Posts

Showing posts from November, 2020

Pemikiran dan Perubahan

Image
Sejak kecil kita dididik supaya mengutamakan pelajaran, kerana pelajaran dapat membawa seseorang itu jauh kehadapan. Dengan ilmu yang ada, seseorang boleh mengaplikasi dalam kehidupan dan mencari rezeki yang halal. Setiap ilmu yang kita perolehi, perlulah diletakkan dalam hati, untuk mendapat keredhaan Allah, kerana imu ini datang dari Allah S.W.T. Dari ilmu ini lah, tamadun tamadun besar zaman dahulu kala lahir dan ia bercambah menjadi pelbagai cabang ilmu.  Dari ilmu lah, lahirnya seorang insan yang boleh berbakti kepada ibu bapanya, mencari rezeki untuk mencukupkan keperluan hidup dan menyumbang tenaga kepad pembagunan agama, bangsa dan negara. Ia adalah modal insan sesebuah negara untuk mempunyai pelbagai individu yang berkebolehan dalam bidang masing masing.  Cuma apabila tamatnya zaman persekolahan, universiti, perasaan untuk menuntut ilmu itu semakin berkurangan. Susah rasanya untuk menghabiskan sebuah buku walaupun ia mudah dizaman persekolahan. Susahnya un...

Paip Ekzos Patah. (Saga LMST)

Image
Dalam proses nak start kenderaan dan mengundur ke belakang, baru tersedar ekzos telah terlanggar bonggol tanah. Dalam hati aku, "Tak sangka, tiba tiba bunyi seperti kereta turbo yang sedang berlumba." Cuma aku tidak sangka, bunyi itu berpanjangan sampai la tiba di office.  Dalam hati aku sentiasa bersangka baik semasa dalam perjalanan, ia hanya sementara dan tiada masalah. Jika rosak sudah tentulah memerlukan mengeluarkan belanjawan tuk membaiki ekzos itu. Cuma kali ni, aku berasa seperti memandu kereta turbo disebabkan bunyi vroom, vroomm. haha. Terasa macam kereta lumba bila memotong.  Bila periksa balik keadaan ekzos setelah habis pejabat, baru sedar ia telah pun bengkok ke bawah, dan pipe ekzos memang audah longgar. Ia umpama menanti masa sebelum jatuh. Memang malang kali ni, dan jika nak cari kedai membaiki ekzos, memang kena cari di sekitar pekannya. Kalau ikutkan, ekzos patah, kena tukar, bukan nak welding lagi.  Setelah berminggu memandu de...

Keropok Lekor Kajang Yang Sedap

Image
Susah sebenarnya hendak mencari keropok lekor yang betul-betul umph seperti di Terengganu. Cuma bila dah jumpa, terus jadi pelanggan setia. Kali ni, penulis berkesempatan untuk singgah di salah sebuah kedai melayu yang menjual keropok keropok warisan orang terengganu dan kelantan ni. Ia terletak di kawasan Sg Balak kajang dan ia mudah dikenali dengan kedai yang berada disebelah jalan. Ia menjual keropok kering dan keropok losong. Harganya memang murah dan sesuai dengan kualiti.