Quality Engineer .....




Sebenarnya tugas sebagai engineer lebih banyak kepada menyelesaikan masalah. Apabila ada masalah timbul, engineer la yang perlu cuba menyelesaikan berdasarkan pengetahuan yang ada. Disebabkan itulah, apabila seseorang mengambil jurusan engineering, banyak penyelesaian masalah berbentuk kiraan, teori didalam assingment ataupun peperiksaan. Fokus utama adalah untuk menguatkan kemampaun berfikir dalam menyelesaikan masalah. Jadi, dalam 4 tahun jurusan pengajian degree, beribu-ribu soalan assignement/test/exam, akan menjadikan seseorang lebih cepat dalam menganalisis dan memahami masalah serta cuba menyelesaikannya.

Apabila bekerja, masalah yang timbul, kebanyakkan datang berserta dengan emosi, jadi disinilah yang membezakan dari zaman belajar di universiti. Setiap kerja yang dilakukan perlu sempurna dan mengelakkan dari kesilapan. Kesilapan biasa terjadi, namun elakkannya sehingga ia tidak menjadi terlalu besar. Namun dari kesilapan itulah, yang mematangkan seseorang dalam membuat keputusan yang lebih tepat pada masa depan.


Tugas quality engineer adalah lebih fokus kepada kualiti barang/produk yang dihasilkan. Setiap ketidaksempurnaan dari cosmetic view ( gambaran visual ) dan dimension metrology, boleh menyebabkan produk diklasifikasikan sebagai reject. Namun, perlu difikirkan dari segi kos untuk menhasilkan produk tersebut dan kemampuan mesin untuk menjalankannya. Ini kerana, setiap reject adalah kos, dan melibatkan masa untuk menghasilkannya kembali. Tidak semestinya reject adalah reject, kerana mungkin bagi customer, reject itu dibolehkan. Jadi interaction between customer dan supplier adalah perlu.

Untuk Quality Engineer, antara asas ilmu yang perlu difahami adalah
1 ) Acceptance sampling / Sampling Limit
2 ) FMEA/8D/ 5 Why
3 ) SPC, MSA,
4 ) Metrology/Measurement
5 ) Quality Managment
6 ) Audit- Internal or External ( ISO/TS/ etc )
7 ) FAI / Buy-Off /
8 ) Drawing ( G,D & T )

Banyak teori yang perlu dipelajari On-The-Spot, ini kerana setiap industri adalah berbeza. Ada industri CNC turning dan miling, stamping, sheet metal, etc. Jadi asas dari penyelesaian masalah semasa pengajian di Universiti lah yang akan membantu dalam memahami setiap kerja yang dilakukan. Kebanyakkan, asas ilmu yang saya sebutkan diatas boleh dipelajari semasa bekerja.


Untuk fresh graduate engineer, tidak perlu terlalu risau dengan job scope yang diberikan. Sekiranya job scope yang diberikan terlalu besar, berbincanglah dengan bos untuk fokus dari satu ke satu. Sepanjang saya bekerja, terlalu banyak konflik yang telah saya lalui, dari sekecil2 isu kebersihan sehinggalah yang besar. Namun, cara yang saya lakukan adalah dengan berbincang kembali dengan bos, sekiranya ada jalan penyelesaian yang mudah.

Untuk menjadi engineer, cara mudah adalah dengan mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan/sains. Namun, diploma holder pun boleh menjadi engineer sekiranya berusaha dari bawah dan setia dengan company. Banyak rakan saya,  lulusan diploma telah bekerja sebagai engineer, tapi persamaannya adalah mereka setia dengan company yang sama dari awal lagi. Dari kepercayaan itulah, menyebabkan mereka diangkat sebagai Engineer dikilang tersebut.

Menjadi Engineer bukan lah mudah, namun, keseronokan menyelesaikan masalah itulah yang menjadikan hari itu bermakna.

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah