Pekan Rabu, Alor Setar



Sudah lama tidak berkunjung ke Pekan Rabu Alor Setar. Jika anda ke utara tapi tidak mengunjungi pasar lagenda ini, pasti tidak lengkap penegmbaraan anda. Cuma kali ini Pekan Rabu telah berwajah baru. Lebih bersih, cantik dan sejuk. Selain itu, susunan peniaga adalah lebih teratur. Terdapat banyak peniaga disini, kadang-kadang ada yang menjual barang yang sama. Tips disini, pastikan anda berani untuk tawar menawar, kerana anda dapat membeli barangan dengan lebih murah jika anda tahu tawar menawar. 

Ia telah dirasmikan semula pada Mei 2018. Terdapat kemudahan lif untuk para pengunjung yang tidak ingin menggunakan tangga. Selain itu, terdapat parking dibawah kompleks ini. 


Setiap tingkat, terdapat jualan yang berbeza, antaranya baju ditingkat satu dan tingkat atas menjual makanan tradisi. Untuk restoran, terdapat dibahagian bawah. 



Antara makanan tradisi yang popular disini adalah belacan dan kerepek. Pastikan anda tawar menawar apabila membeli dalam jumlah yang banyak.



Untuk bahagian kraf tangan, kebanyakkan pelanggan akan tawar menawar sebelum membeli. Gunakan kemahiran tawar menawar anda disini.








Terima kasih kerana membaca. Berjumpa lagi pada masa akan datang.





Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah