belajar di universiti. Setiap kerja yang dilakukan perlu sempurna dan mengelakkan dari kesilapan. Kesilapan biasa terjadi, namun elakkannya sehingga ia tidak menjadi terlalu besar. Namun dari kesilapan itulah, yang mematangkan seseorang dalam memb...