"Don't hope for better. Just be better" – Harapan di Tengah Kehidupan
Aku selalu ke pantai. Kalau orang tanya tempat favorite aku, sudah pasti aku akan katakan pantai.
Kenapa?
Aku suka tempat yang luas, di mana aku boleh melihat sejauh mata memandang. Aku suka duduk di pasir, memerhatikan ombak yang tidak pernah berhenti menghantam pantai. Aku suka bunyi alam yang mendamaikan, angin laut yang menyapu wajah, dan perasaan kecil di tengah kebesaran ciptaan Tuhan. Alhamdulillah, tempat ini selalu memberi aku ketenangan.
Mungkin sebab itu, setiap kali aku ke pantai, aku lebih suka bersendirian. Duduk, berjalan, membiarkan pasir menyentuh kaki, mendengar ombak berbicara dengan caranya sendiri. Di sini, semuanya terasa lebih jujur, lebih nyata.
Sebuah Buku, Sebuah Pencerahan
Petang itu, selepas selesai tugasan audit di Terengganu, aku menghabiskan masa di pantai. Tapi kali ini, aku membawa sesuatu bersama—sebuah buku yang aku bawa dari KL. Buku ini bukan sekadar buku biasa, tetapi buku yang membahas realiti hidup dengan cara yang unik. "Everything is F*cked: A Book About Hope" oleh Mark Manson.
Buku ini menarik kerana tajuknya sendiri penuh dengan kontradiksi. Ia berbicara tentang harapan, tetapi dengan cara yang berani dan tanpa sugarcoating realiti hidup.
Mark Manson menulis tentang bagaimana manusia sering mencari harapan dalam dunia yang penuh dengan masalah. Kita hidup dalam dunia yang serba canggih, tetapi kita tetap merasa kosong dan tidak puas. Dia menjelaskan bagaimana logik dan emosi kita sentiasa bertentangan, bagaimana kita mencari makna dalam hidup, tetapi sering tersesat dalam pencarian itu sendiri.
Perasaan Tidak Layak dan Luka Lama
Dalam salah satu bahagian buku, Manson membincangkan mengenai perasaan tidak layak atau unworthiness—satu perasaan yang sering muncul tanpa kita sedari. Dia menjelaskan dengan mudah:
"This feeling of unworthiness is usually the result of some bad sht happening to us at some point. We suffer through some terrible stuff, and our Feeling Brain decides that we deserved those bad experiences. Therefore, it sets out, despite the Thinking Brain's better knowledge, to repeat and re-experience that suffering."* (pg 46)
Analogi yang digunakan juga sangat menarik:
"Put another way, the problem isn't that we don't know how not to get punched in the face. The problem is that, at some point, likely a long time ago, we got punched in the face, and instead of punching back, we decided we deserved it." (pg 46)
Tulisannya ringkas tetapi mendalam, sesuai bagi mereka yang ingin memahami konsep psikologi diri dan trauma lama tanpa terlalu banyak jargon yang sukar. Walaupun aku tidak terlalu gemar dengan gaya penulisannya secara keseluruhan, aku tetap menghargai nilai yang dibawa dalam buku ini.
Dia juga menyatakan sesuatu yang membuat aku berfikir:
"The stories of our fue our hopes. And ourture defin ability to step into those narratives and live them, to make them reality, is what gives our lives meaning." (pg 70)
Realitinya, kita sering terperangkap dalam naratif sendiri. Harapan kita datang daripada cerita-cerita yang kita bina di dalam kepala, dan selagi kita berusaha menjadikannya nyata, hidup kita mempunyai makna.
Kehidupan Engineer di Korporat: Realiti atau Ilusi?
Salah satu bahagian dalam buku ini benar-benar membuat aku muhasabah diri—tentang sistem kapitalisme dan bagaimana manusia digunakan dalam dunia kerja.
Sebagai seorang engineer di korporat, aku sangat memahami apa yang Manson cuba sampaikan. Kita dilatih untuk menyelesaikan masalah, bekerja keras, mencari penyelesaian terbaik untuk syarikat. Tetapi pada akhirnya, kita hanyalah alat dalam sistem, dibayar dengan jumlah gaji yang tidak setimpal dengan usaha yang kita berikan.
Kita diajar untuk percaya bahawa jika kita bekerja lebih keras, kita akan mendapat lebih banyak. Tetapi hakikatnya, semakin keras kita bekerja, semakin banyak yang dituntut daripada kita—tanpa jaminan bahawa kita akan mendapatkan apa yang kita harapkan.
Mark Manson menyebut konsep ini sebagai "The Uncomfortable Truth"—hakikat yang tidak selesa untuk diterima, tetapi benar. Kita hidup dalam sistem yang hanya peduli dengan hasil, bukan manusia di dalamnya.
"The pursuit of happiness is a toxic value that has long defined our culture. It is self-defeating and misleading. Living well does not mean avoiding suffering; it means suffering for the right reasons. Because if we're going to be forced to suffer by simply existing, we might as well learn how to suffer well"
Kesedaran di Pinggir Pantai
Membaca buku ini di tepi pantai membuat aku sedar sesuatu. Hidup ini sementara.
Apa yang aku miliki sekarang—jawatan, rakan, pengaruh, dan kejayaan—semuanya akan hilang suatu hari nanti.
Aku boleh bekerja keras, mencapai pangkat tertinggi, memiliki segala yang diimpikan oleh ramai orang. Tetapi pada akhirnya, semuanya tidak akan kekal. Dunia ini tidak akan pernah puas dengan apa yang kita berikan.
Satu lagi bahagian dalam buku ini menarik perhatian aku—bab yang membincangkan falsafah Buddhisme mengenai penderitaan.
"Pain is the Universal Constant."
Dalam bab ini, Manson membandingkan penderitaan manusia dengan seseorang yang terkena panah.
"The first arrow brings physical pain and the second brings the emotional pain, which can be far worse and last longer than the physical pain because of the narratives we weave around it." (pg 186)
Penderitaan emosi ini datang daripada cerita yang kita reka sendiri, dan ia lebih menyakitkan daripada luka fizikal. Namun, melalui kesedaran dan meditasi, penderitaan ini boleh dikurangkan atau mungkin dihapuskan sama sekali.
"That while pain is inevitable, suffering is always a choice. That there is always a separation between what we experience and how we interpret that experience. That there's always a gap between what our Feeling Brain feels and what our Thinking Brain thinks. And in that gap, you can find the power to bear anything." (pg 186)
Ini membuat aku berfikir—sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada kesakitan, tetapi kita mempunyai pilihan bagaimana untuk bertindak balas terhadapnya.
Bangkit dan Berjuang untuk Bangsa
Di pantai itu, dengan buku yang terbuka di tangan, aku membuat satu tekad.
Aku tidak akan membiarkan sistem ini menentukan siapa aku. Aku tidak akan terperangkap dalam ilusi yang hanya membawa kepuasan sementara.
Aku akan bangkit, membantu bangsaku.
Menjadi orang yang terbaik dalam masyarakat, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi untuk mereka yang datang selepas aku. Jika sistem ini tidak memberi keadilan kepada pekerja, aku mahu menjadi orang yang mengubahnya.
Kerana pada akhirnya, hidup bukan tentang berapa banyak yang kita kumpul, tetapi berapa banyak yang kita beri.
Akhirnya, Kita Berserah kepada Tuhan
Namun, apa pun yang kita rancang, apa pun yang kita perjuangkan, pada akhirnya, kita berserah kepada Tuhan.
Dunia ini penuh dengan ketidaktentuan. Ada masanya kita di atas, ada masanya kita di bawah. Segala usaha, segala pengorbanan, semuanya akhirnya kembali kepada takdir yang telah ditentukan oleh-Nya.
Di saat kita sudah melakukan yang terbaik, yang tinggal hanyalah tawakal.
Itulah cara hidup yang sebenar.
Comments
Post a Comment