Mencapai Awan di Langit Biru: Realiti Dunia Kerja yang Tak Diajar di Sekolah


Dulu, saya fikir dunia kerja ini seperti mendaki gunung—kalau kita usaha keras, pasti akan sampai ke puncak. Tapi selepas lebih 10 tahun dalam industri, saya sedar realitinya lebih seperti terbang di langit. Ada hari kita naik tinggi dengan angin yang baik, ada hari kita terumbang-ambing dalam ribut, dan ada hari kita cuma terapung tanpa arah yang jelas.

Pelajaran yang Saya Sedar Sepanjang Perjalanan Ini:

Dulu, saya fikir kerja keras, buat kerja, bagi nampak visibility dekat bos akan menjamin kejayaan.
Sekarang, saya tahu yang lebih penting adalah smart work dan hubungan yang baik dengan orang sekeliling. Bina networking

Dulu, saya percaya semua orang akan profesional di tempat kerja seperti kat Universiti. 
Sekarang, saya sedar ada yang lebih berminat bermain politik pejabat daripada buat kerja yang sebenar. Ada yang sengaja nak jatuhkan orang lain untuk memastikan dia kekal di pejabat. 

Dulu, saya ingat kalau saya buat yang terbaik, bos akan perasan dan beri ganjaran.
Sekarang, saya faham bahawa kalau kita tak tunjukkan hasil dan cari peluang untuk bersuara, kita akan kekal di tempat yang sama. Kerana bos ada kpi masing-masing, kalau dia dapat meningkatkan prestasi pekerja dengan kos yang sama, dia akan achieve target. Setiap bos, akan ada KPI target untuk reduce dalam KPI masing-masing, jadi bos akan susah nak naikkan jawatan atau gaji orang staff. 


🌟 Apa yang Saya Belajar?

Emosi & mindset lebih penting dari sekadar kemahiran teknikal. Jangan mudah melatah, tahu bila perlu bercakap dan bila perlu diam. Jangan selalu bercerita perkara peribadi, kerana ia akan memakan diri. 
Toxic people ada di mana-mana. Tak perlu habiskan tenaga melawan mereka, cukup sekadar tahu cara mengelak dan fokus pada diri sendiri. Bila anda berkawan dengan orang toxic, bukan sahaja anda kena tempias toxic itu, tapi aura tu pun terserap sekali ke anda. Jadi, kena tahu siapa toxic, dan pastikan bukan anda yang toxic 
Jangan terlalu selesa di satu tempat. Hari ini kita diperlukan, esok mungkin tidak. Sentiasa bersedia untuk cabaran baru. Setiap bos ada matlamat masing-masing, kalau management kata, kurangkan kos, bos akan kurangkan position anak buah dulu, kalau tidak dia akan dikeluarkan dari posisi jawatan yang ada. 
Hidup bukan hanya tentang kerja. Kalau hanya kejar jawatan dan gaji, kita akan penat sendiri. Pastikan ada keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi. Ingat, banyak orang berlumba nak dapat gaji besar, sampai dia lupa nikmat hidup ini bukan tentang duit semata-mata. 

Makin lama bekerja, makin saya sedar—langit itu luas, dan kita semua ada cara tersendiri untuk terbang. Yang penting, jangan berhenti belajar, jangan takut berubah, dan jangan lupa menikmati perjalanan.

Sebab setiap perjalanan itu indah, cuma kita tak nampak, sebab selalu sibuk dengan urusan masing-masing. 



Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah