Posts

Showing posts from August, 2020

Kerja Harian

Image
Dikala matahari hampir melabuhkan cahanyanaya, barulah aku mula untuk berangkat pulang. Itulah rutin kerja harian aku dari pukul 8 pagi hingga ke 6 petang. Selama 10 jam aku berada di office melakukan kerja dari 24 jam masa dalam sehari. Dalam 5 hari, sudah hampir 50 jam masa aku berada di office. Ia umpama 41% masa sehari aku gunakan untuk bekerja dan 8 jam masa yang aku ada untuk tidur, 33%. Apabila kita tambah kedua dua masa bekerja dan masa tidur 41%+33% : 74%. Aku hanya ada masa kira kira 6 jam atau bersamaan 26% yang ada untuk melakukan aktiviti yang dingini, seperti bersukan, membaca, menonton television, check facebook,  dan sebagainya.  Itulah masa yang aku ada setiap hari. Daripada 24 jam, 74% digunakan untuk bekerja dan tidur. Baki masa yang ada lah digunakan untuk aktiviti harian.  Cuma aku sangat bersyukur dengan kerja yang aku ada sekarang. Dengan kerja inilah, aku dapat memahami diri aku dengan lebih baik. Mengenal erti kerjaya sebagai jurutera ...

Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Image
Hotel Grand Bluewave Hotel terletak di pusat bandar Shah Alam. Lokasinya berdekatan masjid Biru Shah Alam dan Muzium Shah Alam. Dengan susunan bilik yang nampak mewah dan tandas yang dihiasi hiasan marmar, ia membuatkan sesiapa yang menginap disini terpegun dengan view yang sangat menarik. Untuk breakfast turut ada, namun pada waktu kami menginap , ia hanya menawarkan penghantaran makanan ke bilik, jadi kami tidak mengambil pakej breakfast yang disediakan. Namun, disebabkan ia terletak di tengah bandar, jadi tempat makan adalah sangat dekat antara satu sama lain. Sekiranya anda menginap disini, pohon lah bilik yang menghadap masjid biru. Pemandangan nya amat menakjubkan pada setiap masa.  Harga yang ditawarkan adalah sangat murah untuk hotel 4 bintang ini. Mungkin disebabkan Covid-19, banyak hotel menawarkan pemotongan harga untuk menarik pelancong tempatan/ dosmetik untuk menginap disini. Walaupun hotel ini dikatakan lama, tetapi hiasan dalaman telah dinaik taraf seiri...

Bekerja dalam Pasukan

Image
Pasukan dalam bekerja adalah umpama aur dan tebing. Ia saling memerlukan antara satu sama lain. Setiap orang adalah unik dengan ilmu dan pengalaman masing-masing.  Satu pasukan bekerjasama mengikut kemahiran masing-masing. Setiap perbezaan ini membezakan antara satu sama lain dan menyebabkan kita memerlukan bantuan sesama kita. Kita tidak mampu menguasai  segala cabang ilmu yang ada, disinilah tolong menolong akan bermula. Sebagai contoh ada yang mahir berbicara, ada yang mahir dalam membuat report, ada yang mahir berbincang, ada yang mahir membuat keputusan. Setiap kemahiran inilah yang mengerakkan satu pasukan kerana ia saling melengkapi antara satu sama lain. Untuk bergerak dalam satu pasukan, apa yang penting adalah saling percaya antara satu sama lain dengan tanggungjawab yang diberikan. Dalam membuat keputusan, segala perkembangan diterangkan dan dari situ, keputusan dibuat berdasarkan dari segi kos, risiko dan keperluan pada masa itu. Dari situ lah, kita aka...

Kenangan Belajar di UTM ( Forecast 2007 )

Image
  Antara kenangan yang masih lagi diingati adalah semasa belajar di UTM Skudai, Johor pada tahun 2007 selepas SPM. Alhamdulilah diberikan rezeki oleh MARA untuk menyambung belajar sejurus selesai tamat SPM. Dalam masa 2 minggu selepas SPM, diberi peluang untuk menjejakkan kaki di salah sebuah univerisit yang menjadi impian aku semasa kecil. Dengan nama Universiti Teknologi Malaysia, ia menjadi ingatan kepada aku semasa zaman sekolah kerana ia adalah salah sebuah univeristi yang banyak melahirkan tokoh-tokoh koporat dan juga jurutera-jurutera di Malaysia. Disebabkan itu jugaklah, apabila mendapat tawaran melanjutkan ke sini, dibawah satu program tajaan MARA, Forecast SPM, terus aku bersetuju untuk datang ke sini.  Banyak perkara yang aku belajar disini, dan ia menjadi memori di dalam ingatan. Ada beberapa cerita lucu yang mungkin aku akan ceritakan pada post akan datang dalam Tag ?Kenangan UTM" Terdapat beberapa gambar kenangan yang aku ambil semasa berada disini pada tahun 200...