Pemikiran dan Perubahan

Sejak kecil kita dididik supaya mengutamakan pelajaran, kerana pelajaran dapat membawa seseorang itu jauh kehadapan. Dengan ilmu yang ada, seseorang boleh mengaplikasi dalam kehidupan dan mencari rezeki yang halal. Setiap ilmu yang kita perolehi, perlulah diletakkan dalam hati, untuk mendapat keredhaan Allah, kerana imu ini datang dari Allah S.W.T. Dari ilmu ini lah, tamadun tamadun besar zaman dahulu kala lahir dan ia bercambah menjadi pelbagai cabang ilmu. 

Dari ilmu lah, lahirnya seorang insan yang boleh berbakti kepada ibu bapanya, mencari rezeki untuk mencukupkan keperluan hidup dan menyumbang tenaga kepad pembagunan agama, bangsa dan negara. Ia adalah modal insan sesebuah negara untuk mempunyai pelbagai individu yang berkebolehan dalam bidang masing masing. 

Cuma apabila tamatnya zaman persekolahan, universiti, perasaan untuk menuntut ilmu itu semakin berkurangan. Susah rasanya untuk menghabiskan sebuah buku walaupun ia mudah dizaman persekolahan. Susahnya untuk konsiaten dalam menuntut ilmu walaupun di zaman pengajian, mudah sekali kita meneruskannya. 

Pemikiran seseorang dibentuk dari keadaan sekitarnya, pembacaaannya , apa yang diligat dan disentuhnya, pergaulan dengan rakan-rakannya, pasangannya dan kaum kerabatnya. Kematangan pula dibentuk dari tindakan yang dilakukan untuk mencapai kehendak yang diingini.

Perubahan haruslah dimulai dengan semangat dan istiqamah dalam mencapai misi yang diingini.

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah