Percutian di The Qamar, Terengganu



Apabila disebut mengenai Terengganu, apakah yang bermain difikiran. Pastinya pantai dan keenakan makanan tradisi disini. Kali ni diberi kesempatan untuk melancong ke Terengganu selama 3 hari 2 malam. 

Banyak tempat menarik yang kami kunjungi dan pastinya setiap tempat yang kami lawat memberi momen indah mengenai Terengganu di sanubari kami.

Perjalanan bermula Kuala Lumpur dengn menaiki kereta. Kerana jarak yang agak jauh, kami singgah sebentar menjamu selera di Genting Sempah. Perjalanan yang jauh, pastinya memerlukan stamina untuk kekal konsentrasi semasa memandum jadi diisini terdapat McDonald, dan restoran yang agak ramai dikunjungi oleh pengunjung.

Perjalanan ke sini, agak jauh namun dengan jalan yang agak berliku, jadi ia agak mencabar. Apabila tiba di Terengganu, jalan disini hanya di terangi oleh lampu-lampu jalan yang agak jauh antara satu sama lain, jadi memang mencabar dari segi mental untuk pertama kali tiba disini.

Registration Document

Lobby Area

Website Qamar : http://www.theqamar.com/




Kami tiba di The Qamar , Terengganu pada kira-kira 9.oo malam. Agak gelap kawasan sekitar ini, dan hotel ini terletak di sebelah pantai

Room


Cafe at Night

Suasana disini agak tenang, dengan buyi deruan ombak menghempas pantai. Disini, terdapat café yang anda boleh menjamu selera dengan menu yang menarik. Antara pesanan kami adalah seperti dibawah, rasanya sangat sedap. Alhamdulilah





Kami tiba disni pada musim tengkujuh, dimana kebanyakkan hari adalah hujan. Pada waktu petang kami akan melawat beberapa pantai yang terdapat disini. Disini terdapat satu mall yang digelar “Mesra Mall” di Kertih. Ia adalah pusat hentian untuk mendapatkan pakaian berjenama dan memborong makanan di malam hari.

Antaranya yang sempat kami lawati.
  1. Pantai Kemasik
  2. Pantai Teluk Kalong
  3. Pantai Mok Nik
  4. Pantai Kijal
  5. Pantai Rantau Abang
Ada sebuah tempat yang terlindung dari tempat lain, dan Ia dikenali sebgai Jambatan Awana Kijal. Agak tersorok, namun pemandangan nya adalah sangat mengagumkan. Tempat ini boleh dikatakan sangat bersih dan terdapat beberapa pemancing sekitar sini. Mungkin nanti saya akan ceritakan mengenai pantai-pantai diatas. 



Menu sarapan di Qamar, memang sangat menyelerakan. Antaranya nasi dagang, nasi minyak, nasi kerabu. Setiap makanan yang dihidangkan memang cukup rasa. Rindu rasanya dengan makanan yang terdapat disini.

Sarapan pagi

Selain itu, disini terdapat kolam renang dan gym. Berdekatan pantai, terdapat pondok-pondok yang aku sendiri tertidur semasa berada disini. Bunyi ombak disini memang indah, dan masih terbayang ombak-ombak yang menghempas pantai. 

Setiap detik disini memang tenang, dan ia sangat sesuai untuk insan yang ingin kan kedamaian dan berehat di pantai.












Berjumpa lagi pada post akan datang. 






Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah