Kehidupan itu kosong tanpa ibadah
Alhamdulilah, syukur kepada Tuhan, kerana aku masih lagi bernafas dan sihat untuk melakukan tugas harian ku. Syukur kepadanya kerana memberi aku peluang untuk berbakti kepada ibubapaku dan menjaga mereka. Umurku sudah pun mengapai 28 tahun, tersedar aku bahawa, tiada apa-apa yang berharga didunia ini selain ibadah yang kita lakukan. Duit, pangkat, jawatan, hanyalah sementara, kerana semuanya akan hilang jugak akhirnya.
Segala yang berlaku pada waktu dahulu adalah pengajaran yang membentuk diri kita pada masa sekarang. Setiap hari kita bernafas, semakin dekat waktu kita akan menghadap Allah S.W.T. Tanpa muhasabah diri, sesiapa pun akan hanyut dengan kerja didunia ini.
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah al-Asr, ayat 1-3)
Setiap perjalanan, membawa pelbagai pengalaman dan dugaan. Bersyukurlah dan belumbalah membuat kebaikan. Namun. ingatlah, jawatan, pangkat dan wang hanyalah sementara, kerana ia akan hilang jugak, namun ibadah yang dilakukan akan kekal tercatit di buku amalan masing-masing.
Dan dalam setiap cabaran dan ujian yang kita hadapi, janganlah kita lupa untuk bersyukur dan terus berdoa. Kadang-kadang, kita diuji dengan kesulitan untuk menguatkan iman dan kesabaran kita. Hargai setiap detik yang kita ada, dan gunakanlah waktu ini untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan melakukan amal kebajikan.
Kita perlu sentiasa ingat bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara. Apa yang penting adalah bagaimana kita mengisi waktu kita dengan perkara yang bermanfaat dan berkualiti. Keberkatan hidup datang dari usaha kita untuk berbuat baik dan menjaga hubungan kita dengan Tuhan dan sesama manusia.
Jangan biarkan kebanggaan duniawi mengaburkan matamu dari matlamat sebenar hidup. Marilah kita terus berusaha, bertawakal, dan memperbaiki diri agar setiap hari kita boleh menjadi lebih baik dari sebelumnya. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan hidayah untuk terus menjalani hidup ini dengan penuh kesyukuran dan ketaatan.
Amin.
Sy nx tnye, sy dip in offshore structure engin n dapat apply insep tati kolej e. Operatiin n mntanance.. Ok x? Pasal backgroud diploma in o&g
ReplyDeleteKalau boleh try sambung dalam bidang yg tak terlalu specific spt O&G.Saya cadangkan anda apply degree in Mechanical sbb cabangnye lebih luas dan senang utk mendapat kerja bukan hanya pada satu2 bidang.Antara universiti yg saya syorkan adalah UTM & UiTM.
ReplyDelete