Rumah Tangga Berkekalan


Setiap orang yang mengharugi bahtera perkahwinan pasti sedar lumrah dalam perkawinan ada pasang surutnya, Masakan lidah sendiri pun tergigit, begitu jugak lah dalam rumah tangga. Seperti lautan dipantai, ada waktu nampak tenang dan damai, dan ada waktu ribut melanda. Disitulah peranan setiap pasangan menghadapi dengan akal yang waras dan sabar dalam tindakan.

Sesungguhnya ikatan perkahwinan adalah fitrah manusia dalam kehidupan yang ingin dikasihi, disayangi dan dicintai. Bagi setiap insan yang sihat tubuh badanya, fizikalnya, dan rohaninya pasti menginginkan. teman hidup yang berlainan jenis. Peneman yang dapaat memenuhi keperluan biolagi manusia yang boleh dicintai dan mencintai, dikasihi dan mengasihi, dan bekerjasama mewujudkan ketenangan dan kesejahteraan dalam perkawhinan.

Firman Allah S.W.T
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah" ( Surah Adz-Dzariyaat 51: Ayat 49 )
Dalam mendirikan rumah tangga, sikap saling memahami keperluan pasangan masing-masing adalah intipati penting dalam membentuk keluarga bahagia. Sebagaimana kita mendengar perkahwinan itu ibarat mendirikan mendirikan masjid. Untuk mendirikan masjid, perlu lah ada tapaknya yang kukuh, tiang yang teguh barulah binaan yang dibina kekal berpanjangan. Setiap perancangan dalam rumah tangga memerlukan penglibatan pasangan untuk mencorakkan masa depan bersama.

Dalam kita membentuk rumah tangga yang bahagia, janganlah lupa dengan tujuan perkawinan itu sendiri. Setiap pasangan pasti menghadiri kursus perkahwinan untuk melengkapkan dokumen perkahwinan. Didalam intipati kursus ada diletakkan tujuan perkahwinan.

Antara tujuan utama perkahwinan itu sendiri adalah
1. Melaksanakan perintah Allah S.W.T
2. Mengikuti sunnah Rasulullah
3. Membina rasa cinta dan kasih sayang.
4. Memperolehi zuriat keturunan
5. Memperolehi kebahagian dan ketenangan.
6. Memenuhi keperluan seksual yang sah dan diredhai Allah S.W.T

Firman Allah S.W.T : Dan Kawinkanlah orang-orang yang bujang ( lelaki dan perempuan ) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada merka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.(Surah An-Nur, 24 : Ayat 32 )

Setiap insan lelaki dan perempuan adalah berbeza dari segi fizikal, komunikasi dan akal fikirannya. Setiap perbezaan inilah yang memberi kekuatan kepada setiap pasangan menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Suami
1. Melindungi keluarga dan menyedia keperluan hidup
2. Menyediakan pendidikan asas fardhu ain.
3. Menguruskan rumah tangga dengan hikmah dan rahmah
4. Mendidik akhlak isteri dengan penuh hikmah.
5. Menjaga anak, isteri beribadah dan menjauhi maksiat.
6. Menyayangi isteri dan menghormati ibu bapa.

Isteri
1. Mentaati suami selami tidak bercanggah dengan Al-Quran dan hadis
2. Menguruskan kerja dalaman rumah tangga.
3. Menguruskan kecantikan diri untuk suami
4. Membentuk akhlak anak-anak dengan penuh hikmah
5. Menjaga kehormatan diri dan menghormati suami
6. Meminta izin suami sekiranya keluar rumah.

Nabi bersabda, "Sesungguhnya dunia adalah hiasan yang menyenangkan dan sebaik baik hiasan dunia ialah wanita yang solehah" ( Riwayat Muslim )

Apabila setiap pasangan memahami asas perkawinan, maka diharapkan tapak yang dibina kuat untuk membina tiang-tiang yang kukuh.. InsyaAllah


Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah