Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir di Alor Setar


Kali ni, berkesempatan singgah di rumah kelahiran Mahathir. Kira tak sangka tempat ni masih terpelihara lagi. Kalau mengikut sejarah, rumah ini menggambarkan kehidupan Dr Mahathir semasa kecil-kecil hingga la dewasa. Kalau tiba kat sini, jangan risau, tiada bayaran masuk yang dikenakan dan ruang parking pun luas. Dibuka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 10pagi sampai 5 petang. Kalau hari jumaat, tutup sekejap dari pukul 12 tgh hari sampai 3.


Bila melangkah masuk, anda akan dapat perhatikan barang-barang lama yang terdapat disini seperti radio, buku-buku dan katil-katil lama. Terdapat juga gambar-gambar ibu bapa dan mahathir sendiri, yang diletakkan di sepanjang dinding. 
Anjung rumah
Meja belajar
Beranda ruang tamu
Koleksi simpanan keluarga Dr Mahathir
Di bahagian dapur terdapat beberapa peralatan memasak yang lama dan disertakan sedikit penerangan untuk pengunjung.
Memasak menggunakan kayu-kayu
Replika pelita untuk kegunaan waktu malam
Ruang penyediaan makanan
Pintu menuju ruang tamu
.Bahagian luar rumah menempatkan basikal lama, dan peralatan digunakan oleh keluarga Mahathir
Lanca untuk pengangkutan Mahathir semasa zaman persekolahan

Di ruang ini, rumah bersambung dengan tempat mandi dan dapur

Alat menumbuk padi untuk mendapatkan beras
Masih lagi mengekalkan tradisi lama, bagunan ni dipelihara elok oleh Muzium Negeri. Jadi sesiapa yang nak mengenali tokoh negara kita iaitu Tun Dr Mahathir, jangan lupa singgah ke sini ye., jadi  Selain itu, terdapat beberapa bagunan lain yang dibina berhampiran rumah ini,yang boleh dilawati seperti rumah bujang, rumah bumbung lama dan kilang ais yang menempatkan biografi Dr Mahathir, sejarah dan pencapaiannya semasa menjawat jawatan didalam kerajaan. Masa hari tu, sampai pun waktu petang dekat kul 4, jadi  hanya sempat ke rumah kelahiran Dr Mahathir je. 

Mungkin satu hari nanti akan datang sekali lagi untuk pergi melihat rumah-rumah lain pulak.. 

Terima kasih kerana membaca. Berjumpa lagi pada post akan datang.


Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah