Lampu Solar Budget untuk luar rumah


Jika disebut lampu solar pasti setiap orang akan terbayang akan penjimatan yang dapat dihasilkan. Kali ini penulis ingin berkongsi lampu solar mampu milik yang boleh dipasang sendiri secara diy dan berkualiti. Ia adalah percubaan pertama penulis untuk memasang dan menggunakan lampu solar di rumah. Jika kita mengupah orang luar untuk pemasangan dan set lampu solar, ia akan mencecah ratusan ringgit, namun jika dipasang ia adalah bawah RM 90 untuk set 10 Watt. 

Melihat kepada pasaran lampu solar, ia semakin menarik untuk digunakan kerana harga nya yang telah turun hingga menjadi nilai mampu milik kepada setiap orang. Dengan harga berbeza mengikut Watt, ia sangat sesuai digunakan oleh sesiapa pun. Solar light yang menjadi pilihan kali ini adalah LED Solar Light. Cuba search Lazada atau Shoppe, pasti banyak pilihan, dan pasti ia menjadi mimpi ngeri jika terbeli solar light yang tidak berkualti. 


Pemasangan lampu solar adalah sangat mudah, cuma pastikan penyambungan wayar di buat dengan kemas dan lampu solar di pasang di dinding atau tiang. Proses pengerudian perlu dilakukan berdasarkan saiz skru yang ingin digunakan. Seperti yang saya gunakan, menggunakan skru yang bersaiz sederhana dan washer yang besar untuk menampung saiz lampu solar yang digunakan.


Gunakan wall plug setelah proses pengerudian selesai.Pastikan saiz wall plug adalah bersesuai dengan berat yang ingin ditampung.  Setelah memasang washer dan solar light bracket, test kekuatan ketahanan skru dalam menahan beban. Gunakan 2-3 skru untuk menambah kan beban yang boleh ditampung.



Konsep penggunaan wall plug adalah seperti diatas, tapi pastikan wall plug masuk sepenuhnya dan skru dirapatkan terus ke dinding. Washer diletakkan diantara braket solar light.



Untuk solar panel, pastikan ia diletakkan secara mendatar sedikit dan supaya apabila air hujan tidak bertakung di atas solar panel. Selain itu, skru terus kebahagian bumbung dengan menggunakan skru dari bumbung sendiri jika ada. Arah diletakkan menghadap cahaya pagi kerana struktur pintu rumah yang menghadap cahaga pagi. 




Kemudian, tarik wayar yang tidak berkaitan ke bawah bumbung. Perlu diingat, struktur hayat wayar adalah lebih rendah kerana ia dibuat dari plastik, jadi pastikan ia dilindungi dari panas dan hujan di bumbung. Masukkan wayar dibawah bumbung jika boleh.


Set kan remote cahaya kepada automatik untuk memastikan lampu hanya menyala pada waktu malam. 
Cahaya lampu (Lumen) adalah berdasarkan watt yang digunakan, jika ingin cahaya lebih terang, beli lampu solar dengan watt yang lebih tinggi. 

Untuk mendapatkan Solar Panel ini, anda boleh pergi ke Lazada, Klik Sini
Atau search GRYLA STORE di Lazada dengan harga Rm79.


atau anda jugak boleh mendapatkan solar lighting yang lebih kecil (mini) dari Dream Lighting dengan harga yang lebih murah.
(Mini Solar Light dari Dream Lighting)

Pilihan ditangan anda. 😁

Terima Kasih kerana membaca.

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Sy nak tanya mn nak cari lampu solar di seri Iskandar Perak

    ReplyDelete
  3. Salam.. Nk tanya.. Mcam a nk pasang lampu solar landskap.. Yg pacak kt tanah tu yer?

    ReplyDelete
  4. Kebanyakkan lampu solar boleh dicari online kerana lebih murah dan banyak pilihan. Perbezaan harga adalah ketara jika membeli dikedai-kedai lampu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah