Simply Fish Melaka

Kali ini kami menikmati hidangan makanan tengah hari di sebuah restoran yang terdapat di Melaka. Antara yang menjadi pilihan disini, sudah pastilah hidangan seafood yang sangat menarik dan harga yang berpatutan. Sudah beberapa kali kami singgah ke sini pada hujung minggu, cuma baru sahaja ada masa untuk mencoretkan pengalaman kami disini. 

Lokasi restroran ini terdapat di Taman Melaka Raya dan mengikut dari facebook, ia mempunyai satu lagi cawangan di Taman Kota Shahbandar. Jika anda ingin melihat promosi yang ditawarkan, anda boleh mengunjungi website dan facebook di bawah

 http://www.simplyfish.com.my/

 Ia berkongsepkan western yang dihiasi dengan tema alat kelengkapan nelayan seperti jala, tong ikan dan pelbagai lagi. Anda akan lebih tertarik apabila membuka menu makanan yang dipamerkan. Terdapat Soft Crab Shell yang boleh dimakan terus apabila dihidangkan. Selain itu, terdapat promosi dan menu baru yang disediakan mengikut bulan-bulan tertentu. 






Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah