Kesakitan dengan kesabaran.

Alhamdulilah, sudah masuk bulan september. Syukur dikurniakan kesihatan dalam meneruskan ranjau kehidupan. Baru sahaja kita meraikan hari kemedekaan pada 31 Ogos 2017 yang lalu, dan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha beberapa minggu lagi.

Setiap hari apabila kita bekerja, kita akan terdedah dengan hazard/risiko kemalangan. Kali ini, aku mengalami kesakitan dibahagian mata apabila melihat sinaran welding dan kemungkinan habuk besi telah masuk ke dalam rongga bebola mata. Memang pedih yang aku rasakan semasa hendak tidur, bagaikan ada benda asing yang mencucuk. Dengan segera aku bergegas ke hospital dengan bantuan ayahku.


Disana, aku dirawat dengan beberapa ubat titis mata, ujian lihat, dan test mengesan calar di bebola mata, Memang ada beberapa calar halus yang kelihatan apabila doktor memeriksa. Cuma, aku hanya boleh menahan kesakitan dengan memejam mata, itulah yang aku lakukan sepanjang dirawat. Dari pukul 1 pagi hingga lah ke 9 pagi, barulah selesai. Masa banyak dihabiskan untuk menunggu doktor memberikan rawatan.

Jika permukaan kornea yang tercalar tidak di rawat, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan komplikasi seperti ulser korea. Pada tahap teruk, hilang penglihatan mungkin terjadi.

Barulah aku sedar betapa penting nya nikmat kesihatan yang diberikan, betapa susahnya kehidupan tanpa mata yang sihat dan dengan pancaindera inilah kita boleh melihat. Syukur aku diberi kesempatan untuk menggunakan nikmat ini sekali lagi. Alhamdulilah... dan terima kasih kepada Ayahku . 

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah