Carta Pembaca Blog dan Pertanyaan Kepada Penulis

Berdasarkan kajian sample yang saya lakukan, kebanyakkan pembaca blog adalah dikalangan orang muda yang berumur dari 18 tahun- 30 tahun dalam blog ini. Ini menunjukkan generasi Gen X dan Gen Y menguasai carta pembacaan dalam media yang lebih tinggi dari kalangan kelompok yang lain.

Melihat kepada carta  penggunaan handset yang tinggi melalui stats dari Blogger sendiri. Pengguna Android adalah paling tinggi yang merangkumi dalam 48% dari pembaca mingguan blog ini.

Untuk memastikan maklumat yang disampaikan kepada kalangan kelompak 18-35tahun, kebanyakkan isi kandungan blog ini pada masa akan datang akan berkisar kepada kerjaya, teknik dan program-program yang dianjurkan pihak kerajaan dan swasta untuk mafaat bersama.

Walaubagaimanpun, blog ini masih lagi menjadi tempat buah fikiran penulis untuk mencatat secebis pengalaman yang mungkin berguna untuk pembaca sekalian. Untuk mengenali penulis, boleh ikuti instagram yang disediakan. Segala soalan yang ditanya melalui Contact From akan dijawab secara private/persendirian.

Terima kasih kerana membaca. 

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah