Melancong ke Aquaria KLCC dan Harga Tiket dengan diskaun
Baru sahaja melawat antara taman akuarium yang bersaiz
gergasi berdekatan Menara KLCC. Setelah bertahun-tahun ingin masuk
kesini, akhirnya tercapai jugak impian dihati. Alhamdulilah, sangat la besar
saiz aquarium disini, dan terdapat banyak perkara yang menarik terdapat disini
yang pasti tidak ada ditempat lain.
Harga Tiket |
Apabila anda tiba di hadapan Aquaria KLCC, anda akan disapa
oleh staff aquaria sendiri yang akan menunjukkan anda jalan ke kaunter tiket.
Pastinya, sebelum masuk, gambar akan diambil dahulu sebagai kenang-kenangan
sekiranya kita ingin membeli selepas tamat sesi lawatan.
Harga tiket adalah seperti diatas sekiranya anda adalah
walk in customer.
Namun, jika anda ingin mendapatkan pengurangan, belilah
melalui apps Fave. Antara penyedia kupon jimat yang terbaik diMalaysia.
Ini antara harga yang terdapat di Fave apps. Gunakan code atas untuk redeem pemotongan RM5 pertama di fave.
RM 36 per person.
Seperti yang saya lakukan, setelah pembelian dilakukan melalui fave, email ke zeenathtravel.com untuk booking Tarikh lawatan e-ticket. Yang mana, ia akan dihantar melalui emel. Pastikan booking adalah 3 hari sebelum lawatan untuk mengelakkan sebarang masalah. Jika tidak dapat melalui emel, whatsapp kembali kepada zeenathravel. Seperti saya, saya whatsapp terus ke phone number, dan zeenathtravel terus memberikan tiket melalui whatsapp dengan pantas sekali
Seperti yang saya lakukan, setelah pembelian dilakukan melalui fave, email ke zeenathtravel.com untuk booking Tarikh lawatan e-ticket. Yang mana, ia akan dihantar melalui emel. Pastikan booking adalah 3 hari sebelum lawatan untuk mengelakkan sebarang masalah. Jika tidak dapat melalui emel, whatsapp kembali kepada zeenathravel. Seperti saya, saya whatsapp terus ke phone number, dan zeenathtravel terus memberikan tiket melalui whatsapp dengan pantas sekali
Selain itu, terdapat jugak apps lain yang menawarkan diskaun seperti KLOOK. Pilihan ditangan anda untuk penjimatan.
Jadi kami membawa printed tiket ke kaunter untuk menebus tiket
tersebut. Selesai dengan cepatnya, Cuma pastikan anda menunjukkan kad
pengenalan untuk verikasi sebagai pemegang My Kad dikaunter Aquaria KLCC.
Setelah itu, anda boleh terus masuk ke Aquaria. Gunakan
phamplet peta yang diberikan untuk guide anda sepanjang perjalanan. Jangan
risau, jalan nya hanyalah satu Lorong, jadi kebarangkalian anda untuk sesat
amatlah kurang. Datang awal untuk
mengelakkan kesesakan jika anda datang pada cuti hujung minggu. Seperti kami, dalam 10 pagi kami telah tiba.
Cuma satu peringatan yang diberikan oleh staff aquaria,
pastikan camera yang anda bawa tidak disetkan dengan flash, kerana ini boleh
menggangu ikan-ikan yang ada.
Pada hentian pertama, kami dapat melihat tapak kaki
sulaiman, gamat dan beberapa haiwan lain. Uniknya anda boleh memegang
haiwan-haiwan disini. Jadi jika anda berani, cubalah memegang setiap haiwan
disini. Ada sesi penerangan mengikut waktu disetiap kolam kecil sebegini, Cuma
pastikan anda pergi ke tempat yang ditetapkan untuk mendengar penerangan yang
diberikan.
Klik Gambar dibawah untuk ke Website Aquaria KLCC
http://aquariaklcc.com/
Tarikan utama disini adalah sudah pastinya terowong air
dengan traveletor yang bergerak sendiri. Hanya berdiri sahaja, dan ia akan
berjalan kira-kira 5 meter per minute. Dari situ, anda akan dapat melihat
pelbagai jenis ikan-ikan yang bersaiz besar seperti Jerung, ikan pari, penyu,
ikan-ikan kecil dalam kelompok yang besar, dan haiwan dasar laut. Memang sangat
teruja apabila jerung melintas diantara terowong air tersebut. Memang antara
pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Bagi yang memang suka kan photography, inilah tempat yang
patut anda kunjungi. Cuma gunakan kreativiti anda untuk mengambil gambar
menggunakan sudut yang kecil, kerana banyak pengunjung disetiap aquarium.
Point- and Shoot adalah method.
Jadi gunakan Teknik yang sesuai untuk fotographi yang
sesuai.
Sepanjang perjalanan kesini, memang sangat teruja dengan
setiap keunikan haiwan yang ada. Cuma sebagai memori, setiap haiwan yang unik
disini, kami akan mengambil gambar sebagai kenangan.
Betullah, setiap gambar adalah unik, dan jadikan ia sebagai kenangan
diri anda.
Kenangan yang tidak dapat dilupakan disini adalah dibenarkan
menyentuh haiwan-haiwan disni dan terdapat jugak ikan yang jinak seperti Ikan
yu pasir ini.
Anda jugak boleh membeli cenderahati disini seperti
keychain, pelekat peti ais dan macam-macam lagi. Anda boleh gunakan
creditcard/debit card atau cash untuk membayar harga barang-barang tersebut.
Bagi kami, kami memilih Key Chain yang berharga RM 20.90 sebagai kenangan
kami disini.
Terima kasih kerana membaca dan terima kasih kepada pihak
Aquaria KLCC kerana setiap penerangan dan guide mereka di dalam Aquaria KLCC
memberikan pengalaman yang unik kepada setiap pengunjung disini. Syukur dapat
melihat kebesaran Allah melalui haiwan-haiwan yang diciptakakan-Nya, yang
memberi kenangan yang tidak dapat dilupakan buat kami.
Terima kasih.
Aku pun kalau pergi melancong sllu cari yg ada deals. Sllu pun dapat kat Boost app.
ReplyDeleteHaah, sekarang dah banyak deals. Boleh check online sama ada boots, Fave, Klook, etc. Banyak penjimatan dari harga walk in.
DeleteBoost app ada deals untuk pelancongan dengan diskaun atau vouchers. Sekarang, korang juga boleh dapat iPhone 11 yang percuma di Boost app!
ReplyDeleteSaya ingin pergi ke Aquaria -- tapi Boost app juga ada senang vouchers untuk perancangan pelancongan.
ReplyDeletePaling mudah, guna je Boost app sebab apps tu selalu ada offer untuk tiket pelancongan. And nak bayar pun senang siap ada cashback.
ReplyDeleteAda destinasi lain-lain kamu pergi dengan Boost app? App ini boleh bantu kamu dapat diskaun apabila kamu pergi pelancongan.
DeleteBoost app ada deals dan diskaun kamu boleh guna yang menjadi pelancongan sungguh murah dan seronok!
ReplyDeleteSelain itu, Boost app ada banyak promo dan ganjaran, macam tiket ke Seoul di Nene's Chicken, makanan percuma di Chicken Rice Shop, atau iPhone 11 atau Shake rewards sehingga RM500 dengan go Premium.
ReplyDeleteBetul tu, saya dah banyak kali guna Boost app kalau nak buat payment. Cashback memang berbaloi betul. Nak book ticket pun senang, siap boleh menang lagi tu.
Deletetq kongsi experience ni. anak dok sebut nak masuk aquaria hehe
ReplyDeleteAquarium paling besar kt Malaysia. Mmg kena pergi tu. 😁
ReplyDelete