Dikelilingi oleh Si Kuning: Banyak Cakap, Kerja Entah ke Mana

Dalam setiap organisasi, pasti ada individu yang sangat petah berbicara, penuh karisma, dan selalu menjadi pusat perhatian. Mereka ini boleh dikategorikan dalam kumpulan "Si Kuning" , seperti yang diterangkan dalam buku Surrounded by Idiots oleh Thomas Erikson. Orang kuning ini cenderung ceria, pandai bersosial, dan penuh keyakinan—tetapi apabila tiba bab kerja sebenar, mereka sering melepaskan tanggungjawab kepada orang lain. Aku pernah bekerja dengan seorang bos seperti ini. Dalam setiap mesyuarat, dia akan bercakap dengan penuh semangat tentang visi dan strategi syarikat. Kata-katanya berapi-api, seolah-olah membawa perubahan besar. Namun, apabila tiba masa untuk melaksanakan sesuatu, semua tugasan akhirnya jatuh ke bahu orang lain. Bila ada masalah? Dia akan menggunakan kata-kata manis dan manipulatif untuk mengelak tanggungjawab. Dalam buku Surrounded by Bad Bosses , Erikson menjelaskan bahawa terdapat bos yang hanya pandai mengarah dan bercakap tetapi kurang kemahiran ...